Bee Gees

Monday, 6 January 2014

Empangan Listrik Maninjau

Saya akui saya terlena sebaik bas ini bergerak meninggalkan rumah Abuya Hamka.

Perjalanan mengelilingi Danau Maninjau ini untuk sampai ke penghujungnya adalah melebih 45 minit. Saya pernah berbasikal sepanjang perjalanan dari Embun Pagi menuruni Kelok 44 langsung ke Lubuk Basung melepasi Tiku, memang menarik bila mengelilingi Danau yang luas ini. Ia merupakan kawah Gunung yang masih hidup.

Saya tersedar dari lamunan ini sebaik si Ad bertanya, adakah betul lokasi bas inio berhenti untuk makan tengahari. Jam sudah menunjukkkan menghampiri pukul 2 petang. 

Saya yang agak mamai ini pun kurang pasti dimana saya berada ketika itu.


Bas berhenti disisi ampangan yang airnya begitu deras sekali.

Dengan penuh yakin saya memasuki kawasan perkelahan ini. Ya, restorannya tetap sama seperti dahulu, cuma airnya agak deras, mungkin kerana musim tengkujuh. 

Menanti pekerja restoran ini mengemas ruang untuk kami makan , hujan pun turun dengan lebatnya.
Tetapi anak  dan isteri saya selamba didalam hujan ini melihat para pekerja kolam ikan ini, mengeluarkan hasil peliharaan mereka .


Pekerja dari kejauhan mengeluarkan hasil ternakan ikan darat mereka.


Lenjun sedikit kerana bermainkan hujan .

Kami antara yang lewat rupanya, pemilik restoran ini sedang mentanak nasi yang kehabisan. Untung lauknya masih banyak terutamanya ikan bakar.

Sementara menanti hidangan, hujan pun reda, apa lagi , kami tinggalkan tapak meja makan kami terus ke kolam melihat dari dekat pekerja mengeluarkan hasil ternakan.


Pada awalnya mereka hanya terpegun melihat begitu banyaknya ikan ini.

Rupanya para pekerja ini faham akan terujanya hati kami, lalu diberikan kami saorang seekor untuk dipegang hidup hidup.


Suka benarlah bebudak ni


Sifu Pelancungan pun tak segan peluk ikan yang saya rasa agak manja ini.


Abang Man, Bapak budak pun , macam tak biasa pegang ikan hidup.

Jadi, hilanglah rasa lapar kami seketika bermain main dengan ikan ikan ini


Ha, pilil pilih, yang mana nak dilaukkan.

Menanti seketika di Kolam ini, akhirnya makanan tersedia untuk dihidang, semuanya saya panggil untuk menjamu selera. Dah terlebih masa pun.


Ikan bakar bersambalkan kicap cabei dan sambal hijo.

Pergh! Memang sedap 'gila'. Dah lah hujan, makanan pulak panas panas dan pedas!

Tersandar seketika.

Disini juga kami segerakan Solat Jamak kami kerana perjalanan untuk ke Padang ini saya jangkakan akan tiba melepasi waktu Maghrib.


Empangan kecil disisi Surau.

Bas kami bergerak semula memasuki Pekan Lubuk Basung. . Disini rumah si Des dan Jefri, anak kepada Kak Yus.

Kami singgah seketika di Kota Lubuk Basung untuk bertemu Mira Susanti, kenalan anak anak saya yang mahu membeli pakaian busana.


Mahligai Si Des dan Jeff di Lubuk Basung.



Dari lantai satu, kami pekena teh seorang secawan sebelum bergerak semula. Sudah melepasi jam 4 petang.


Lambaian untuk kak Yus yang sendirian di rumah Des.

Kak Yus berkejar ke Lubuk Basung dari Padang semamta mata ingin menyambut kami. Saya tidak tahu yang beliau terus pulang ke Padang pada malamnya. kalau diberitahu, harus saya mempelawa Kak Yus naik bas bersama kami.

Jalan memasuki Kota Padang ni macet. Biasalah, satu lorong,sedangkan kenderaannya banyak sekali. Berdikit dikit bas ini bergerak, dan kami berada di Hotel Bundo melepasi pukul 7 45 malam dalam hujan lebat.

Latiff Hariri
2028 06012014
Sungai Petani


Sunday, 5 January 2014

Rumah Kelahiran Buya HAMKA

Sepanjang lebih 15 tahun saya berulang alik ke Bukti Tinggi ini, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki kerumah Allahyarham HAMKA.

Jadi, baru terasa lengkap kembara hidup ini.



Pesantren Buya HAMKA, Danau Maninjau.

Ini sejarah peribadi saya. Pertamakali menjejakkan kaki kerumah Allahyarham Ulamak Besar Nusantara Pro/Dr Haji Abdul Malik , Ulamak tersohor yang hingga kini , bagi saya tiada yang dapat menandingi beliau, kecuali.....Tok Guru ......

Rumah yang dijadikan Museum


Hamka bersama Siti Raham, diawal perkahwinan.



Bila saya lihat foto Hamka bertongkat ini, saya teringat akan kisah kisah beliau yang datang bertandang ke Kuala Lumpur era 70an dahulu. Walaupun tak pernah bersua muka, tapi kisah kisah beliau saya baca melalui Mastika mahupun Utusan Melayu. 

Dan kalau tak salah saya ceritakan, Tok Jed dan Bapak antara yang teruja setiap kali Hamka mendarat di Kuala Lumpur. Kerana terasa betapa ikatan anak anak Minang ini begitu utuh.

Sebaik memasuki runag tamu rumah ini, kami mendengar secara ringkas kisahnya Hamka ini disampaikan oleh cucu beliau,


Setiap kami membeli barang senaskah dua Novel Novel tulisan Hamka untuk dijadikan kenangan. Ditandatangani cucu beliau.


Dari tangga utama memasuki rumah ini, tersergam Danau Maninjau dihadapan.


Rumahnya diatas bukit, cantik .



Disisi bukit menaiki kerumah Buya.

Melihat suasana rumah ini, saya cuba baynagkan bagaimana anak ini boleh memperolehi ilmu melangkau batas Nusantara dan diiktiraf keseluruh Benua bahawa Hamka adalah Ulamak tersohor era 1900 hingga kini.

Al-Faihah untuk Buya Hamka.

Latiff Hariri
1128 05010214
Sungai Petani

Saturday, 4 January 2014

7 Disember - Lambaian Perpisahan untuk Kota Bukit Tinggi

Walaupun seronok untuk ke suatu destinasi yang baru, hati saya terasa jua kesedihannya. Dah  nak sampai kepenghujungnya percutian 5 hari 4 malam ini.

Pagi itu seperti biasa, kami sudah berada di lobi Hotel untuk sarapan naswi goreng kami. Tetamu semakin ramai, saya agak Wisata tempatan. Ada saorang dua Melayu dari Singapura. Pagi Sabtu yang gerimis. Tetapi peniaga peniaga jalanan ini gigih menghampar jualan dikaki lima Hotel Ambun Suri ini.

Bila parkir penuh dengan mobil dan bas parawisata, maka berduyun duyunlah peniaga dan peminta sedekah disisi.

Tak dan dan dah mereka nak beli dalam gerimis.

Sekitar pukul 9 pagi, kami pun bersalaman dengan kakitangan Ambun Suri dan satu pos pun dirakam.

13 parawisata dari Teluk Intan, Ipoh, Butterworth dan Sungai Petani

Bas kami bergerak laju mengarah ke timur melepasi lereng dan gunung. Ada yang kurang faham kearah mana kita, lalu saya keluarkan peta Ipad untuk difahami bersama.

Rasanya semua gembira kerana puas tidur malam tadi.

Perjalanaan yang amat menarik kerana terdapat banyak pemandangan indah untuk cucian mata. Saya gembira kerana tetamu saya ini rata rata terpegun dan memberi komen yang manakjubkan mata merekam betapa keindahan Kota Bukit Tinggi ini begitu menggamit mereka untuk datang kali kedua.

Selepas lebih satu jam perjalanan, akhirnya kami berhenti seketika di Sungai Landia untuk memcuci muka dan seoarang secawan kopi O panas. Dingin pagi ni



Panorama Sungai Landia - ini destinasi wajib saya. 

Sungai Landia maksudnya Sungai Lendir.


Santai rehatkan minda - mata saya tersimpan kanta Moyang Sariah.....


Saya bersyukur perjuangan Moyang saya kira kira seratus tahun yang lalu menghasilkan ini.....

Kami disini sekitar 40 minit. Ada yang sempat membeli belah lagi . Sebaik kami memasuki Bas, masuk lagi sati bas Parawisata dari Malaysia juga, rasanya.



Bas meluncur laju lagi, kali ini saya pasti mengarah ke Embun Pagi, dimana terletaknya puncak pemandangan Danau Maninjau, sebelum kiti menuruni Kelok 44.

Saya agak kecewa pada awalnya, bila kabus menutupi Danau. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan kabus puntih sahaja. Frust.

Berhenti lagi untuk kali kedua di Kelok 37 untuk seorang secawan teh O panas.


Ad ni sporting, sesiapa saja boleh 'masuk kepala' dengan dia. Sepanjang lebih 15 tahun saya berulang alik ke Bukit Tinggi ini, Ad antara pemandu pelancung yterbaik yang pernah saya temui. Dia tak berkira, tak tergesa gesa, penuh dengan lawak jenaka. Boleh bertolak ansur. Selalu beri nasihat supaya saya tidak kesesuatu tempat atas alasan alasan tertentu. Masa perjalanan boleh dirunding, tidak terlalu mengikut hati sendiri, mahupun hati saya. Ada toleransi.

Tunggu setengah jam di kelok 37 ternyata kabus berdegil. Saya mula terasa kecewa kerana para tetamu saya tidak dapat melihat panorama terindah di Bukit Tinggi ini.

Untuk menghilangkan boring, Abang Man dan Siraj pun melayan.....


Siraj banyak bawa Rupiah.

Kami bergerak lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih mendekati 12 tengahari.

Sebaik menuruni ke Kelok 30, kabus secara tiba tiba menghilangkan diri, maka terpaparlah didepan mata kami ini bertapa indahnya ciptaan Allah untuk anak anak Minang ini


\

Indahnya Danau Maninjau

Arwah emak saya pernah bercerita, Moyang Sariah asalnya Kg Haraban/Sipisang, sedangkan Datuk Adam, bapa kepada arwah emak saya, asalnya dari Danau Maninjau. Saya kurang 'korek' kisahnya Datuk Adam bin Chemena itu, kerana kami lebih rapat dengan Nenek Bulan, sebelah ibu saya, dari keluarga Tok Adam.

Tapi, mungkin juga, sedangkan keluarga Tok Adam itu ramai yang hebat hebat kalau nak dibandingkan dengan keluarga Nenek Bulan. Ya lah, Tok Adam Pegawai Kastam era merdeka, pasti hebat waktu itu.

Sedangkan keluarga nenek Polis SC dan kerja kerja kampung sahaja.

Maaf ya, saya meleret , tapi begitulah serba sedikit kisah sejarah Moyang saya serta datuk nenek saya. 


Tengok bebudak ini, terbangun dari 'seat' mereka untuk menikmati keindahan panorama Danau Maninjau dari seluruh sudut bas.

Bas menghampiri kelok terakhir dan berhenti disisi bahu jalan, atas cadangn si Ad supaya foto dirakam. Saya biarkan sahaja Siraj dan Abang Man turun untuk memfotokan kenangan manis ini..

Kami memasui Kota Danau Maninjau. Kotanya kecil sahaja, seolah olah pekan Batu Kurau/Semeling di Malaysia itu. membelok ke kiri.

Ini destinasi baru bagi saya. Sepanjang 15 tahun, ini pertama kali saya memasuki Kota sebelah kiri ini pulak.

Latiff Hariri
1138 04012014
Sungai Petani

Friday, 3 January 2014

Makan Malam Perpisahan

Acara membeli belah ini tamat sekitar jam 5 lebih. Saya tidak mengikuti mereka sangat lebih kepada melepak di persekitaran toko perniagaan. Bila tiba saatnya untuk pulang, baru saya membeli sesuatu yang wajib saya beli untuk simpanan dan pakaian harian, bila perlu.

Kain pelikat cap Gajah Duduk. Ini yang saya suka membelinya, kerana, selain dari untuk kegunaan sendir, ia menjadi buah tangan dari saya, untuk rakan rakan yang bakal bertandang ke Sungai Petani.

Acara membeli belah ini tidak saya rakam, jadi pulang begitu ajelah.

Malamnya sekitar lepas Maghrib, sekitar pukul 745 malam, kami bergerak lagi. kali ini pun sama, Menu makan malam , malam ini wajib ditukarkan lagi kepada masakan selain dari Masakan Minang.


Bas Malam.

Makan cara ala-carte. 

Pilih sendiri, yang paling senang nasi goreng

Gang orang tua ni, kami minta Sup Gear Box sebagai tambahan, hehehe.

Makan makan ini selesai sekitar pukul 830 malam. Malam ini saya biarkan mereka bebas sendiri ke Pasar Atas tanpa seliaan saya. Ya lah, dekat sangat sangat pun. Sekejap sekejap, saya dapat tahu merek ke Pasar Atas untuk kali kedua. Dah pandai rupanya mereka ni.

Saya hanya melepak di Lobi Hotel, menyelesaikan hutang piutang dengan Si Ad dan juga bil bil kamar yang tertunggak serta yang terakhir nanti di Kota Padang. Dalam duk melayan Rupiah ni, masuk Si Roni bersama isterinya, Ojha dan buah hati mereka berdua, Baby Nazirah.

Ojha melayan Nazirah, disisinya adik kepada Ojha.

Kami berbual bual bertanyakan khabar. Sudah melebihi setahun kami tak bersua, sebaik mereka mendirikan rumahtangga. Kini sudah bertiga. Sempatlah saya perkenalkan kepada rombongan rombongan saya kepada mereka berdua. Dahulu Roni merupakan staff Ambun Suri juga, kini beliau beralih ke Hotel Bonda, yang berlokasi dibelakang Ambun Suri.

Akhirnya kesemua menjadi kenalan bersama

Jumaat malam Sabtu 6 Disember ini, merupakan malam terakhir kami di Bukit Tinggi. Esok seawal jam 9 kami akan bergerak ke Danau Maninjau untuk melihat Kelok 49 yang terkenal dengan keindahan pemandangan Danau itu.

Saya lena malam ini melepasi pukul 11 malam.

Latiff Hariri
1958 02012014
Sungai Petani

Thursday, 2 January 2014

Istano Basa Pagaruyung.

Melihatkan keteguhan dan kehebatan Istana ini dari kejauhan , saya boleh rasakan bahawa tetamu tetamu saya ini begitu teruja untuk mendekatinya.

Bas berhenti betul betul disisi lokasi jualan tiket untuk memasuki perkarang Istana. Saya terus membeli 11 tiket dewasa dan 2 kanak kanak. Semua harus dibayar. Saya dah masukkan caj caj ini kedalam pakej, jadi tetamu tidak perlu mengorek poket untuk membayar lagi.

Sekiranya anda ke Indonesia  melalui pakej, caj caj tambahan begini  selalunya anda yang kena bayar sendiri. Begitu jua dengan makan malamnya, kerana, setahu saya, pakej hanya sediakan sarapan siang dan makan tengahari sahaja.

Menarikkan, saya dan isteri bersama Faridah merupakan rakan sekelas Darjah 1, tetapi hubungan ini berpanjangan hingga ke suami dan anak cucu hingga kini.

Dan boleh pulak bercuti bersama. Ini yang kedua kami berpasangan. Sebelum ini kami dah pernah ke Kuching/Sri Aman Sarawak. Memang tak ada segannya lagi dengan Abang Man Faridah ini.


Abang Man - Puas ke dapat tengok tanah kelahiran nenek moyang saya ni?

Saya memang cair bila abang Man bersuara mahu melihat sendiri Ranah Minang ini. Selama ini beliau hanya melihat foto foto sahaja.


Jendelanya Gergasi - 3 tingkat ketinggian sebenar, tetapi kalau ikutkan bangunan biasa, saya rasa melebihi 6 tingkat tingginya.

Mungkin Aqilah teruja melihat foto Izzuddin sebelum ini yang kacak mempamerkan pakaian pahlawan Melayu suatu ketika dahulu, membuat beliau teruja untuk mecuba


Puteri Minang.

Dalam diam , rupanya Aspah dan adiknya Naimah turut serta memperagakan busana Melayu ini!


Dato' Maringgeh cuba mengayat Siti Nurbaya!?

Hulubalang datang mengadap Dato' Maringgeh.


Anak pinak Dato' Maringgeh

Cantik.....



Tak terkata dah................


Ini 12 pengikut saya untuk 2013 ini di Ranah Minang. Paling ramai.

Disisi jendela lagi.

Acara memperagakan pakaian ini berakhir sekitar pukul 1 tengahari. Kami bergerak pulang. Sementara tu, kena tunggu seketika didalam Bas kerana jurukamera berbayar itu sedang mencetak foto foto yangkami beli.

Bas bergerak sekitar sekitar 115 petang, menuju kelau Kota Pagaruyung , untuk makan tengahari di tengah bendang.

Ini makan secara pakej.Lauk tidak mewah, tetapi tidak kurang hebat enaknya. Dikelilingi danau kecil yang dipenuhi ikan ikan yang jinak.

Disini jua terdapatnya penjualan parang dan keris untuk perhiasan, Yang saya kurang berkenan itu, harganya diminta dengan Ringgit. Sedangkan kalau harga Rupiah baru 2/3 dari harga Ringgit. Memang peniaga ambil kesempatan atas ketinggian nilai Ringgit.

Melayan parang, pedang dan keris.

Bas kami bergerak melepasi jam 3 petang. Kami terus ke Aur Kunng lagi, untuk berbelanja. Ada yang masih tak puas hati, kerana acara berkenalan dengan Aur Kuning semalam, terlalu singkat.

Latiff hariri
0628 02012014
Sungai Petani