Pagi Sabtu 19 Oktober ini, saya seperti biasa memasuki kebun saya seawal 7 pagi. Cuaca pun terang awal kebelakangan ini. Ya lah, Subuh pun sekitar 552 pagi, jadi cerahnya cepatlah.
Memegang sebilah parang dan brbekal se tong racun yang digandang dibelakang saya, saya memasuki kebun yang bersemak samun ini.
Parang sebagai senjata sekiranya bertembung dengan ular yang banyak berkeliaran semenjak musim hujan ini. Mungkin lubang persembunyian mereka telah dipenuhi air. Tiadalah saya mahu mendongak keatas kerana ular dan rumpai liar yang menjadi perhatian saya sambil meracun ini.
Melintasi persekitaran pokok durian ini, saya terkejut melihat ini......
Putik durian yang gugur.....
Terus mendongak keatas, ternyata ia. Sudah bergayut putik putik buah durian di dua batang pokok yang bersebelahan, sedangkan tiga lagi tiada bunganya.
Ini berita grmbira bagi saya, saya rasa sekitar Januari 2014 akan mengeluarkan hasil.
Pagi Ahad 20 haribulan ni, semuanya saya segerakan supaya perjalanan pulang ke Taipiing yang telah saya rancang sejak 2 bulan yang lalu berjalan dengan sempurna.
Saya bergerak sekitar 245 petang, kununnya mahu bersaing dengan Din Selamat yang saya jangka akan tiba di Taiping sekitar pukul 4 petang.
Dan saya gagal menyaingi mereka. Sudah siap mereka dengan semangkuk cendol bila saya muncul.
Cikgu Siva yang banyak membantu dan memberi semngat pada kami.
Sebaik selesai , kami terus ke Sekolah King Edward. Tiada yang menyambut kami, dan kami pun buat macam sekolah kami dengan membuka pagar utama dan terus menuju ke Dewan.
Cikgu Siva tiba sekitar 5 petang, dan hampa kerana tidak dapat memasuki Dewan yang berkunci.
Nak gantung dalam Dewan, berkunci pulak, dapat beraksi di luar Dewan pun ok jugak
Terus saya dan Din cadangkan kami semua ke Restoran berhampiran untuk minum petang.
Waktu ni dah ramai yang tiba. Untuk rekod : Din Selamat, Hamdan Humaidi, saya, Anwer, Dr Ismail, Kharul Azlin, Cikgu Siva OE80 dan Badrul Hiham .
Mej Jen (B) Abd Malek menyusul 20 minit kemudian, angkatan OE63!!
Satu....! Lain kusyuk mendengar. Mej Jen dah Tingkatan 5, kami masih atas awan.....
Sekitar Maghrib kami berpisah. Kami bertiga ini cek in terus ke HomeStay di kampung Jambu, sedangkan yang lain lain, menginap di Hotel sekitar Bandar Taiping.
Janji untuk makan malam bersama, sekitar 9 malam, tapi, sengaja kami bertiga lewatkan supaya yang lain ternanti nanti.
Aman, Din dan Sham.
Memang tak kering gusi bila bebudak nakal ini berjumpa semula, ada yang tidak pernah bertemu melebihi 34 tahun!!
Prof Khairul Azlin UNIMAS, dan Nassir Hanapi UTM Skudai
Pulang sekitar 1130 malam, banyak kerja yang belum selesai ni.
Pukul 1 pagi 21 Oktober 2013 ditemani Azman Isa dan Azmi Azuar
Subuh Isnin, sekitar 640 pagi kami sudah bergerak ke Restoran Bismillah untuk sarapan bersama. Dalam tak tidur lena tu pun, ramai yang dah menunggu disini, yalah, semua gang Solat Subuh, hehehe.
Semua lepas geram ....Ini port waktu ponteng kelas suatu ketika dahulu.
Abang Zul Kruket
720 pagi berfoto kenangan bersama angkatan OE63-65!!
Memasuki pagar belakang di Lorong King Edward, bagi meudahkan kami parkir kereta di sisi Dewan Sekolah.
Bermulanya episod pertama "Sharing Our Journey by OE81"
Magni Nominis Umbra
Latiff Hariri
2028 27102013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment