Bee Gees

Saturday 7 September 2013

Jalur Gemilang Beg Plastik SMKSL

Saya dimaklumkan oleh pihak sekolah melalui Pengetua akan aktiviti ini secara sepontan sahaja. Saya pun tak berapa nak ambil kisah, lagipun ini aktiviti dalaman sekolah setiap tahun. tahun tahun yang lalupun ada aktiviti begini. Tiada apa yang menarik, fikir saya.


Dah masuk Sinar pun masih tak menarik ke?

Jadi, pagi Jumaat itu, saya yang bertugas diluar tetapi didalam daerah Sungai Petani ini pun, mengambil kesempatan untuk melihat secara dekat apalah yang sangat menarik tentang aktiviti sekolah anak saya ini.

Hari Koku, bersempena dengan hari Kebangsaan keesokkan harinya.

Oh, Ok. Ada Flying Fox....menarik.

Orang ramai yang hadir.

Disediakan perlbagai khemah pameran terutamanya dari Hicom Honda, Rela, Angkatan Tentera, Bomba dan sebagainya.
                                              
Boss SunLay dah sampai....

Superbike ini turut dipamerkan.

Hm, sekejap saja saya berada disini , lebih kepada memenuhi jemputan Sekolah. Demi untuk tidak menghampakan, saya berjanji untuk hadir bersolat Maghrib dan Isyak di Pusat Islam SunLay nanti.

                             
Bacaan Yassin dan Tahlil diterajui oleh Ustaz Rojulaini bersama Imam Imam Muda Sunlay.

Selesai solat saya bergerak ke Pejabat Pengetua

Puan Suriati , Pengurus Sumber Manusia  dan Tuan Zainee Md Dahlan , Ketua Pegawai Eksekutif Hicom Honda Sungai Petani, bersama GPK En Hamid dan Pengetuan Tuan Hj Ismail Othman

Bergerak ke Dataran Sunlay sekitar 845 malam

Izzuddin, Ketua Murid SunLay 2013 menyematkan bunga di baju Pengetua.

Guru guru bersama anak anak kecil serta pelajar meraikan Tetamu Kehormat.

Mengarah ke Dataran.

Doa Selamat diterajui Ustaz Rojulaini.

Kata kata Aluan Tuan Pengetua.

Perasmian Penutup acara Hari Koku dan pembukaan di Ambang 31 Ogos 2013.

Majlis Makan Malam bersama tetamu Kehormat dan Pak Long.

GPK Hem En Hamid, Puan Suriati, En Zainee Md Dahlan dan Hj Ismail Othman

Acara tarian tradisional, nyanian lagu lagu patriotik, deklamasi sajak bertemakan kemerdekaan, persembahan Pak Long memenuhi acara ini bermula dari 930 malam hingga di Ambang 31 Ogos 2013

Apa yang menarik , aktiviti sekolah ini turut dirakam oleh pihak RTM dan media lain. Mereka berkampung di Sunlay 3 hari 2 malam untuk merakam aktiviti sekolah kebanggaan ketiga tiga anak saya ini.




Siapa yang tak bangga bila sekolah sendiri mendapat pengiktirafan dari pihak media? 

Saya sebagai Ahli PIBG ini pun turut berbangga walaupun tidak terbabit secara langsung dengan persiapan dan aktiviti aktiviti sepanjang acara ini. Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Pengetua Hj Ismail Othman, GPK Pentadibiran Cikgu Hamid, GPK HEM Cikgu Hassim, Guru Guru Kanan, Guru Guru, Petugas Pentadbiran Sekolah, Pelajar Pelajar terutamanya anak saya sebagai Ketua pengawas dan Ketua Murid SunLay, Ahli Ahli PIBG serta ibubapa yang terbabit secara langsung atau tidak, dalam menjayakan acara ini. 

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 56!!

Latiff Hariri
1348 07092013
Sungai Petani

No comments: