Memandangkan hari masih cerah, saya mengarahkan Si Zal terus ke Pantai Padang untuk menghirup telur penyu.
Selesai melepak sekitar Maghrib. Kami bergerak menuju ke pekan Siteba semula, sepertmana diawal kehadiran kami di Padang tempohari.
Saya terus mengarah rakan rakan supaya terus ke tingkat atas untuk berkemas, rehat dan mandi. Rumah Kak Yus ni diatasnya ada dua ruang tamu, ada dua kamar tidur dan satu kamar mandi. Jadi, lebih selesa bagi kami yang bujang bujang ni.
Tak habis bercerita pengalaman masing masing, hingga tak sedar, yang si Jeff sudah menunggu dibawah.
Sebaik Jeff pulang, saya mengajak rakan rakan merayau melihat suasana pekan Siteba waktu malam. jalan kaki tak sampai 700 meter sahaja. Lagipun , adik adik ni duk tanya, apa bezanya Murtabak Bandung dan Murtabak Mesir.
Kami pekena 4 keping dikongsi 7.
Saya tahu, adik adik saya ni masih ingin mencuba yang lain, lalu saya cadangkan mereka mencuba Bakso . Kalau di Malaysia , ini makanan yang pelik, tapi disini, kita kena mencubanya, kerana saya selalu merasainya setiap kali ke Indonesia ni.
Kami melangkah pulang sekitar jam 930 malam. Suasana Padang memang panas, seakan akan berada di Langkawi. Ya lah, lautnya berlautan Hindi, bayangkan betapa besarnya lautan dan bahang panas yang disimpan dipermukaan laut itu, ditiup ke Kota Padang.
Saya, Izzuddin, Zul dan Nasir tidur di kamar bawah malam ini, sedangkan yang lain di tingkat atas.
Latiff Hariri
0644 03032011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment