Adakalanya talipon bimbit ini ada bawa baiknya, adakalanya memudaratkan. Tapi semuanya terpulang kepada individulah.
Saya terbaca pesanan ringkas secara peribadi melalui MukaBuku ditujukan khas kepada saya. Dek kerana talipon bimbit serbacanggih ini terlalu kecil skrinnya, foto yang tersiar itu hanya saya lihat sekali pandang.
Biarlah, nanti malam baru saya bertanya khabar. Yang saya anggap pengirimnya adalah sesaorang yang rapat jugak dengan kami sekeluarga ini.
Bila si Asri menalipon bertanyakan apa yang dihidapi si pesakit yang terlantar dikatil Hospital itu pun, saya selamba aje menjawab, "Nanti sat gi saya talipon abang Man bertanya khabar."
Apa pun saya punya rancangan tersendiri untuk keesokkan harinya.
Dan ternyata saya salah orang dan sesungguhnya Allah dah rancangkan percutian saya untuk esok harinya, untuk menziarahi rakan saya ini. Satu temu janji dibuat oleh kami berempat supaya pertemuan tidak menjadi 'Lebai Malang'.
Bukan dekat nak berpatah balik wei....
Seawal selesai Subuh, saya sudah bergerak keluar dari Sungai Petani mengarah ke Selatan. Mengambil Asri di AutoCity sekitar 730 pagi dan meluncur sederhana laju ke Ipoh.
Ini baru lakunan awal dari Awie.....
Dia sakit, tapi pantang nampak kekawan datang...... Nasib kaulah Dr Zaharah...hehe.
Bangun dan sarapan bersama kami sekitar pukul 10 pagi, Rabu itu.
Tukang layannya Si Faridah dan Abang Man, sihatlah badan Awie tu
Kesian......mereka bersimpuh didapur aje...
Dah sihat dah!!
Begitulah serba ringkas kisah 'usik mengusik' saya terhadap abang Awie kikta ni. Dalam sakit boleh terus baik turun naik tangga hospital semata mata nak meraikan kawan kawan serta menghirup nafas 'oksigen' diluar kawasan Hospital Pantai Ipoh ni.
Semoga sudah sembuh sepenuhnya.
Latiff Hariri
1958 19092013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment