Bee Gees

Wednesday, 6 November 2013

Aman Shah In Control

Ini sambungan selepas waktu rehat.

Taiping ni sinonim dengan hujan, jadi, untuk mengelakkan tempias dan bunyi deruan angin dan hujan, kesemua pintu sisi dewan ditutup.

Dimulakan oleh sdr Aman Shah dengan topiknya, ' Dream and Plan for The Future'.

Topik yang serius dipenuhi dengan FAKTA  dan ANGKA dan penyampaian dalam Bahasa INGGERIS sepenuhnya.

Aman Shah lulusan Ekonomi dari Australia, dan beliau juga merupakan kenalan sebandar abang saya di Australia suatu ketika dahulu.

Ok, Aman sedang bersedia untuk kedepan....

Ya, saya berikan tumpuan seketika pada apa yang mahu dikongsi oleh Aman, ternyata amat serius dengan data dan fakta yang tidak boleh disangkal.

Perancangan yang dibawa oleh Kerajaan menunjukkan bidang pendidikan yang mana menjadi teraju utama Negara.

Pada saya, memang terlalu tinggi untuk difahami pelajar SPM, tapi memang berbaloi mendengar dari orang orang atas didalam bidang dan kepakaran mereka.

Aman tekun memberi penerangan. Tamat sekitar 30 minit.

Memang menarik bagi saya yang sudah berusia ini.

Akhirnya pelajar pelajar diperkenalkan kepada setiap OE81 yang bakal menerajui 'kelas' masing masing. Dimulakan oleh Prof Khairul dan Din Selamat.

Saya tabik spring kepada mereka berdua ini, tak kurang dari 50 pelajar mengekori mereka memasuki kelas.

Mej Jen Dato Abdul Mealek membuka bicara tentang bidang Ketenteraan khususnya Uni Pertahanan Malaysia. Sekitar 16 pelajar yang berminat.

Mej Jen Abd Malek berbicara didalam Dewan sahaja kerana tidak mahu menyusahkan beliau menaiki tangga kelas yang bertingkat tiga itu!

OE81 oklah, mereka muda dihati lagi.

Dato mahu semua menjadi Pegawai Tentera, belajar di Uni Pertahana, siap dapat elaun lagi, katanya.

Saya tidak dapat mengikuti pencelotehan Dato sehingga tamat, kerana harus menyelia sekitar enam kelas lagi , yang sedang berlangsung di bangunan blok berdekatan.

Teruja nak tengok kawan kawan ini menjadi Guru part time di SM King Edward VII.

Ada yang dah kata, " memang aku teringin nak jadi Cikgu dulu, tapi tak dapat."

Latiff Hariri
1918 06112013
Sungai Petani

Sunday, 3 November 2013

Ceramah Motivasi Dari Master Hamdan Humaidi OE81

Ini acara yang utama untuk hari ini 21 Oktober 2013. Kami memang mencari sesaorang yang pakar dalam bidang ini terutamanya dari kalangan Akedemik peringkat teratas. Memang ramai dikalangan OE81 yang berjawatan penting di IPTA, tetapi ramai pulak yang tidak dapat menghadirkan diri. Tak semena mena Hamdan Humaidi muncul . Jadi ini permulaan kami untuk acara pembukaan di Tahun 2013 ini.

Tumpuan untuk calon SPM terutamanya, dan sebahagian calon STPM.

Hamdan Humaidi mula memperkenalkan diri.

Pelajar memberi tumpuan.

Hamdan memulakan bicara

Dua Prefect yang mengawal suasana dibelakang Dewan.

Adatlah dengan bebudak sekolah ini, pada awalnya tumpuan tahap tertinggi, lama lama merosot, dan mula membuat bising di belakang Dewan, hehehe. Saya faham sangat, sebab dulu saya pun sama je.

Jadi untuk menghangatkan suasana , aktiviti dilakukan supaya Pelajar dapat bersama sama mamainkan peranan .

Tumpukan kepada 'Saya kata   '.

Pada usia begini saya dah faham sangat, untuk mendapat perhatian dan tumpuan 100 peratus dari hadirin memang amat payah terutamanya bebudak sekolah ni. Perlbagai acara bersama pelajar diselang seli dengan lawak jenaka dilakukan supaya tumpuan tidak tersasar.

Jadi , sebelum acara bermula tadi sudah diwarwarkah oleh Cikgu Alisyah , ada hadian tunai untuk 10 pelajar yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ceramah ini. Selain itu Mej Jen Dato malek ada membawa ole ole untuk Pelajar Pelajar yang bertuah kehadapan menjayakan aktiviti Ceramah Motivasi. 

Kakak Form Six dan adik Form Five

Candid - Ni mesti kuat study malam malam ni.

Ha, lawak jenaka bersama Motivator Hamdan , Guru dan Pelajar.

Acara berlarutan sehingga ke pukul 10 pagi. Jenuh nak beri perhatian ni.

Tahu....waktu rehat dah semakin hampir, OE81 dah lapar.....

Sekitar 1030 acara tamat. Setiap pelajar dibekalkan dengan sebungkus nasi dan air mineral. Pelajar dijamu selera oleh OE81 .

Jamuan sekitar 1050 pagi. Nasi tomata kurma telur ayam merah.


Dah lama tak duk makan semeja semenjak meninggalkan sekolah.

Aman Shah dikelillingi peminat dikalangan Guru Guru.

Kami tamat makan sekitar 1115 pagi bilamana sesi kedua bakal bermula . Ini yang menjadi pilihan utama pelajar, kerana rata rata mereka sudah tahu kearah kelas mana yang akan mereka tujui untuk mendengar taklimat peluang peluang pelajaran 5 hingga 6 tahun mendatang.

Latiff Hariri
1208 03112013
Sungai Petani

Wednesday, 30 October 2013

Selamat Datang Dari Warga SM KIng Edward VII

Kami bergerak serentak dari Restoran Bismillah sekitar 720pagi. Dan sebaik memasuki lorong belakang, kelihatan anak anak Edwardian sedang beratur memasuki kelas masing masing.

Saya anggap kami berlangkah kanan, kerana dapat bertembung dangan 'kakak kakak' Tingkatan 6 yang comel comel.


Sengaja saya kaburkan wajah 'kakak kakak' dibelakang tu dari pengamatan Dr Ismail dan Nassir.

Tapi, komen salah saorang Cikgu yang berbunyi begini, merencatkan pemikiran kami.

" Bebudak Tingkatan 6 ini tak semacam waktu kita dahulu. Waktu kita, kita admire kakak kakak ni seolah olah taraf mereka terletak bersamaan saorang guru. Budak budak la ni, perangai mereka macam budak Darjah 6."

Ada ke?

Cikgu Amin menemubual Aman, Dato Malek, Prof Azlin dan Anwer. 

Sekitar 745 pagi, Master Hamdan dah bersedia menerajui majlis.

Kami mengambil tempat kami sekitar 755 pagi.


Dan Cikgu Alisyah menerajui kata bicara tepat jam 8. Cikgu Alisyah adalah TMGS81....eh.

Lagu Greater Than Before


GPK Cikgu Zakaria memberi kata kata aluan

Kata kata kedua datangnya dari Naib Presiden OEKL Mej Jen Dato Abdul Malek Shahar Harun.


Wakil OE81 , sepatutnya Roslan Abdul Rahman atau Din Selamat, bukan saya.

Sememang saya tidak bersedia. Tiada teks yang boleh saya pinjamkan untuk kata kata pembuka, semuanya cacamerba kerana tidak menyangka akan dijadikan 'bidan terjun' untuk mewakili rakan rakan OE81'.

Yang menjadi semangat saya adalah bila GPK dan Datok Malek yang memuji pihak sekolah dan kumpulan OE81 yang tidak kedekut masa dan tenaga 

Saya rasa ucapan ringkas saya tak sampai pun 7 minit, lebih kepada mengapa Angkatan 81 begitu teruja untuk 'memberi' dan berkongsi pengalaman bersama anak anak SPM2013 ini.

Latiff Hariri
2038 30102013
Sungai Petani

Sunday, 27 October 2013

Journey to King Edward VII

Pagi Sabtu 19 Oktober ini, saya seperti biasa memasuki kebun saya seawal 7 pagi. Cuaca pun terang awal kebelakangan ini. Ya lah, Subuh pun sekitar 552 pagi, jadi cerahnya cepatlah. 

Memegang sebilah parang dan brbekal se tong racun yang digandang dibelakang saya, saya memasuki kebun yang bersemak samun ini. 

Parang sebagai senjata sekiranya bertembung dengan ular yang  banyak berkeliaran semenjak musim hujan ini. Mungkin lubang persembunyian mereka telah dipenuhi air. Tiadalah saya mahu mendongak keatas kerana ular dan rumpai liar yang menjadi perhatian saya sambil meracun ini.

Melintasi persekitaran pokok durian ini, saya terkejut melihat ini......

Putik durian yang gugur.....

Terus mendongak keatas, ternyata ia. Sudah bergayut putik putik buah durian di dua batang pokok yang bersebelahan, sedangkan tiga lagi tiada bunganya.

Ini berita grmbira bagi saya, saya rasa sekitar Januari 2014 akan mengeluarkan hasil.

Pagi Ahad 20 haribulan ni, semuanya saya segerakan supaya perjalanan pulang ke Taipiing yang telah saya rancang sejak 2 bulan yang lalu berjalan dengan sempurna.

Saya bergerak sekitar 245 petang, kununnya mahu bersaing dengan Din Selamat yang saya jangka akan tiba di Taiping sekitar pukul 4 petang.

Dan saya gagal menyaingi mereka. Sudah siap mereka dengan semangkuk cendol bila saya muncul.


Cikgu Siva yang banyak membantu dan memberi semngat pada kami.

Sebaik selesai , kami terus ke Sekolah King Edward. Tiada yang menyambut kami, dan kami pun buat macam sekolah kami dengan membuka pagar utama dan terus menuju ke Dewan.

Cikgu Siva tiba sekitar 5 petang, dan hampa kerana tidak dapat memasuki Dewan yang berkunci.

Nak gantung dalam Dewan, berkunci pulak, dapat beraksi di luar Dewan pun ok jugak

Terus saya dan Din cadangkan kami semua ke Restoran berhampiran untuk minum petang.

Waktu ni dah ramai yang tiba. Untuk rekod : Din Selamat, Hamdan Humaidi, saya, Anwer, Dr Ismail, Kharul Azlin, Cikgu Siva OE80 dan Badrul Hiham .

Mej Jen (B) Abd Malek menyusul 20 minit kemudian, angkatan OE63!!

Satu....! Lain kusyuk mendengar. Mej Jen dah Tingkatan 5, kami masih atas awan.....

Sekitar Maghrib kami berpisah. Kami bertiga ini cek in terus ke HomeStay di kampung Jambu, sedangkan yang lain lain, menginap di Hotel sekitar Bandar Taiping.

Janji untuk makan malam bersama, sekitar 9 malam, tapi, sengaja kami bertiga lewatkan supaya yang lain ternanti nanti.

Aman, Din dan Sham.


Memang tak kering gusi bila bebudak nakal ini berjumpa semula, ada yang tidak pernah bertemu melebihi 34 tahun!!


Prof Khairul Azlin UNIMAS, dan Nassir Hanapi UTM Skudai

Pulang sekitar 1130 malam, banyak kerja yang belum selesai ni.



Pukul 1 pagi 21 Oktober 2013 ditemani Azman Isa dan Azmi Azuar

Subuh Isnin, sekitar 640 pagi kami sudah bergerak ke Restoran Bismillah untuk sarapan bersama. Dalam tak tidur lena tu pun, ramai yang dah menunggu disini, yalah, semua gang Solat Subuh, hehehe.

Semua lepas geram ....Ini port waktu ponteng kelas suatu ketika dahulu.

Abang Zul Kruket 

720 pagi berfoto kenangan bersama angkatan OE63-65!!

Memasuki pagar belakang di Lorong King Edward, bagi meudahkan kami parkir kereta di sisi Dewan Sekolah.

Bermulanya episod pertama "Sharing Our Journey by OE81"

Magni Nominis Umbra

Latiff Hariri
2028 27102013
Sungai Petani

Thursday, 24 October 2013

Qurban 1434 3 Penjuru

Pagi EidAdha yang basah......

Itu yang boleh saya tuliskan sebagai permulaan. 

Imam Ibrahim dah warwarkan bahawa Majlis Qurban untuk tahun ini dibahagikan kepada 3 hari berturut turut.

Hari Raya Haji , sebaik selesai Solat, pehak perkumpupan Silat Sadar akan dahului dengan 7 ekor lembu!

Diikuti oleh Surau Sri Tanjung pada hari kedua, dan pada hari Khamis, MAsjid Al Amin akan mengakhirinya.

Saya hanya berkesempatan untuk melihat acara ini di kejirana Perkumpulan Silat Sadar pada hari pertama dalam hujan renyai.


Budak budak yang memenuhi ruang penyembelihan yang kecil.

Melapah...

Dah siap.....

Saya puji dengan sikap perkumpulan ini. Teratur dan berdisiplin.

Pengamatan saya sepanjang 49 tahun usia ini, masih ada segelintir Umat yang tidak menghormati waris yang berQurban dengan mengambil sesuka hati bahagian daging (cakap berlapik dari istilah sebenar - Curi)
tanpa kebenaran pehak pengurusan. 

Saya yang hanya melihat persekitaran ini pun, sekitar jam 12 tengahari dititip terus kerumah kira kira sekilo daging Qurban dari rakan rakan Sadar ini.

Hari Raya kedua pula, acara Qurban dilakukan di Surau Sri Tanjung. Saya tidak hairkan diri, kerana cuaca(alasanlah). Petang itu saya sekeluarga ke pekan Guar Chempedak berHari Raya di rumah kenalan saya Sanusi. Saya baru mendapat tahu tentang kisah dukanya Sanusi yang baru 4 tahun lebih mendirikan rumahtangga itu, ditinggalkan selamanya oleh isteri tersayang sejak September 2012 . 
Kini beliau bersama dua cahayamata beliau melalui sisa siha hidup tan isteri dan emak kepada anak anak beliau.

Saya tidak hadirkan diri untuk acara ketiga ini juga. Sebabnya, kerana saaya bekerja.

Acara inin disempurnakan oleh Ustaz Ibrahim Ahmad, Imam Masjid Al Amin

Ustaz Ibrahim Ahmad dan Abang Latiff TNB


Tarik kaki dia...

Kalau Ustaz dengan pisau ini, senafas aje.....

Saya dapati kali ini lebih teratur kerana pihak Masjid dengan kerjasama Kumpulan Sadar dan Surau, mengagih agihkan daging mengikut kawasan terdekat masing masing. Jadi tiadalah yang mendapat dua tiga bahagian, dan tiadalah yang ketinggalan.

Kali ini Masjid AlAmin menyempurnakan 5 ekor lembu dan surau 2 ekor.

Latiff Hariri
1838 24102013
Sungai Petani

Sunday, 20 October 2013

Solat Idul Adha Masjid AlAmin

Saya dah sedia maklum bahawa solat IdulAdha akan dimulakan pada jam 8 pagi. Tiada hal, saya suka ...lagi cepat lagi bagus. Lagi pun, Raya Haji ni, sebaiknya cara qurban dimulakan awal, tak lah berlarutan sehiingga ke Zohor.

Pukul 725 saya menapak sendirian ke Masjid AlAmin. Hanya gerimis. Mengekori motosikal dibelakang saya, toleh toleh, si Zul rupanya. Bonceng aje, jarak 500m itu menjadi dekat.

Kami antara10 terawal. Pembantu Imam, Bilal dan Siak pun tiada. Masjid agak kelam. Banyak lampu yang belum dinyalakan.

Hm..., kata jam 8 pagi, ni dah 730 pagi ni. Takbir pun belum  bermula.

Sebaik Pembantu Imam menyalakan kesemua lampu dan kipas Masjid, hujan pun mencurah. Waktu ini saya kira jemaah sudah melepasi 50 orang.


Saya khaskan diri saya dibarisan kedua disetiap Masjid yang saya Iktikafi.

Zul , orang kuat kanan saya.

Izzuddin disebelah Zul

Takbir Hari Raya hanya dimulakan sekitar 740 pagi, berlarutan hingga kepukul 830 pagi. Saya dah jangka, dek kerana hujan dan bagi memastikan tiada yang tertinggal Solat EidAdha.

Imam Ibrahim Ahmad memberi sepatah dua kata sebelum Solat.

Solat yang sepatutnya bermula pukul 8 pagi, ditunda ke pukul 830 pagi, gara gara hujan, dan Masjid yang separuh penuh.

Siap Khutbah dan doa selamat semuanya, kami berangkat pulang sekitar 920 pagi, sebaik bersalaman sesama Jemaah dan Tok Imam.


Kat rumah, macam biasa, nasi impit, ketupat daun palas, lemang TTI, rendang daging dan kuah kacang.

Acara hari ini padat, tetapi cuaca yang hujan memanjang memperlahankan gerakan saya.

Latiff Hariri
2008 18102013
Sungai Petani

Friday, 18 October 2013

Bakar Lemang TTI

Sudah melepasi hari keenam pemergian sahabat kami Mohd Fauzi Ge @ Layar Delta.

Rakan sejiran sudah bermuafakat untuk bergotong royong mengadakan kenduri tahlil untuk arwah selepas solat Zohor , Sabtu 12 haribulan Oktober. Walaupun saya tidak menghadirkan diri pada hari mesyuarat itu, saya sudah nyatakan persetujuan saya akan apa jua keputusannya nanti.

Saya tak keluarkan wang ringgit, lebih kepada hasil hasil kebun ini saya sedekahkan untuk jamuan malam tersebut.

Jadi malam Sabtu itu saya turun bersama sebaldi jantung pisang dan terung pipit. Sedangkan , Yazid dan Cikgu Najib sedang bersilat dengan daging dan kambing yang disedekah rakan rakan arwah. Malam itu saya beranggapan, tukang masak utamanya adalah mereka berdua, walaupun dibantu sepenuh masa oleh ibu mertua mereka serta isteri Yazid.

Sambal belacan dan tempoyak untuk hidangan hadirin.

Jamuan dimulakan sebaik selesai doa untuk arwah yang dimulakan oleh pembantu Imam , Ustaz Ya.

Tart kira biasalah dengan acara makan makan ni.

Saya pulang pun melepasi Asar . Tak tolong pun, sekadar jadi tukang tengok.

Dan rakan rakan kejiranan ini tak habis habis mesyuarat, kali ini secara mengejut mereka mahukan acara membakar lemang. Saya tak berapa campur, sebab saya kira dah terlalu suntuk untuk mencari buloh pun. Hari Ahad baru nak cari tu....!!

Hari Isnin hujan seharian, seriat pun sekitar pukul 530 petang. saya dah ronda Taman ini 'usha ' khemah mereka. Eh, buloh dah adalah, kayu api pun selunggok. Tapi kenapa tak mulakan lagi? Pukul berapa nak siap ni?

Secara rasminya pukul 525 petang baru nak nyalakan api, kayu basah pulak tu.

Adalah sekitar 30 batang bulung . Yang terisi pulut sekitar 15 batang. Menanti Cikgu Najib membeli 2 setengah kilo pulut untuk ditambah. Di dalam bekas minum tersedia 2 setengah kilo santan. Saya musykil jugak ni, cukup ke santan itu?

Bincang punya bincang, Izran diarah membeli lagi 3 kg santan untuk tambahan. Saya tiada pengalaman yang banyak dalam membakar lemang ini. Ingatan saya hanya pada usia 15 tahun dimana arwah bapak dan arwah emak membakar lemang dan dodol serentak, dan yang menjadi mangsanya adalah saya. Dalam bulan puasa tu!


Kayu oh kayu, mengapa engkau basah?

Saya tak tunggu lama, sekitar 645 petang saya pulang ke rumah untuk Maghrib dan berIftar.

Sekitar pukul 9 malam saya sambung lagi berlepak dengan kejiranan ini.

Yazid dan Cikgu Najib yang setia dari awal...

Pak Mail. Izral dan Jan.

Nasib baik malam ini tidak hujan, jadi boleh lah kami pasti bahawa lemang lemamg ini akan siap masaknya sekitar sebelum tengah malam.

Baru separuh masak, kami buka 3 batang untuk jamahan pertama, ada yang bawa rendang yang baru dimasak di rumah, serta sepeket dua serunding yang dibeli.

Bila lemang ini panas sangat, kita tidak dapat menghayati keenakkannya.

Saya menyerah diri awal seawal jam 1030 malam. Mana nak tahan, berasap serta lampu kelam, membuat saya cepat mengantuk. Sempat dibekalkan Yazid kepada saya sebatang lemang untuk jamahan sekelaurga.

Esok Raya wei, kena tidur awal.

Latiff Hariri
1958 16102013
Sungai Petani