Bee Gees

Friday 18 October 2013

Bakar Lemang TTI

Sudah melepasi hari keenam pemergian sahabat kami Mohd Fauzi Ge @ Layar Delta.

Rakan sejiran sudah bermuafakat untuk bergotong royong mengadakan kenduri tahlil untuk arwah selepas solat Zohor , Sabtu 12 haribulan Oktober. Walaupun saya tidak menghadirkan diri pada hari mesyuarat itu, saya sudah nyatakan persetujuan saya akan apa jua keputusannya nanti.

Saya tak keluarkan wang ringgit, lebih kepada hasil hasil kebun ini saya sedekahkan untuk jamuan malam tersebut.

Jadi malam Sabtu itu saya turun bersama sebaldi jantung pisang dan terung pipit. Sedangkan , Yazid dan Cikgu Najib sedang bersilat dengan daging dan kambing yang disedekah rakan rakan arwah. Malam itu saya beranggapan, tukang masak utamanya adalah mereka berdua, walaupun dibantu sepenuh masa oleh ibu mertua mereka serta isteri Yazid.

Sambal belacan dan tempoyak untuk hidangan hadirin.

Jamuan dimulakan sebaik selesai doa untuk arwah yang dimulakan oleh pembantu Imam , Ustaz Ya.

Tart kira biasalah dengan acara makan makan ni.

Saya pulang pun melepasi Asar . Tak tolong pun, sekadar jadi tukang tengok.

Dan rakan rakan kejiranan ini tak habis habis mesyuarat, kali ini secara mengejut mereka mahukan acara membakar lemang. Saya tak berapa campur, sebab saya kira dah terlalu suntuk untuk mencari buloh pun. Hari Ahad baru nak cari tu....!!

Hari Isnin hujan seharian, seriat pun sekitar pukul 530 petang. saya dah ronda Taman ini 'usha ' khemah mereka. Eh, buloh dah adalah, kayu api pun selunggok. Tapi kenapa tak mulakan lagi? Pukul berapa nak siap ni?

Secara rasminya pukul 525 petang baru nak nyalakan api, kayu basah pulak tu.

Adalah sekitar 30 batang bulung . Yang terisi pulut sekitar 15 batang. Menanti Cikgu Najib membeli 2 setengah kilo pulut untuk ditambah. Di dalam bekas minum tersedia 2 setengah kilo santan. Saya musykil jugak ni, cukup ke santan itu?

Bincang punya bincang, Izran diarah membeli lagi 3 kg santan untuk tambahan. Saya tiada pengalaman yang banyak dalam membakar lemang ini. Ingatan saya hanya pada usia 15 tahun dimana arwah bapak dan arwah emak membakar lemang dan dodol serentak, dan yang menjadi mangsanya adalah saya. Dalam bulan puasa tu!


Kayu oh kayu, mengapa engkau basah?

Saya tak tunggu lama, sekitar 645 petang saya pulang ke rumah untuk Maghrib dan berIftar.

Sekitar pukul 9 malam saya sambung lagi berlepak dengan kejiranan ini.

Yazid dan Cikgu Najib yang setia dari awal...

Pak Mail. Izral dan Jan.

Nasib baik malam ini tidak hujan, jadi boleh lah kami pasti bahawa lemang lemamg ini akan siap masaknya sekitar sebelum tengah malam.

Baru separuh masak, kami buka 3 batang untuk jamahan pertama, ada yang bawa rendang yang baru dimasak di rumah, serta sepeket dua serunding yang dibeli.

Bila lemang ini panas sangat, kita tidak dapat menghayati keenakkannya.

Saya menyerah diri awal seawal jam 1030 malam. Mana nak tahan, berasap serta lampu kelam, membuat saya cepat mengantuk. Sempat dibekalkan Yazid kepada saya sebatang lemang untuk jamahan sekelaurga.

Esok Raya wei, kena tidur awal.

Latiff Hariri
1958 16102013
Sungai Petani

No comments: