Jangan ingat hanya budak sekolah tingkatan 4 dari Sungai Petani sahaja yang hadir ya, ramai lagi bebudak sekolah rendah dan menengah dari Sungai Petani yang turut hadir tau.
Saya sendiri terserempak dengan bebudak SRK Syed Jan bersama emak ayah mereka di pinggir Dataran Penjajah itu, pada 28 April yang lalu itu.
Bila anak anak ini pulang kesekolah keesokkan harinya, sudah heboh satu sekolah , samaada dikalangan murid murid sendiri, mahu pun dikalangan guru guru mereka.
Sesama guru ni, kira TST sudahlah. Dan dikalangan anak murid, tak adanya TST, guru guru pun dah tahu murid mana yang hadir ke Bersih 3.0 itu !
Maka, berpinar pinarlah kepala Pengetua dan Guru Guru Kanan, menangani gelombang yang membahayakan pentadbiran sekolah ini!!
Lalu diadakan mesyuarat sesama guru serta amaran amaran keras diberikan dahulu kepada guru guru yang hadir Bersih 3.0 yang lalu.
Tak cukup dengan itu, mesyuarat tergempar PIBG turut diadakan. Maka terserlah suara suara pembangkang yang menghina , hinanya Bersih 3.0 itu.
Eh, kenapa Pembangkang? Ya lah, kan Negeri Kedah ni ditadbir PAS Pakatan Rakyat, yang membangkan gang umnu be end lah! Apara! Ingat ini Johor ke?
Yang sukanya ada NYDP dari pembangkang yang turut mengkritik guru guru dan pelajar yang menghadiri Bersih 3.0 . Eh, mereka ni ponteng kelas ke? Apakah hari cuti jugak tertakluk dengan aktiviti sekolah jugak?
Dan sudah pasti sang Pengetua yang rata ratanya ahli umnu itu meluahkan rasa kesalnya kerana kelihatan anak anak muridnya berFB sesama rakan setingkatan dan sesama guru gurunya, menayang foto Bersih 3.0 yang lalu kedalam FB. Pengetua melahirkan kekesalan kerana ada emak ayah yang bawa anak anak sekolah mereka ini ke Kuala Lumpur semata mata untuk memBERSIHkan PRU13 nanti.
Sebenarnya mesyurat PIBG ini lebih baik dimanfaatkan dengan agenda agenda lain yang lebih menguntungkan Guru Guru dan murid murid, bukannya menghentam Bersih 3.0 .
Pengetua dan NYDP sekolah harus memikirkan bagaimana caranya untuk menambah dana tabung PIBG supaya aktiviti pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang teratur. NYDP harus memikirkan , bagaimana sekolah anak anaknya, boleh mengurangkan bebanan guru yang dipaksa 'menyedekah', kalau pun tak merasuah sekolah dengan , setiap bulan 1 ream kertas A4 untuk percetakan latihan pelajaran!
Pengetua dan NYDP harus lupakan ugutan terhadap guru guru dengan menyenarai-hitamkan guru guru yang Pro Pakatan Rakyat itu. Apakah gaji Pengetua mahupun Guru Kanan itu dibayar sepenuhnya oleh umnu , begitu juga gaji yang dibayar kepada guru guru Pro Pakatan Rakyat?
Kalau dahulu mata pelajaran Sejarah itu dipandang secara teleng sahaja, mengapa sekarang ini telah mendapat perhatian yang begitu penting. Salahkan Sejarah ajelah lagi senang.
Sebenarnya yang memerdekakan Tanah Melayu itu bukannya umnu. Tetapi yang terdahulu dari itu iaitu Ikhwanul Muslimin dan Kesatuan Melayu Muda, sebelum lahirnya umnu.
Banyak pemimpin IM dan KMM yang diISAkan British, dibunuh dan diseksa, sedangkan Tunku Abdul Rahman asyik berfoya foya dengan Minah Saleh di kota London itu!
Pengetua tahu tak ketika anak bangsa(datuk nenek moyang terdahulu) bermandikan darah menentang penjajah, Tunku Abdul Rahman terjelapak dicelah kangkang mem di London itu.
Korang (tak nak panggil Pengetua dan NYDP lagi) tahu tak isteri pertama Tunku itu saorang Mat Saleh, yang kerjanya setiap 'evening' itu berkereta sport car memasang pukat menangkap anak anak ikan Minah Saleh di Kota London!!
Guru Sejarah hanya berkisah tentang fakta yang terdapat didalam Perlembagaan Negara dan menceritakan yang benar. Mengapa pula guru tersebut yang dimangsakan? Salahkan sukatan pelajaran dan buku sejarah yang ada, bukannya guru guru yang menceritakan hal sebenar mengikut sukatan buku dari Kementerian sendiri.
Habis Latiff, engkau punya PIBG sudah cukup syarat ke?
Hehehe, belum lagi, tiada mesyuarat kerana sudah 2 purnama kiranya, tiada yang sudi menjadi Pengetua di sekolah ini. Mungkin juga tiada GK yang layak kerana ramainya yang menyokong PR, tidak sesuai menjadi peneraju utama sekolah.
Biarlah Pengetua yang sealiran dengan PPD daerah Kuala Muda.
Jangan jangan mereka pun pening sebab NYDP ini 'brutal' lebih, dan gandingan yang 'brutal' diperlukan bagi menandinginya !!
Dan usul yang lalu supaya PIBG mengadakan aktiviti bersama guru guru supaya kewangan PIBG terisi selalu pun, masih belum saya lakukan, maklumlah , sibuk dengan Bersih 3.0 .
Lagipun, dalam menggerakkan PIBG ini, payah banyak bila Pengetua atau peneraju utama sekolah ini tiada.(alasan, hehehe)
Bersama Guru Darjah 2 (1972) Cikgu Lily dan pasangan guru Cikgu Faridah dan Cikgu Hizam. Ini detik manis 2010 yang lalu.
Saya tak akan lupa, kata kata Cikgu Lily kepada anak sulong saya, " Nenek yang ajar abah kamu masa dia kecil dahulu.", sewaktu acara bebrbuka puasa 2010 ini.
Terima Kasih Cikgu cikgu semua !
Selamat Hari Guru kepada seluruh Guru Guru di Malaysia ini!
Latiff Hariri
0001 16052012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment