Perjalanan mengelilingi Danau Maninjau ini untuk sampai ke penghujungnya adalah melebih 45 minit. Saya pernah berbasikal sepanjang perjalanan dari Embun Pagi menuruni Kelok 44 langsung ke Lubuk Basung melepasi Tiku, memang menarik bila mengelilingi Danau yang luas ini. Ia merupakan kawah Gunung yang masih hidup.
Saya tersedar dari lamunan ini sebaik si Ad bertanya, adakah betul lokasi bas inio berhenti untuk makan tengahari. Jam sudah menunjukkkan menghampiri pukul 2 petang.
Saya yang agak mamai ini pun kurang pasti dimana saya berada ketika itu.
Bas berhenti disisi ampangan yang airnya begitu deras sekali.
Dengan penuh yakin saya memasuki kawasan perkelahan ini. Ya, restorannya tetap sama seperti dahulu, cuma airnya agak deras, mungkin kerana musim tengkujuh.
Menanti pekerja restoran ini mengemas ruang untuk kami makan , hujan pun turun dengan lebatnya.
Tetapi anak dan isteri saya selamba didalam hujan ini melihat para pekerja kolam ikan ini, mengeluarkan hasil peliharaan mereka .
Pekerja dari kejauhan mengeluarkan hasil ternakan ikan darat mereka.
Lenjun sedikit kerana bermainkan hujan .
Kami antara yang lewat rupanya, pemilik restoran ini sedang mentanak nasi yang kehabisan. Untung lauknya masih banyak terutamanya ikan bakar.
Sementara menanti hidangan, hujan pun reda, apa lagi , kami tinggalkan tapak meja makan kami terus ke kolam melihat dari dekat pekerja mengeluarkan hasil ternakan.
Pada awalnya mereka hanya terpegun melihat begitu banyaknya ikan ini.
Suka benarlah bebudak ni
Sifu Pelancungan pun tak segan peluk ikan yang saya rasa agak manja ini.
Abang Man, Bapak budak pun , macam tak biasa pegang ikan hidup.
Jadi, hilanglah rasa lapar kami seketika bermain main dengan ikan ikan ini
Ha, pilil pilih, yang mana nak dilaukkan.
Menanti seketika di Kolam ini, akhirnya makanan tersedia untuk dihidang, semuanya saya panggil untuk menjamu selera. Dah terlebih masa pun.
Ikan bakar bersambalkan kicap cabei dan sambal hijo.
Tersandar seketika.
Disini juga kami segerakan Solat Jamak kami kerana perjalanan untuk ke Padang ini saya jangkakan akan tiba melepasi waktu Maghrib.
Empangan kecil disisi Surau.
Kami singgah seketika di Kota Lubuk Basung untuk bertemu Mira Susanti, kenalan anak anak saya yang mahu membeli pakaian busana.
Mahligai Si Des dan Jeff di Lubuk Basung.
Dari lantai satu, kami pekena teh seorang secawan sebelum bergerak semula. Sudah melepasi jam 4 petang.
Lambaian untuk kak Yus yang sendirian di rumah Des.
Kak Yus berkejar ke Lubuk Basung dari Padang semamta mata ingin menyambut kami. Saya tidak tahu yang beliau terus pulang ke Padang pada malamnya. kalau diberitahu, harus saya mempelawa Kak Yus naik bas bersama kami.
Jalan memasuki Kota Padang ni macet. Biasalah, satu lorong,sedangkan kenderaannya banyak sekali. Berdikit dikit bas ini bergerak, dan kami berada di Hotel Bundo melepasi pukul 7 45 malam dalam hujan lebat.
Latiff Hariri
2028 06012014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment