Bila perut kurang selesa, berjalan jalan ni adalah satu yang menyusahkan.
Saya memaksa maksa diri untuk segera pulang ke Sandakan, sedangkan kedua rakan saya ini masih mahu bersantai di Semporna..
Kami bergerak sekitar 1030 pagi. Melepasi mahligai Shafie Apdal itu yang terletak di pintu masuk Pekan Semporna.
Osman mengemudi lagi pagi ni
Perjalanan seperti semalam, 2 jam masanya. Sekali lagi lami memasuki Bandar Lahad Datu. Kali ini untuk makan tengahari dan membeli cenderahati untuk anak anak.
Wajib benda benda ni buat anak anak Osman
Nasinya habis setengah, nampak seakan akan selera semenanjung, tapi.....
Sebahagian bandar Lahad Datu.
Kami bergerak sekitar 1 tengahari. Ada lagi 2 jam perjalanan untuk sampai ke Sandakan. Tapi, saya tidaklah tergesa gesa, kelmarin , kami melepasi Kota Kinabatangan ini sekitar 7.20 pagi. Jadi pekannya masih belum beroperasi sepenuhnya, inikan pula pejabat Kerajaan.
Jadi , hari Ahad ni , kalau Jabatan ini tidak beroperasi jugak, tak tahu nak kata apalah lagi
Sayup di atas Gunung tu...ada Wakaf
Osman dan Wan sudah tertanya tanya apa yang ada di atas itu.
Jabatan Muziiun Sabah
Pintu utamanya ke tapak Agob Batu Tulug
Bayaran masuknya adalah RM2.00 . Sedangkan yang saya ingat kira kira 8 tahun yang lalu, masuk adalah percuma. Waktu itu saya sekeluarga bersama emak dan Abang Bacho sekeluarga dengan selamba memanjat gunung ini. Kecuali Emak dan isteri saya. Isteri saya lebih kepada 'mistik'nya tempat ini.
Tangga yang berliku liku, bukanya kena panjat gunung secaraq bebas, tapi ada tangga dan pangkin untuk berehat.
Ini baru 1/3 perjalanan kepuncak.
Saya tahu mereka berdua ni tercungap cungap, sama seperti saya.
Saya dah merasakan bezanya kekuatan 8 tahun yang lalu.
Agob batu Tulug. Apa maknanya?
Mungkin Kubur di Gunung Batu ?
Keranda yang berusia lebih 1000 tahun. Sekali lagi 1000, bukan 100.
Kalau kita biasa melihat dokumentari tentang masyarakat Makassar yang meraikan jenazah dengan melambung lambung keranda dan akhirnya menyimpan mayat di atas Gunung dengan menggunakan tangga buluh, disini jua sudah ada kesannya tentang kesamaan budaya masyarakat Borneo di Sabah.
Kehijauan dan dikelilingi Sungai Kinabatangan.
Perjalanan kami teruskan sekitar pukul 330 petang.
Harus diingatkan , walaupun waktunya 330 petang tetapi suasananya sudah sekitar 5 petang.
Kami memasuki Pekan Check Point sekitar 4 petang, dan perjalanan menjadi perlahan dek kerana mengekori lori yang sarat serta pengangkutan awam yang bergerak agak perlahan.
Terus pulang ke rumah untuk berehat.
Malam ni ada acara lagi
Latiff Hariri
2048 27092013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment