Bee Gees

Thursday 2 January 2014

Istano Basa Pagaruyung.

Melihatkan keteguhan dan kehebatan Istana ini dari kejauhan , saya boleh rasakan bahawa tetamu tetamu saya ini begitu teruja untuk mendekatinya.

Bas berhenti betul betul disisi lokasi jualan tiket untuk memasuki perkarang Istana. Saya terus membeli 11 tiket dewasa dan 2 kanak kanak. Semua harus dibayar. Saya dah masukkan caj caj ini kedalam pakej, jadi tetamu tidak perlu mengorek poket untuk membayar lagi.

Sekiranya anda ke Indonesia  melalui pakej, caj caj tambahan begini  selalunya anda yang kena bayar sendiri. Begitu jua dengan makan malamnya, kerana, setahu saya, pakej hanya sediakan sarapan siang dan makan tengahari sahaja.

Menarikkan, saya dan isteri bersama Faridah merupakan rakan sekelas Darjah 1, tetapi hubungan ini berpanjangan hingga ke suami dan anak cucu hingga kini.

Dan boleh pulak bercuti bersama. Ini yang kedua kami berpasangan. Sebelum ini kami dah pernah ke Kuching/Sri Aman Sarawak. Memang tak ada segannya lagi dengan Abang Man Faridah ini.


Abang Man - Puas ke dapat tengok tanah kelahiran nenek moyang saya ni?

Saya memang cair bila abang Man bersuara mahu melihat sendiri Ranah Minang ini. Selama ini beliau hanya melihat foto foto sahaja.


Jendelanya Gergasi - 3 tingkat ketinggian sebenar, tetapi kalau ikutkan bangunan biasa, saya rasa melebihi 6 tingkat tingginya.

Mungkin Aqilah teruja melihat foto Izzuddin sebelum ini yang kacak mempamerkan pakaian pahlawan Melayu suatu ketika dahulu, membuat beliau teruja untuk mecuba


Puteri Minang.

Dalam diam , rupanya Aspah dan adiknya Naimah turut serta memperagakan busana Melayu ini!


Dato' Maringgeh cuba mengayat Siti Nurbaya!?

Hulubalang datang mengadap Dato' Maringgeh.


Anak pinak Dato' Maringgeh

Cantik.....



Tak terkata dah................


Ini 12 pengikut saya untuk 2013 ini di Ranah Minang. Paling ramai.

Disisi jendela lagi.

Acara memperagakan pakaian ini berakhir sekitar pukul 1 tengahari. Kami bergerak pulang. Sementara tu, kena tunggu seketika didalam Bas kerana jurukamera berbayar itu sedang mencetak foto foto yangkami beli.

Bas bergerak sekitar sekitar 115 petang, menuju kelau Kota Pagaruyung , untuk makan tengahari di tengah bendang.

Ini makan secara pakej.Lauk tidak mewah, tetapi tidak kurang hebat enaknya. Dikelilingi danau kecil yang dipenuhi ikan ikan yang jinak.

Disini jua terdapatnya penjualan parang dan keris untuk perhiasan, Yang saya kurang berkenan itu, harganya diminta dengan Ringgit. Sedangkan kalau harga Rupiah baru 2/3 dari harga Ringgit. Memang peniaga ambil kesempatan atas ketinggian nilai Ringgit.

Melayan parang, pedang dan keris.

Bas kami bergerak melepasi jam 3 petang. Kami terus ke Aur Kunng lagi, untuk berbelanja. Ada yang masih tak puas hati, kerana acara berkenalan dengan Aur Kuning semalam, terlalu singkat.

Latiff hariri
0628 02012014
Sungai Petani

No comments: