Bee Gees

Wednesday 8 January 2014

Akaun Kebun 1434 Hijrah

Saya terlupa sebenarnya. 

Bila kebun saya mengeluarkan hasil, saya harus mengira mengikut kelendar Hijrah.

Sebaik kita menyambut Maal Hijrah 1435, saya rasa sudah genap setahun akaun untung rugi perkebunan ini. Saya tidak mahu menambahkan bebanan saya, jadi secara otomatik, saya terus berkira berapakan yang wajib saya zakatkan hasil kebun saya ini.

Memang saya tidak mengira secara tepat, lebih kepada berapakan hasil bulanan jualan, dari kos sebenar yang menghasilkan laba dari kebun ini. Saya tidak mengira berapakah perbelanjaan untuk menghasilkan untung kebun ini. Jadi inilah kisahnya hasil bulan November 2013.



Ini jualannya bulan November.

Berangan                  RM256.80
Emas                                33.70
Awak                               74.30
Nangka                            37.20
Jantung                             10.00
Terung Pipit                        8.00
Ubi Kayu                          64.00

Jumlah                         RM484.00

Untuk suka suka, jualan saya gagal lagi bulan November ini.


Asyik makan angin hingga tak perasan pisang dah meranum.

Bersempena dengan tamatnya Hijrah 1434, saya sudah pasang niat untuk mengeluarkan zakat kebun saya ini, dan saya sudah laksanakannya di kampung moyang saya di Kampun Haraban, Palupuh, Bukit Tinggi.
Walaupun tak seberapa, saya berpuas hati, sekurangnya 7 atau 8 rumah dikampung dapat merasai titik peluh saya sekeluarga ini.


Tebu yang dah overdue.....

Jualan Disember 2013/Hijrah 1435

Awak                      RM40.90
Berangan                     186.20
Nangka                            7.50

Jumlah                         234.60

Satu permulaan yang menghampakan,

Apa yang boleh saya katakan. Pokok pokok pisang berangan ini harus disemai semula secara keseluruhan. 
hampir 85 peratus telah terkena penyakit dan tiada cara yang boleh menyelamatkan mereka. Saya sedang menanti musim kemarau bermula bulan Februari untuk mngerjakan semula tanaman pisang saya ini.



Durian 2 kali satahun untuk tahun 2013. Kebanyakan jiran sekeliling tiada buahnya, sedangkan kebun saya, dari 5 pokok, 2 menghasilkan buah dua kali setahun.

Syukur, ramai yang mendoakannya, kerana kata adik saya Ustaz Ibrahim, buah buahan saya menjadi kerana saya berkongsi rasa dengan kesemua rakan kenalan saya jauh dan dekat.

Hmmm, betul ke? Sememang durian ini untuk makan dan bukan untuk jualan, sedangkan pisang dan yang lain lain adalah untuk jualan. Saya usahakan kebun ini bermula Februari 2012 dan tamat dua tahun Hijrah 1434 ini dengan jumlah jualan melebihi Rm7,000.00 secara kasarnya. 

Lebih dari beruntungnya diri saya serta keluarga ini, kerana sekadar main main hujung minggu pun ada pendapatan berasingan.

Latiff Hariri
1838 08012014
Sungai Petani


No comments: