Bee Gees

Monday, 11 February 2013

Keempat Yang Pertama

Pagi Sabtu 09022013 ini, saya terbabas....

Sekitar 720 pagi baru keluar dari rumah, memanglah suasana masih kelam, tapi, ikut waktunya kira dah lewat. Bila subuh terlalu awal sekitar 545 pagi suatu ketika dahulu, jam 630 saya sudah duduk mengadap pokok pokok pisang ini. 

Ini dah kira lewat sejam.

Mencantas dedaun kering , tak terperasan adanya setandan yang dilewatkan niat, buat sedekah sahaja kepada anak anak burung ini.

Banyak berangan, hingga Berangan ketiga pun tak perasan, sebaiknya saya kirim kepada tetamu yang datang minggu yang lalu.

Saya simpan untuk rekod ingatan akan hasilnya pertama Berangan ini.

Yang pertama menjadi habuan saya sekaluarga. Yang kedua saya titipkan kepada rakan saya Osman Abu Bakar untuk dibawa pulang ke Bandar Tun Hussein Onn, Yang ketiga(foto atas) sedekah kepada anak anak burung.

Yang keempat...


Beratnya 12.5kg, yang paling besar , selalunya sekitar 7kg sahaja

Keluar dari kebun , saya terus ke pekan Tikam Batu, tujuannya untuk mencari sarapan pagi, tetapi kedai Nasi lemak Pak Man ni tutup pulak!

Terus saya ke gerai buah buahan dihadapan. Ada dua gerai, yang mana menjadi pilihan ni?

"Ya abang, bang nak buah pisang?"

" Tak, sebenarnya abang yang nak tanya ni, abang nak tolak pisang." , balas saya.

"Pisang apa yang abang nak tolak? Ada bawa?" Adik ini membalas.

"Ada, ada, pisang berangan.", saya mula 'excited' bila adik ini memberi reaksi positif.

Terus saya berlari lari anak ke  arah kereta saya.

Sebaik saya membawa masuk setandan pisang ini, adik ini terus mengajak saya masuk kebelakang gerai beliau. Beliau mahu saya menggunakan lorong belakang gerai beliau untuk transaksi yang akan datang, lebih mudah kerja, katanya.

"Abang, macam ni..... abang dah janji dengan gerai lain tak?"

Saya menggeleng....., "tidak..."

"Ok, kira jadi, lepas ni abang anta kat saya aje, jangan beri pada orang lain. Berapa tandan yang abang ada? Buah ni kira besar, abang kursus di mana dulu?"

"Kursus?" , saya membalas kebingungan.

" Ya, abang kursus tanam pisang di mana?"

Hahaha, saya ketawa dalam hati.

Akhirnya kami bertukar tukar nombor talipon, dan beliau mahu saya menghantar 5 tandan setiap minggu. Kata kata nasihat beliau berikan untuk saya praktikkan di kebun.  

Kami bersalaman dan bertanyakan nama masing masing. "Saya Fadzli," katanya. Orang Sungai Layar jugak rupanya, tetapi sudah menetap di Tikam Batu lebih 15 tahun

"Abang orang koperat ya?' soalan akhir beliau. Saya senyum aje.....

Tebu hitam yang merumpun.

Gembira bila akhirnya ada gerai yang mahukan hasil kebun saya. Sepanjang jalan mendendangkan lagu J Mizan yang berkumandang di Radio Klasik. Terus bersarapan di tengah Bandar Sungai Petani..

Sarapan pagi, siap bungkus untuk anak anak pun dah mencecah RM19.50 .

RM22.50 untuk 12.5kg pisang Berangan keempat, akan saya tabungkan bersama hasil tebu dibulan Ramadhan 1432 yang penuh kedukaaan itu 

Dah mula congak lagi, setiap minggu jual 5 tandan, purata RM10 setandan pun, dah kira lepas duit dapur seminggu, tak pun duit minyak kancil berulang alik ke pejabat 5 hari......

Latiff Hariri
1028 09022013
Sungai Petani

Saturday, 9 February 2013

25 Jam di Kedah/Pulau Pinang

Hati saya berbelah bagi sebenarnya, mahu memaksimumkan percutian mereka ini kesebanyak tempat yang boleh, tapi pada waktu yang sama, tidak mahu terlewat menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Bila menghampiri persimpangan Gurney Drive, memikirkan jalan yang sesak, dengan berat hati saya membelok ke kanan, mengarah pulang ke Jetty.

Tarmizi tidak membantah.....

Menugu Ferry berlabuh, sekitar 15 minit sahaja.


Sebaik memasuki Ferry, saya terus mengarahkan semua menaiki tingkat atas . Sangkaan saya , lantai atas hanya untuk orang ramai.


Pertamakali saya menaiki ferry jenis ini, dimana lantai atasnya berkongsi kereta dan orang ramai.

Sekitar 10 minit berlabuh, ferry pun bergerak meninggalkan pelabuhan.

Foto Ipad kureng......

Belum bergerak ferry ni

Dilantai 1, bergerak meninggalkan Pulau Pinang

Bergerak laju meninggalkan Pulau Pinang

Semua tersenyum gembira bila berada dilautan cetek ini....

Selamat Tinggal Pulau Pinang

Kipas ferry beputar ligat

Meninggalkan Komtar

Menghampiri Dermaga Sultan Abdul Halim

Selamat menghampiri dermaga

Kami terus bergerak menuju ke Lebuhraya Lingkaran Butterworth. Mengejar masa sebenarnya. Tidak mahu terlalu awal dirumah, dan terlalu lewat mekan tengaharinya.

Kami berhenti seketika di R&R untuk merakam foto berlatarbelakangkan Pulau Pinang 

Pantai Bersih Butterworth

 Kapal yang berlabuh

Pulau Pinang 1230 tengahari 02022013

Menggunakan lebuhraya Plus, sekitar 25 minit kami sudah berada semula di Sungai Petani.

Saya mahu mereka mencuba sesuatu yang menarik di sini. Tidaklah seenak yang terjual di Taiping itu, tapi, cukup untuk melupakan rindu padanya

Mihun Sup dan Cendol

Sebenarnya, sama seperti saya bila ke Indonesia. Tidak banyak makanan yang boleh membuka selera saya. Saya lakukan secara perlahan dengan memesan semangkuk mihun sup dan sepinggan laksa untuk 'contoh rasa' kepada tekaknya Tarmizi. Bila diluluskan , baru saya pesan tambahan. Tetapi Dasmita tetap menolak, sedangkan Tarmizi dan Yogi habiskan semangkuk mihun sup saorang


Laksa dan condol


Sekitar 0130 tengahri, saya bertanyakan samaada masih mahu ke Uitm Merbok.

Tarmizi tidak menolak, kerana masih ada masa.

Disini sahaja ada sekitar 3000 pelajar, dimana 2/3 adalah anak anak gadis.

Sama seperti di Indonesia, katanya Tarmizi, anak anak gadis yang terlebih pintar dari anak teruna.

Sekitar 215 petang kami sudah berada dirumah semula. Semua masih kenyang, tetapi, makanan tengahari sudah terhidang, tak bolehlah menolak....

Sambal telur rebus, sambal berlado lele, jantung pisang rebus, sambal belacan, anak ikan sepat masin. Akhirnya, bertambah nasi... saya suka begini.

Sekitar 350 petang, sebaik semuanya sudah rehat dam mandi untuk kali kedua, kami pun berfoto dihadapan rumah untuk kenangan bersama.


Mereka sudah menjejakkan kaki kerumah saya, saya akan mebalasnya dalam masa yang akan dijanjikan .

Sempat singgah seketika di Bandar Sungai Petani, untuk saya titipkan ole ole untuk adiknya Yogi, dan cucu cucu Kak Yus di Padang.

Kami di stesen bas Sungai Petanu sekitar 410 petang. Basnya sudah menanti.

Aqilah bersama Dasmita

Dasmita dan Roziah

Yogi, Akbal, Izzuddin dan Dedy.

Bas PlusLiner akan bergerak sekitar 430 petang, dan dijangka tiba Kuala Lumpur sekitar 10 malam, atau lebih cepat sekiranya keadaaan mengizinkan.
Ok, moga selamat sampai. Jangan serik untuk kemari lagi.Tengok basnya , nampak selesa

430 petang meninggalkan Sungai Petani.

Tamat sudah satu kenangan singkat bersama rakan baik saya ini. Tarmizi dan saya sering berhubung bertanyakan khabar lewat HP dan faceBook.

Perkenalan bermula sebaik gempabumi di Kerinchi, sekitar 1995, dan ditahun kelahirannya anak ketiga saya. Ketika itu Yogi sudah berusia 3 tahun, kalau tak silap pengiraan saya. Terpegun dengan budaya dan adatnya  orang orang Kerinchi ini. Lalu saya rakamkan kedalam kamera murahan saya , serta Videocam yang saya bawa bersama ketika itu.

Terima Kasih Cikgu Tarmizi

Latiff Hariri
1058 09022013
Sungai Petani

Wednesday, 6 February 2013

Serumpun Tebu dan Se- Pulau Pinang

Pagi sabtu 02022013 ini, bangun paginya seperti biasa.

Sekitar pukul 720 pagi, saya mengajak Tarmizi dan Dasmita untuk menjengok kebun saya. Bukannnya nak menunjuk rajin kepada tetamu ini, lebih kepada pesanan ayahnya Dasmita supaya dicantas sebarang 2-3 batang tebu hitam untuk dibawa pulang ke Sungai Lui, Hulu Langat.


Ternyata Dasmita dan Tarmizi teruja melihat akan pisang pisang berangan ini. Mereka juga punyai kebun di Sungai Penuh, Kerinchi,

Sama..... pada usia ini, kami bertiga senang duduk di kebun pada setiap hujung minggu

Tarmizi mahu saya pindahkan anak anak pisang ini, ke tanah terbiar disisi, ianya merupakan tanah saya juga, tetapi belum digembur dengan jentolak.

Dasmita memetik terung pipit. Orang Kerinchi panggil Langgi.

Penuh dengan jantung pisang dan setandan pisang emas

Ini tujuan sebenar saya ke kebun pagi ini. Kalau tak dibawa pulang anak anak tebu ini, pasti Pakcik Dain membebel kat talipon saya ni! Hehehe.

Bukan saya kena buat kerja pun, saya suruh menantunya yang cantas sendiri, hahaha.

Tarmizi mencantas tebu yang ditanam ayah mertua beliau sekitar tahun 2000

Yes, manis katanya. Ayah mereka yang tanam , memanglah manis

Kembali kerumah sekitar 830 pagi. Tapi, sempat kami bertiga singgah ke stesen bas untuk dibeli tiket pulang ke Kuala Lumpur. Saya mengharapkan mereka pulang malam, dan tiba di KL keesokkan paginya, tetapi, Tarmizi punya rancangan tersendiri untuk esok.

Jadi, sebaik membeli tiket, kami terus bersarapan. Anak anak teruna ni pun dah bangun, walaupun mereka bersengkang mata malam tadi.


Mihun goreng dan nasi lemak bungkus dan kuih koci menjadi hidangan pagi ini.

Yogi komen,, nasi lemaknya sedap. sedangkan saya terpegun melihat Tarmizi makan terung pipit mentah mentah bersama Nasi Lemak. Yang saya tahu, harus direbus dahulu.

Akhirnya saya mencuba, dan ternyata sedap, rangup......

Tidak mahu membuang masa, sekitar 930 pagi kami bergerak keluar sepertimana aturan yang dipersetujui semalam.

Ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang.
Yogi teruja melepasi Jambatan Pulau Pinang.

Aik, romantik nampak...

Padang Kota Lama

Fort Cornwallis

Meriam sekitar tahun 1780an

Dedy dan Aqbal pun pertama kali ke Pulau Pinang, sama seperti Yogi. Sedangkan mereka memang duk kat Malaysia.

Kami didalam Kota ini sekitar 30 minit.  Bagi saya tiada apa yang menarik, tetapi bagi yang pertamakali memasukinya, pasti teruja melihat sisa sisa sejarah ini.

Kami diatas bumbung Kota

Termizi merindui Francis Light. untuk rekod, yang pertama temui Pulau Pinang bukan Francis Light, tapi Datuk Janaton sekitar 1700.

Posing lah korang, bebudak remaja......

Kami bergerak meninggalkan Padang Kota Lama ini sekitar pukul 1215 tengahari, rencananya mahu ke Batu Feringhi, tapi dek kerana jalannya sesak, saya berpatah balik menuju ke Jetty.

Pulang ke Semenanjung sahaja. Bukan tak mahu, tetapi masanya singkat kerana Tarmizi mahu pulang segera ke Kuala Lumpur.

Tarmizi saya rasa 'kebingunngan' mengapa saya katakan yang kita akan pulang dengan menaiki Ferry ke Butterworth.

Begitulah, bila dah memasuki Pulau Pinang, kita terlupa yang kita berada di Pulau dan melintasnya pun dengan jambatan yang besar, terlupa kita melintasi lautan...

Latiff Hariri
2028 04022013
Sungai Petani

Monday, 4 February 2013

Tetamu dari Kerinchi/Jambi

Saya sudah nantikan kehadiran kenalan baik ini sejak sebulan yang lalu. Saya mula mengenali beliau ketika pertamakali menjejakkan kaki ke daerah Sumatera Barat, khusunya Kerinchi/Jambi/Padang, pada tahun 1996.

Katanya, aturcaranya padat untuk sekitar sepuloh hari di Malaysia. Atas urusan peribadi.

Saya tak kisah, janji beliau mahu bertandang kerumah saya barang sejam dua pun, sudah cukup 'membesarkan' hati saya.

Petang Jumaat , 1 February sekitar 330 petang akhirnya kami bersua lagi. Kali terakhir berjumpa sekitar 2011 di Kota Padang. Ketika saya dan rakan rakan pejabat bercuti untuk lima hari,sedangkan beliau menyambung kuliah hujung minggu di Universiti Padang.


Tarmizi hadir untuk kali kedua di rumah usang kami, disisinya Dedy dan Aqbal.

Ini pertama kali isteri beliau, Dasmita dan anak sulongnya Yogi, menjejakkan kaki ke Kedah. Mungkin teruja untuk melihat sesuatu yang baru sepertimana yang pernah ayahnya Tarmizi ceritakan.

Sambil menantikan makanan tengahari terhidang, mereka beronline dahulu


Roziah dan Dasmita.

Makanan dijamah sekitar 420 petang. Katanya sudah makan di R&R Ipoh, tapi, itu masakan di luar, sedangkana yang ini masakan di rumah.

Cuba ikut selera orang seberang, sambal berlado dan masak lomak.

Sekitar selesai Asar, sepertimana yang telah di persetujui segera tadi, kami ke Alor Setar untuk melawat Menara dan Istana.

Mokhtar tidak pernah menolak ajakan saya untuk membantu pemanduan saya ke sana. Senang ada adik adik bujang ni.

Untuk rekod, Mokhtar sudah pernah bertemu Cikgu Tarmizi di Padang  bersama saya pada 2011.

Ceria mengarah ke Alor Setar sekitar 540petang....

Cikgu Tarmizi, suatu ketika dahulu adalah saorang guru di persekolahan Teknik. Beliau mengajar bidang pembinaan (civil rasanya), khusunya pembinaan jalanraya. Saorang yang dedikasi, akhirnya kini berjawatan Pegawai Pendidikan di Jambi.



Ke Menara Alor Setar, perjalanan dari Sp hanya 40 minit

Menara Alor Setar sekitar 610 petang

Mencari anak bulan

Angin terlalu kencang petang ini

Tetamunya tak ramai, dan tiket untuk naik keatas adalah RM7.00 saorang

Disediakan teropong disetiap penjuru serta kisahnya setiap arah, tercatit disisi dinding teropong

Istana Mahathir?

Bangunan Persekutuan dan Masjid Zahir

Gunung Keriang

Kompleks StarCity

Pendekar Wak Mustar!?

Santai aje petang ni

Sekitar pukul 715 petang. kami bergerak ke utara Alor Setar untuk melihat dengan dekat pagarnya Istana Anak Bukit. Hahaha. Mana boleh masuk Istana.

Pertama kali meihat persekitaran Istana Sultan Kedah

Kenangan 1 February 2013

Kami bergerak pulang menghampiri Maghrib. Sekitar pukul 820 malam kami sudah berada semula di Sungai Petani. Ternyata Tarmizi gagal , sebagaimananya saya gagal dahulu bila pertama kali menjejakkan kaki kerumah beliau dengan menaiki kereta dari Dumai-Jambi-Kerinchi. 

Saya tumbang ketika itu, begitu juga dengan Tarmizi terkini. 

Tetapi anak anak remaja ini, tetap tidurnya lewat sehingga ke pukul 1 pagi, melayan 'maya' dan TV.

Esok pagi, acaranya padat.

Latiff Hariri
2008 03022013
Sungai Petani