Bila menghampiri persimpangan Gurney Drive, memikirkan jalan yang sesak, dengan berat hati saya membelok ke kanan, mengarah pulang ke Jetty.
Tarmizi tidak membantah.....
Menugu Ferry berlabuh, sekitar 15 minit sahaja.
Sebaik memasuki Ferry, saya terus mengarahkan semua menaiki tingkat atas . Sangkaan saya , lantai atas hanya untuk orang ramai.
Pertamakali saya menaiki ferry jenis ini, dimana lantai atasnya berkongsi kereta dan orang ramai.
Foto Ipad kureng......
Belum bergerak ferry ni
Dilantai 1, bergerak meninggalkan Pulau Pinang
Bergerak laju meninggalkan Pulau Pinang
Semua tersenyum gembira bila berada dilautan cetek ini....
Selamat Tinggal Pulau Pinang
Meninggalkan Komtar
Menghampiri Dermaga Sultan Abdul Halim
Selamat menghampiri dermaga
Kami terus bergerak menuju ke Lebuhraya Lingkaran Butterworth. Mengejar masa sebenarnya. Tidak mahu terlalu awal dirumah, dan terlalu lewat mekan tengaharinya.
Kami berhenti seketika di R&R untuk merakam foto berlatarbelakangkan Pulau Pinang
Kapal yang berlabuh
Pulau Pinang 1230 tengahari 02022013
Saya mahu mereka mencuba sesuatu yang menarik di sini. Tidaklah seenak yang terjual di Taiping itu, tapi, cukup untuk melupakan rindu padanya
Mihun Sup dan Cendol
Sebenarnya, sama seperti saya bila ke Indonesia. Tidak banyak makanan yang boleh membuka selera saya. Saya lakukan secara perlahan dengan memesan semangkuk mihun sup dan sepinggan laksa untuk 'contoh rasa' kepada tekaknya Tarmizi. Bila diluluskan , baru saya pesan tambahan. Tetapi Dasmita tetap menolak, sedangkan Tarmizi dan Yogi habiskan semangkuk mihun sup saorang
Laksa dan condol
Sekitar 0130 tengahri, saya bertanyakan samaada masih mahu ke Uitm Merbok.
Tarmizi tidak menolak, kerana masih ada masa.
Disini sahaja ada sekitar 3000 pelajar, dimana 2/3 adalah anak anak gadis.
Sekitar 215 petang kami sudah berada dirumah semula. Semua masih kenyang, tetapi, makanan tengahari sudah terhidang, tak bolehlah menolak....
Sambal telur rebus, sambal berlado lele, jantung pisang rebus, sambal belacan, anak ikan sepat masin. Akhirnya, bertambah nasi... saya suka begini.
Mereka sudah menjejakkan kaki kerumah saya, saya akan mebalasnya dalam masa yang akan dijanjikan .
Kami di stesen bas Sungai Petanu sekitar 410 petang. Basnya sudah menanti.
Aqilah bersama Dasmita
Dasmita dan Roziah
Yogi, Akbal, Izzuddin dan Dedy.
Ok, moga selamat sampai. Jangan serik untuk kemari lagi.Tengok basnya , nampak selesa
430 petang meninggalkan Sungai Petani.
Perkenalan bermula sebaik gempabumi di Kerinchi, sekitar 1995, dan ditahun kelahirannya anak ketiga saya. Ketika itu Yogi sudah berusia 3 tahun, kalau tak silap pengiraan saya. Terpegun dengan budaya dan adatnya orang orang Kerinchi ini. Lalu saya rakamkan kedalam kamera murahan saya , serta Videocam yang saya bawa bersama ketika itu.
Terima Kasih Cikgu Tarmizi
Latiff Hariri
1058 09022013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment