Buah pisang pagi Sabtu 28 haribulan September, saya terlepas pandang..., jadi, jadi habuan perut sendirilah.
Bulan September ini sepatutnya saya berkapasiti penuh untuk mengerjakan kebun saya ini. Tapi, saya masih beralasan untuk menidakkan tenaga saya ini. Saya mungkin terasa malas, mungkin juga letih melihat pokok pokok pisang yang semakin layu dek kerana kemarau yang berpanjangan itu.....
Mungkin juga seronok nak bercuti dengan rakan rakan saya ke Sandakan tempohari. Itu semua alasan yang boleh saya rekacipta untuk menutup kelemahan diri sendiri.
Ini hasilnya kebun saya untuk September 2013:=
Serai 15kg RM 21.50
Berangan 17 Mayang @146.10kg RM265.40
Emas 4 Mayang @ 29.80kg RM 53.30
Awak 10 Mayang @ 93.00kg RM103.60
Nangka 7 Mayang @ 59.60kg RM 53.00
Jumlah RM496.80 (49.68%, kira gagal)
Selain itu , bulan ini juga saya banyak berjalan jalan dihujung minggu. Dua minggu berturut turut ke Ipoh, selain ke Sandakan. Kira bila berjalan ni, kebun terpaksa saya abaikanlah.
Apa yang baik adalah dariNya, yang tak baik itu atas kemalasan saya sendiri.
Syukur atas nikmatMu.
Latiff Hariri
1948 29092013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment