Kali ini, Kak Yus, Zul serta isteri dan anak anak turut serta. Saya menumpang Avanza Zul, sedangkan yang lain dengan Innova Zal.
Destinasi pertama kami adalah Teluk Bayur. Seakan akan berada di Balik Pulau, yang berlereng bukit berpemandangankan laut dan pantai.
Kami tiba disini sekitar jam 930 pagi, setelah berlegar legar mencari lokasi panorama yang menarik.
Kami berhenti di gerai ini untuk menikmata keindahan alam serta pekena saorang sebotol 'teh botol'.
Dahulu kala, disinilah tempatnya untuk merantau yang paling mudah, kerana jalan daratnya masih ketinggalan. Dengan menggunakan kapal, warga dapat ke Jakarta, Jambi, Acheh, Medan dan semenanjung Malaysia.
Agak lama kami disini. ya lah, lagi pun masih terlalu awal. Rencana selanjutnya untuk ke Pantai Air Manih.
Kemudiannya terus bergerak mengarah ke Kota semula, sebelum memasuki Kota, kami membelok ke arah Bukit Padang , dimana disitu ada simpangnya mengarah ke Pantai Air Manis.
Ini pun acara wajib bila ke Padang buat pertama kali.
Sengaja saya tidak mencerita apa yang ada di sini, tetapi si Sham ada menanya tentang kisahnya si Tenggang, dan si Mokhtar yang pecahkan kisahnya si Malin Kundang ni.
Ada yang bertanya, betul ke ni?
Sementara melayan suasana nyaman pagi ini, ada yang mula pekena saorang sebiji air kelapa muda. sedangkan si Zul anak kak Yus, terus bermain di pantai bersama si Ashraf.
Di tepian , ada tembok ukiran tentang kisah penghidupan si Malin Tenggang , yang lahirnya didalam kampung, digendong ibu sedari kecil, membantu keluarga dengan kerja kerja rumah, bermain main bersama rakan rakan sebaya hingga meningkat remaja, bilamana ayahnya pergi menyahut panggilan Illahi. Akhirnya, si Malin Kundang mengambil keputusan meninggalkan kampung halaman dan ibu kesayangang demi mencari ilmu dan harta untuk hari depan. Dari sinilah bermulanya satu episod besar hingga menjadi lagenda .......
Ada juga rakan rakan saya yang sempat mebeli ole ole disini? Terdapat banyak gerai yang menjual T-Shirt bertemakan Padang dan Malin Kundang disini. Kami berjalan perlahan mengarah ke mobil sambil bercerita dan berkisah. Ternyata banyak kenangan manis yang mahu rakan rakan saya ceritakan hingga ketaw Kak Yus mendengar celotehan mereka.
Sham nak baby lagi ke?
Bergerak meninggalkan Malin Kundang sekitar menghampiri pukul 1115 pagi. Saya mengarahkan Zal mengekori dibelakang. Melewati jambatan Siti Nurbaya yang baru dibina. Dahulu saya hanya menyeberang dengan menggunakan sampan dari Bukit Padang, untuk 'short cut' ke Kota Padang. Sekarang sudah terbina dan diberi nama Siti Nurbaya.
Ada yang bertanya lagi, betul ke kisah Siti Nurbaya ni?
Kami menghampiri pusat Kota Padang sekitar 1140 pagi, memasuki toko persekitaran dalam perjalanan untuk makan bersama dengan Keluarga Kak Yus.
Latiff Hariri
0607 05032011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment