Bee Gees

Thursday 7 November 2013

Calon Guru OE81 - 2013

Saya tidak dapat duduk lama dengan Mej Jen Dato Abdul Malek, kerana hati lebih teruja untuk melihat rakan rakan beraksi didalam kelas selama sekitar sejam lebih sedikit memberi tunjuk ajar , tentang pengalaman hidup dan pembelajaran di Universiti sebelum berjaya menjadi insan yang berjaya hingga saat usia setengah abad ini.



Ini kelasnya milik Prof Khairul dan Din Selamat. Mereka berdua berjaya memikat sekitar 50 pelajar, yang majoritinya adalah kakak kakak Tingkatan 6. Makin tinggilah saham budak berdua ni. Hahaha.

Adik adik Tingkatan 6 mendengar penjelasan Prof Khairul tentang bidang Industrial Design yang disediakan oleh Universiti Malaysia Sarawak, dibantu oleh Din Selamat , Eksekutif Kanan di Media Prima dalam bidang yang sama.

Jawaid dengan bidangnya, Usahawan.

Pelajar Tingkatan 5 yang meminati bidang Perakaunan dan Ekonomi mendengar penjelasan Aman Shah.

Aman Shah .

Ahmad Wizan mendahului rakan yang lain. Dibantu oleh Nassir Hanapi, Azman Isa dan Azmi Azuar.


Pelajar Tingkatan 5 yang meminati bidang Juruukur/JuruNilai dan Kejuruteraan.

Anwer Yusoff dengan Bidang Teknologi Komputer.

Badrul menyelia kelas Anwer dari pintu kelas....

Dr Ismail Yusoff dengan Bidang Perubatannya.

Saya dan Badrul memang amat teruja melihat aksi guru guru ini memberi penerangan serta soal jawab dengan pelajar . Ternyata anak anak ini memberi sambutan yang positif terhadap bidang bidang yang mereka minati.

Saya dimaklumkan , hingga kini sudah ada yang menerima E-Mail dari para pelajar bertanya untuk penerangan lanjut semenjak pertemuan tempohari.

Acara ini tamat sekitar pukul 115 tengahari, dengan Kelas Prof Khairul/Din Selamat yang terakhir menutup pintu. 

Seronok melihat interaksi soal jawab pelajar terutamanya adik adik Tingkatan 6 yang begitu memberi perhatian kepada kami.

Dah pukul 130 pun Taiping masih gerimis, akhirnya Cikgu Siva mengajak kami untuk menjamu selera di kantin Sekolah.

Pekena teh tarik.

Guru Guru lain turut melayan kami.

Kami amat terharu, dalam duduk minum tu pun ada guru guru yang datang menghampiri memberi ucapan terima kasih atas usaha kami, kerana Pelajar Pelajar begitu dahagakan panduan sebaik tamat alam persekolahan.

Nassir Hanapi antara yang terjauh hadir, UTM Sekudai.

Guru ini begitu berminat dengan Fakta yang diketengahkan oleh Aman Shah.

Sekitar pukul 2 petang, kami memohon diri, tapi itu pun hanya untuk berpisah di kantin. Sedangkan ramai antara OE81 ni yang masih teruja untuk berfoto ramai ramai di hadapan Bangunan utama Sekolah.


Guru Guru Sementara SM King Edward VII

Padang Hoki ni menjadi saksi bahawa hampir setengah dari mereka ini adalah pemain yang mewakili Sekolah sekitar 1979-1981!

Memang susah kami berpisah petang ini. Semuanya seakan akan sengaja melengah lengahkan masa untuk berpisah. Saya pula yang lebih lebih mahu mnyegerakan perjalanan pulang kerana memikirkan lebuhrata Plus yang bakal sesak sekitar pukul 530 petang di persimpangan Juru-Seberang Jaya.

Sekitar 220 saya sudah meluncur laju menuju ke Utara. Saya harus pastikan perjalanan lancar.

Yes!!! Yes!!!

Kami berjaya menjadi Guru selama sejam lebih di Sekolah Menengah King Edward VII Taiping!!

Latiff Hariri
2028 07112013
Sungai Petani

No comments: