Bila rakan saya ini mahu lakukan sesuatu untuk Sekolah kebanggaan kami ini, saya tidak mahu hanya menjadi pemerhati dan pengkritik. Saya mahu turut sama menjayakan.
Walaupun dari segi tenaga yang semakin berkurangan, saya kira kalau setakat memandu sejam labih untuk sampai ke Taiping, apalah sangat, kalau nak dibandingkan dengan mereka berdua yang memandu dari Kuala Lumpur itu.
Kalau 'Sesudah 23 Tahun Dahulu', saya anggap pemain utamanya adalah Din Selamat, kini beliau diapit oleh Roslan Abdul Rahman dan saya!
Saya, Din Selamat dan Roslan Abdul Rahman.
Saya mengekori mereka berdua ini dari Ipoh, bila saya keluar dari Hospital Pantai sekitar 1140 pagi, dan terserempak dengan kereta mereka menghampir Tol susur Chemor.
Seperti yuang dijanjikan dengan Guru Guru SM KEVII ini, kami tiba setepatnya jam 1230 tengahari.
Roslan, Cikgu Ramli, Cikgu Siva, Nazri, Din Selamat dan Jawaid
Pekena saorang secawan teh sambil berdiskusi tentang rancangan yang mahu dikongsi bersama dengan Sekolah.
Mesyuarat hingga sekitar 130 tengahari, bila hujan mula mencurah dan kami berjalan perlahan menuju ke Dewan Sekolah.
Dewan ini dah kecil sangat sangat.
Angkatan 1980-1981
Kami bergerak ke Restoran Cendoi untuk basahkan tekak kami sebelum makan tengahari di Holet Lagenda.
Makan time.
Bergerak meninggalkan Taiping sekitar jam 4 petang. Terpaksa pulang awal untuk mengelak kesesakan di persimpangan Pulau Pinang.
Latiff Hariri
0538 12092013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment