Bee Gees

Tuesday 3 September 2013

Akaun August 2013

Sepanjang Bulan Ogos ini, aktiviti yang saya ketengah didalam blog ini lebih kepada makan ziarah, makan ziarah

Jadi mana ada masanya untuk jengok kebun tu. Harap tiada orang atas yang persoalkan kenapa pencapaian saya untuk bulan ini merosot begitu terus sekali. Sebabnya, saya lah Boss, saya lah kuli. Ikut suka saya mengapa pencapaian saya seteruk ini.

Hehehe, jangan mare.


Mekanik datang rumah ambil Kancil seusia Izzudin ini untuk diperbaik di bengkel. Genap usia Izzudin 17 tahu, terus daftarkan diri untuk ujian lesen memandu, dan syukur , dalam bulan Ogos ini juga berjaya mendapat lesen D penuh. Kira termudalah yang berjaya .

Tak perlu saya menghantar beliau lagi setiap pagi ke Sekolah. Tamat tugas saya ini 3 bulan awal sebelum bermulanya cuti sekolah akhir penggal 2013.

Ini akaunnya kebun saya bulan Ogos 2013

Pisang Berangan  6 mayang @ 56.10 kg       RM100.90
Pisang Awak       3 mayang @ 41 kg            RM  59.20
Pisang Nangka    2 mayang  @ 20kg            RM  24.00
Pisang Emas        2 mayang  @ 10kg            RM  18.00

Jumlah                                                          RM202.10

        
Dalam sibuk bekerja tu pun, sempat juga melayan rakan rakan persekolahan Izzudin serta jiran tetangga yang terdekat untuk habiskan hutang Syawal ini

Foto 24 Ogos, baru pulang dari kebun bersama rakan darjah 1 kami Shamsiah Ahmad.

Jadi , memang saya perlahankan penuaian hasil kebun ini supaya tumpuan dapat diberikan kepada Syawal . Walaupun begitu, kerja kerja kebun terus saya lakukan pada minggu ketiga dan terakhir Ogos 2013 ini.
Saya lebih banyak meracun serta mencantas anak anak pisang yang bercambah , supaya buah boleh terhasil maksima bila anak anak pisang ini dicantas , dan baja dapat dimaksimakan oleh Induk pisang.

Tebu juga menjadi tumpuan kami , bilamana pembersihan rumpai terus kami lakukan supaya tiada gangguan pembesaran tunas.

Latiff Hariri
1308 01092013
Sungai Petani

No comments: