Kan saya kata, pekena sorang secawan teh/kopi o diselang seli dengan Bika Neraka nie.....pergh!
Bukan sahaja MakPak Budak duduk bergebang digerai Bika ni, bebudak pun ikut sama.
Jadi petang itu, kira awallah jugak kami tiba didestinasi pertama kami, Hotel Ambun Suri. Kira sekitar Maghriblah juga. Tak lah tergesa gesa untuk bergerak semula untuk makan malam.
Sebaik selesai Isyak, kami pun menapak keluar menuju ke Dataran Jam Gadang. Memang saya tiada rancangan untuk keluar makan malam lagi malam ini, kerana yang makan siang tadi pun masih terasa beratnya dikantung perut masing masing. Saya tetap menanya kepada tetamu saya ini samaada mahu makan lagi, ternyata semua kurang setuju dengan cadangan saya.
Disisi Hotel Ambun Suri berhadapan simpang.
Keluarga adik saya.
Keluarga abang Roslan Abdullah
Kedua dua keluarga tetamu saya ini merupakan yang pertamakali menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi, mahupun Indonesia. Malam yang dingin ini mereka bersantai sahaja disisi Jam Gadang. Saya lepaskan dengan memerhati mereka dari jauh.
Pekena Satay Padang.
Saya suka tetamu saya yang pertamakali ke Indonesia mencuba menu menu orang ramai yang terdapat di Indonesia. Kita jangan memandang sebelah mata akan setiap makanan orang bawahan ini, kerana adakalnya , masakana mereka ini mengalahkan masakan di Rumah Makan yang tersergam indah itu.
Fadhil senang, semua dia belasah. bakso pun dia makan.
Senang hati, sebab mereka mencuba Bakso, Satay dan nasi goreng digerai gerai kecil dipersekitaran Jam Gadang.
Taubat bagi mereka yang terasa asing untuk mencuba makanan orang orang tempatan ini!
Saya suka!!
Berpeleseran di Jam Gadang.
Tiada apa yang mereka beli.
Pukul 10 malam WIB atau 11 malam Malaysia, kami pun menapak pulang. Hotel Ambun Suri hanya 10 minit perjalanannya ke Jam Gadang.
Malam ini saya sediakan 5 kamar untuk 14 tetamu saya ini. Saya bertiga sekeluarga.
Tidur agak 'awal' dari biasa malam ni, sekitar jam 12 malam.
Latiff Hariri
1928 26012014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment