Selesai berbelanja di Aur Kuning sekitar 530 petang. Maknanya ada lagi sejam untuk berMaghrib. Saya tetap menanya tamu tamu saya ini samaada masih mahu bermakan tengahari di Kota Bukit Tinggi untuk hari ini. Majoriti menggeleng kepala sambil mengatakan makan di Kelok 37 tadi pun tak habis lagi kenyangnya.
Saya rasalah, 'part' makan ni memang saya jaga sepenuhnya. Saya tidak mahu tetamu saya ini merungut makanan kedekut.
Pengalaman lalu bersama Tour Agency yang mengelola kami sekeluarga , mahu pun group yang saya bawa, membuat saya terkilan bila melihat makanan yang terhidang tidak berbaloi dengan harga package yang dibayar. Bila saya yang mengelolakan sendiri setiap perjalanan saya, baru saya tahu, sebenarnya harga makan tidak akan merugikan Tour Agency tersebut.
Ya, tanyalah mereka yang sering mengikuti saya, puas tak makan dengan saya ni?
730 malam bersedia untuk makan malam.
Malam ni, anak teruna kami ni datang, si Janu Ad.
Saya diapit Pami dan Ad. 3 anak Minang.
Malam ini pun tetap saya bawa mereka makan di RM Sederhana. Kalau anda sering ke Bkt Tinggi, kira RM Sederhana taraf 5 bintang lah. Nak kamar berair-cond pun dia ada.
Tapi jaraknya agak jauh untuk berjalan kaki, walaupun masih dari jalur jalan raya yang sama dengan Ambun Suri.
Kemasan meja makan dan kerusi pun ada kelas tersendirilah.
Saya tahu tamu tamu saya ni gerun tengok dengan persiapan meja untuk kami makan ni. Berapa ratus rupiahlah pulak ni.
Terus terang ajelah, samaada makan di RM Simpang Raya, Tengah Sawah mahupun RM Pak Datuk, harganya sama sahaja, tak 'lari' jauh pun.
Selesai makan sekitar 830 malam, kami pulang ke Ambun Suri untuk acara selanjutnya. Walaupun ramai yang keletihan, saya paksa juga mereka mengekori saya untuk acara akhir malam di Bukit Tinggi ini.
Acara dirasmikan oleh Abg Lan dan Cikgu Fatimah.
Sori, foto kurang jelas....Fadhil kusyuk.
Anak anak dan Bapak Bapak turut mengambil bahagian.
Acara kemuncak Tarian Piriang.
Lagi foto rosak - Fadhil.
Tarian Bersamo.
Tetamu dan Penari.. Rata rata anak anak SMA dan pra-U.
Pulang ke Hotel jalan kaki aje....
Pertama kali ke Sanggar Budaya ini, saya siap naik bas pelancung lagi, tak tahu yang lokasinya hanya dihadapan Ambun Suri....pandai mereka sorok lokasinya.
Latar belakang Kota Bukit Tinggi.
Sekitar pukul 11 malam kami dah berada di Hotel semula. Malam ini tetamunya ramai, jadi tiada jualan disisi Hotel kerana penuh dek Mobil yang di parkir.
Tidur 'awal' lagi.
Selamat Tinggal Januari 2014 dan Gong Xi Fa Cai!
Latiff Hariri
1948 31012014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment