Tujuannya supaya satu temu janji dibuat untuk makan malam bersama. Saya emeinta sesuatu yang lain dari kebiasaan.
Sebaik selesai solat Maghrib sekitar 607 malam, kami bergerak ke rumah Abang Bacho dalam suasana dingin malam. Dinginnya sebab seakan akan , akan berlaku hujan bila bila masa.
Dan kami memasuki restauran makanan laut ini sebaik sahaja hujan mula membasahi bumi.
Berenam semeja.
Steamboat sahaja.....lain dari biasalah
Memamg teramat fresh makanan laut disini.
Saya kira memang berbaloi dengan harganya yang ditetapkan, kerana terlalu banyak dan tiada hadnya untuk kita memilih makanan.
Hati saya puas kerana malam ini kami mencuba makanan laut dan berbeza dari biasa. kalau di Semenanjung, memang ada makanan begini, tapi harga dan kesegaran tak akan sama dengan yang di Sandakan.
Kami pulang sekitar 930 malam, didalam renyai malam. Walaupu masih awal, saya beranggapan suasana sudah sepertinya jam 11 malam. Saya memang kalah dengan tidur ni.
Saya tinggalkan Osman dan Wan di tengha bandar baru Sandakan. Sedangkan saya remcananya, mahu berehat di bilik sahaja. Sesampai dirumah, sudah menanti abang Bacho sendirian. Terus kami masuk kerumah dan bersorak kosong, hingga ke pukul 11 malam , bila si Osman menalipon meminta saya menjemput mereka . Saya pun keluar sebuah kereta dengan Abang Bacho .
Dan bermula episod kedua perbualan kosong tentang politik dan ekonomi terkini yang sengaja saya dan Bang Bacho cungkilkan dari minda Osman.
Perbualan ini tidak berakhir di restoran Habib sekitar 130 pagi, tetapi berpanjangan hingga ke rumah sehingga jam 330 pagi. Saya tidak menoleh kebelakang lagi, terus masuk ke kamar dan lena.....Hahaha, maafkan saya Bang Bacho, Osman dan Wan.
Memang sudah melepasi had waktu.
Esok nak bangun awal lagi, nak cover Bandar Sandakan untuk kali terakhir supaya tiada ole ole yang tertinggal untuk dibawa pulang.
Latiff Hariri
2038 28092013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment