Dengan cuaca yang pasti hujan setiap petang ini, saya panjangkan masanya berkebun disebelah pagi. Seawal jam 730 pasti saya sudah berada didalam kebun. Dan dihari kahadiran rakan sepejabat saya itu juga, saaya terperasan , mendongak kerantingan dahan durian ini.....ternyata sedang berbunga untuk kali ketiga berturut turut.
Ini lah dinamakan rezki dariNya, bila saya bertekad untuk sedekah dan berkongsi setiap kali durian ini mengeluarkan hasilnya. Ada yang mahu membelinya, tapi, maaf, saya tidak mahu.
Renyah, itu tanggapan saya bila pertama kali membersihkan daunan serai ini.
Akhirnya , saya bawa ke Pasar Sungai Layar bersebelahan dengan Taman Teratai Inn-dah ini. Dan jawapannya, hasil pertama ini dibeli pemilik gerai sayuran ini dengan harga RM1.60 sekilo.
" Bang, kalau bulan Ramadhan harga boleh mencecah RM2.00 - RM2.20", itu kata kata perangsang yang diberi kepada saya.
Tak jadi hal. Janji boleh buat duit. Petang Khamis ini poket baju saya terisi RM9.60 dari 6 kilogram serai..
Latiff Hariri
1918 22022013
Sungai Petanu
No comments:
Post a Comment