Bee Gees

Friday 29 November 2013

Sepanjang Minggu 6 - 9 November 2013

Sebaik pulang dari hari pertama SPM 2013 itu, saya terus keluar bersarapan untuk kali yang ketiga . Sebenarnya sebelum ke sekolah melihat Izzuddin menduduki kertas BM1 itu, saya sudah bersarapan. Kali kedua bersama sama guru guru Sunlay, hanya duduk semeja, tetapi saya menilak bila dipelawa untuk minum bersama, dan yang ini kali ketiga ini dengan si Tart di gerai berhampiran.

Ini kisahnya sepanjang minggu , minggu pertama(kedua) bulan November 2013 ini.

Saya diminta menjengok rakan OE81 ni, saudara Azmi Abu Kassim untuk bertanya khabar. Tiada yang lebih baik selain dari kabaran yang baik. Azmek, yang kami kenali sejak 1977 ini dalam keadaan sederhana sihatnya. Jangkitan kencing manisnya terkawal dan perlukan rawatan sepanjang hayat. 


Azmi dan saya, asal beliau Karai, Kuala Kangsar. Sarapan keempat.

Pulang ke rumah pun sudah melepasi pukul 11 pagi, kununnya mahu rihat sahaja, tetapi sebaik melabuhkan badan dikerusi panjang ruang tamu ini, saya terbingkas bangun semula bila melihat berduyun motosikal memasuki Taman mengiringi Kereta Jenazah.

Bingkas bangun mengenakan seluar ladang saya, terus menyusul ke Tanah Perkuburan bersebelahan.

Kuburan keempat....Muslimah.

Ini pertamakali bagi saya turun , sebagai jiran perkuburan terdekat, menziarahi siapa sahaja yang menghuninya. Saya rasa saya tidak boleh mengelak sekiranya saya berada di rumah dan tahu adanya kematian. Jadi, dapatlah membantu sedikit sebagai bekalan nanti....

Dah cuti punya pasal. Terisi jugak cuti saya dari melilau tak tentu pasal.....

Petang Jumaat tu, seperti yang dijanjikan , saya memandu Kancil sahaja ke pejabat. Janjinya , bertemu di Masjid Seberang Jaya selepas waktu pejabat dan terus ke destinasi yang mengambil masa 4 jam lebih itu.


Susur keluar Changkat Jering sekitar 545 petang.

Berhenti seketika di R&R Sungai Perak untuk isian minyak. Dan terus meluncur sederhana laju. Mengapa saya kata begitu? Sebabnya bukan saya yang memandu.

Tapi jangkaan saya yang saya warwarkan kepada dua rakan OE81 yang menanti di Bangsar, bahawa kami akan tiba sekitar 930 malam, tepat sekali!

Bukit Lanjan 845 malam.

Dan kami memasuki Balai Berita ini sekitar 920 malam.

Kami yang sampai dahulu, Roslan aka Pak Lan tiba 5 minit kemudian. Disini sudah menanti adik saya Rasi dan Din Selamat.

Perbincangan serta Post Mortem tentang Sharing Our Journey yang lalu bermula sekitar pukul 10 malam. Kami mencari kekuatan serta kelemahan kami, yang bakal kami pikul untuk Sharing Our Journey II tahun 2014 nanti.

Banyak kekuatan kami, tidak pada kelemahan. Lebih kepada kelemahan  pengalaman pertama menguatkan kami untuk aktiviti bersama pihak sekolah pada tahun 2014 nanti.

Kata bulat diambil, tarikh ditetapkan. Perbelanjaan yang lalu di 'audit' dan perbelanjaan mendatang dirangkakan. Kesimpulannya kami positif akan arah tuju kami setelah menghampiri 50 tahun ini.

Cenderahati ini menjadi kebanggaan kami warga OE81!

Supper mengiringi kami kemudiannya. makan di restoran disisi Balai Berita sahaja bagi memudahkan  perjalanan pulang kami. 

Pak Lan bergerak ke Ampang, kami menuju ke Shah Alam.

Pukul 130 pagi masih duk bersembang.

Dah tidur pun lewat, jadi tidur tidur ayamlah. Sekadar merehatkan badan seketika.

Sebaik selesai Subuh, kami dua kereta bergerak ke Restoran berhampiran untuk sarapan bersama sebelum berpisah.

Pagi Sabtu 9 haribulan, Myra awalnya ceria, bila nak pulang dia tukar angin...

Terima Kasih Din yang menaja Sarapan dan tempat tinggal kami untuk satu malam ini termasuk sarapan percuma.....

Terima Kasih Pak Lan yang kuat mengatur gerak langkah kami semua warga OE81

Terima Kasih kesemua warga OE81 yang menjayakan aktiviti kita semua.

Berpisah sekitar pukul 930 pagi, meluncur laju ke Taiping dan terus ke Seberang Jaya untuk menjemput Kancil saya yang menunggu penuh setia di Masjid Seberang Jaya. Dah 17 tahun usianya.

Latiff Hariri
0638 29112013
Sungai Petani

No comments: