Bergerak secara sederhana laju , yalah, janji dengan NAzir pun sekitar jam 340 petang, tapi, jalanan hari ini aman pulak, tiba di susur keluar Bandar Bharu sekitar 320 petang, dan Nazir hanya tiba disini sekitar 330 petang.
Cuaca amat baik ketika ini, hinggalah memasuki daerah Larut Matang ni......Bandar Hujan.
Cuaca kembali nyaman bila memasuki Kuala Kangsar. Pak Lan dah mula mengirim pesanan ringkas kertanyakan lokasi terkini.
Kami ambil keputusan minum petang di hentian Sungai Perak. Baru pukul 420 petang, awal lagi ni.
Bergerak semula sekitar 445 petang, berhampiran terowong berlaku kesesakkan. Untungny seketika, ada Peronda yang mengawal keadaan kemalangan kecil berhampiran terowong. Sebaik keluar, hujan ribut menyambut kami hingga ke susur keluar Ipoh/Tambun. Ternyata saya beralah untuk mencari saorang rakan saya ini, yang saya mahu jadikan kejutan untuk semua.
Pak lan dah menunggu sekitar 10 minit disini, dan didalam hujan lebat kami berempat berlari lari anak memasuki Restoran Serai Satay Kajang.
Bersalaman 4 sahabat lama ni.
Sedangkan tuan rumah, Roslan Wahab tiba 10 minit kemudian, juga dalam hujan ribut.
Kisah lama dicerita semula
Sedang asyik berbual, dan ada yang berkomunikasi dengan Pak Lan mengesahkan kehadiran mereka, masuk pulak si Nazri ni.
Ya, Nazri memang sedikit perubahan dirinya, masih maintain seperti dahulu.
Tak sampai 10 minit masuk lagi dua rakan ni....
Setelah pasti tiada lagi tamu yang akan hadir, baru makanan dipesan, tak banyak pun, sekadar 50 cucuk satay untuk santapan petang.
Tapi, sebenarnya , saya masih berkomunikasi dengan saorang rakan ni, tapi terlupa seketika bila dah mula panas dengan kisah kisah terkini 7 rakan saya ni. Maafkan saya Zairul, saya hanya memberitahu beliau yang saya menanti dibelakang Petronas/McD tanpa memberiatahu lakasi sebenarnya ialah didalam restoran.
La, saya lupa teruslah Sham!! Maafkan saya. Terlalu leka bersembang,
Ini ada lah kejutan untuk Zairul Hisham dan kejutan kepada rakan rakan lain juga, yang saya rahsiakan .
Kira gemparlah jugak petang ni. Dalam kami berbual ni, sempat jugak saya dan Pak Lan warwarkan hasrat sebenar tentang pertemuan petang ini. Tanpa mendapat apa apa bantahan, kesemua rakan yanh adir sebulat suara setuju perjumpaan seterusnya ialah pada 1 Mei 2011 di bandar Taiping. Terus dilantik Peneraju dan Pemegang Amanah untuk angkatan ini.
Sedang asyik berbual, masuk lagi yang saorang ini, adinda kepada Pak Lan, Ramlan Abdul Rahman.
Suasana semakin rancak. Masing masing cuba mendapat kisah dari rakan rakan yang lain, tentang kisah yang tertunda 30 tahun dahulu, yang belum pernah dikisahkan sebelum ini.
Dari Kiri belakang:- Ramlan, Nazir, Pak Lan
Depan:- Jamal Nasir, Roslan Wahab, Latiff Hariri, Khairul Anuar, Badrul Hisham, Zairul Hisham dan Nazri
Kami bergerak meninggalkan Ipoh sekitar 750 malam, dan tiba di Sungai Perak untuk Maghrib sekitar 810mlm. Dan teruskan perjalanan malam pulang ke Kedah.
Badrul Hisham tegur saya, selalu bawa dengan kelajuan ini ke? Laaa, malam memang mcm ni, hahaha. Baru 130km/jam. Terpaksa saya perlahankan bila diberi ingatan.
Sebenarnya saya pun dah tak larat nak bayar saman ni,hehehe
Kami tiba di susur keluar Bandar Bharu sekitar 855 malam
Terus bergerak, dan tiba di Seberang Jaya sekita 920 malam. Menanti kehadiran Memnya si Badrul Hisham.
Saya berdua dengan Izzuddin bergerak ke Kepala Batas untuk makan malam berdua. Dan hanyan tiba di Sungai Petani sekitar 1030 malam.
Letih? Tak lah. Sempat upload foto lagi kedalam FB tengah malam buta ni
Latiff Hariri
2130 06032011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment