Bee Gees

Saturday 4 January 2014

7 Disember - Lambaian Perpisahan untuk Kota Bukit Tinggi

Walaupun seronok untuk ke suatu destinasi yang baru, hati saya terasa jua kesedihannya. Dah  nak sampai kepenghujungnya percutian 5 hari 4 malam ini.

Pagi itu seperti biasa, kami sudah berada di lobi Hotel untuk sarapan naswi goreng kami. Tetamu semakin ramai, saya agak Wisata tempatan. Ada saorang dua Melayu dari Singapura. Pagi Sabtu yang gerimis. Tetapi peniaga peniaga jalanan ini gigih menghampar jualan dikaki lima Hotel Ambun Suri ini.

Bila parkir penuh dengan mobil dan bas parawisata, maka berduyun duyunlah peniaga dan peminta sedekah disisi.

Tak dan dan dah mereka nak beli dalam gerimis.

Sekitar pukul 9 pagi, kami pun bersalaman dengan kakitangan Ambun Suri dan satu pos pun dirakam.

13 parawisata dari Teluk Intan, Ipoh, Butterworth dan Sungai Petani

Bas kami bergerak laju mengarah ke timur melepasi lereng dan gunung. Ada yang kurang faham kearah mana kita, lalu saya keluarkan peta Ipad untuk difahami bersama.

Rasanya semua gembira kerana puas tidur malam tadi.

Perjalanaan yang amat menarik kerana terdapat banyak pemandangan indah untuk cucian mata. Saya gembira kerana tetamu saya ini rata rata terpegun dan memberi komen yang manakjubkan mata merekam betapa keindahan Kota Bukit Tinggi ini begitu menggamit mereka untuk datang kali kedua.

Selepas lebih satu jam perjalanan, akhirnya kami berhenti seketika di Sungai Landia untuk memcuci muka dan seoarang secawan kopi O panas. Dingin pagi ni



Panorama Sungai Landia - ini destinasi wajib saya. 

Sungai Landia maksudnya Sungai Lendir.


Santai rehatkan minda - mata saya tersimpan kanta Moyang Sariah.....


Saya bersyukur perjuangan Moyang saya kira kira seratus tahun yang lalu menghasilkan ini.....

Kami disini sekitar 40 minit. Ada yang sempat membeli belah lagi . Sebaik kami memasuki Bas, masuk lagi sati bas Parawisata dari Malaysia juga, rasanya.



Bas meluncur laju lagi, kali ini saya pasti mengarah ke Embun Pagi, dimana terletaknya puncak pemandangan Danau Maninjau, sebelum kiti menuruni Kelok 44.

Saya agak kecewa pada awalnya, bila kabus menutupi Danau. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan kabus puntih sahaja. Frust.

Berhenti lagi untuk kali kedua di Kelok 37 untuk seorang secawan teh O panas.


Ad ni sporting, sesiapa saja boleh 'masuk kepala' dengan dia. Sepanjang lebih 15 tahun saya berulang alik ke Bukit Tinggi ini, Ad antara pemandu pelancung yterbaik yang pernah saya temui. Dia tak berkira, tak tergesa gesa, penuh dengan lawak jenaka. Boleh bertolak ansur. Selalu beri nasihat supaya saya tidak kesesuatu tempat atas alasan alasan tertentu. Masa perjalanan boleh dirunding, tidak terlalu mengikut hati sendiri, mahupun hati saya. Ada toleransi.

Tunggu setengah jam di kelok 37 ternyata kabus berdegil. Saya mula terasa kecewa kerana para tetamu saya tidak dapat melihat panorama terindah di Bukit Tinggi ini.

Untuk menghilangkan boring, Abang Man dan Siraj pun melayan.....


Siraj banyak bawa Rupiah.

Kami bergerak lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih mendekati 12 tengahari.

Sebaik menuruni ke Kelok 30, kabus secara tiba tiba menghilangkan diri, maka terpaparlah didepan mata kami ini bertapa indahnya ciptaan Allah untuk anak anak Minang ini


\

Indahnya Danau Maninjau

Arwah emak saya pernah bercerita, Moyang Sariah asalnya Kg Haraban/Sipisang, sedangkan Datuk Adam, bapa kepada arwah emak saya, asalnya dari Danau Maninjau. Saya kurang 'korek' kisahnya Datuk Adam bin Chemena itu, kerana kami lebih rapat dengan Nenek Bulan, sebelah ibu saya, dari keluarga Tok Adam.

Tapi, mungkin juga, sedangkan keluarga Tok Adam itu ramai yang hebat hebat kalau nak dibandingkan dengan keluarga Nenek Bulan. Ya lah, Tok Adam Pegawai Kastam era merdeka, pasti hebat waktu itu.

Sedangkan keluarga nenek Polis SC dan kerja kerja kampung sahaja.

Maaf ya, saya meleret , tapi begitulah serba sedikit kisah sejarah Moyang saya serta datuk nenek saya. 


Tengok bebudak ini, terbangun dari 'seat' mereka untuk menikmati keindahan panorama Danau Maninjau dari seluruh sudut bas.

Bas menghampiri kelok terakhir dan berhenti disisi bahu jalan, atas cadangn si Ad supaya foto dirakam. Saya biarkan sahaja Siraj dan Abang Man turun untuk memfotokan kenangan manis ini..

Kami memasui Kota Danau Maninjau. Kotanya kecil sahaja, seolah olah pekan Batu Kurau/Semeling di Malaysia itu. membelok ke kiri.

Ini destinasi baru bagi saya. Sepanjang 15 tahun, ini pertama kali saya memasuki Kota sebelah kiri ini pulak.

Latiff Hariri
1138 04012014
Sungai Petani

No comments: