Bee Gees

Monday 27 January 2014

Cerita Sensasi dan Danau Singkarak - 15 Januari

Sekembali dari Jam Gadang, sementara menanti mata untuk layu, biasalah mengadap tv lah. 

Saya suka menonton berita TV dan lawak jenaka di Indonesia. Drama dan hiburan lain saya kurang minat.
Beritanya, kerana terlalu terbuka dan pelbagai. Ya lah, 280 juta rakyatnya. Lawak jenakanya, lebih matang dari lawak jenaka kita. Ya, ada yang terlalu 'over' dan dianggap SGX.

Tapi, selalunya saya suka akan beritanya sebab tiada sorok soroknya.

Jadi bila sebaik sahaja membuka siaran TV ini terpapar wawancara dengan sesaorang yang menjadi sensasi di Kelantan suatu ketika itu, terpakulah juga mendengar kisah terkini beliau.

Sasarannya hanya Bangsawan dan orang kenamaan.

Lepas Putera Raja, kini Gabenurlah pulak.

Tidur malam saya kurang lena kerana sering terjaga, mungkin jugak terlalu dingin. Aircond dibuka, tingkap pun terpelahang. Udara asli dan buatan disatukan didalam kamar, menggigil jadinya.

Sebenarnya tidak semua kakar di Ambun Suri ini berhawa dingin. Memadai dengan membuka tingkap sudah cukup menyamankan.

Pagi itu bangun seawal 5 pagi. Subuh sekitar 520, jadi seakan akan waktu yang sama di Malaysia.

Menanti pukul 7 untuk sarapan, saya mula kalut memanggil ksemua tetamu saya ini supaya mengekori saya menaiki tingkat paling atas di Ambun Suri . Paling tepat - bumbung Ambun Suri.


Gunung Singgalang  - pagi ni kabus agak tebal.
Cuaca ok, tetapi kabus tebal.

Sekitar 15 minit diatas bumbung, kami pun turun ke lobi untuk sarapan.

Sarapan 

Kalau ikut jadual saya, saya gemar awal pagi bergerak ke destinasi pelancungan kerana pada saya masa amat berharga untuk tetamu saya nikmati. bayangkan sekitar selepas Asar kira kira 340 petang WIB, kebanyakan kedai atau toko sudah mula menutup perniagaan mereka. Jadi bila kita kelaur awal kita dapat mengatur masa untuk berbelanja pada lewat petangnya.

Pagi ini kami bergerak menuju ke Danau Singkarak. Ini danau kedua terbesar selepas Danau Maninjau. Saya jarang membawa tetamu melawat danau ini , kerana pemandangannya biasa sahaja. Permukaan air agak sama ketinggiannya dengan permukaan tanah.

Kali terakhir saya kesini bersama emak saya, makcik Sariaman , makcik Midah dan saorang kenalan makcik makcik saya. Pertamakali bersama anak anak saya ketika usia Izzudidn sekitar 3 tahun.

.
Danau Singkarak dari dalam bas kami 

Seperti yang dicadangkan Pami, kami minum sebentar di persekitaran Danau Singkarak.

Ada makcik yang berniaga kuih, jadi, sambil menikmatinya bersama teh botol, kami menikmati kedamaian danau ini.

Dalam saya melayan tetamu tetamu ini, seoarang tetamu saya in i dah siap mandi pagi untuk kali keduanya. 

Amin oh Amin. Dia tak tahan bila melihat anak anak SD melakukan latihan renang bersama Guru yang melatih mereka. 
Sambil minum, datang sebuah bot. Saya rasa Pami yang memanggil pemilik bot ini untuk bertanya samaada kami mahu menggunakan khidmatnya.

Saya terima aje, tanpa banyak soal. Bila dah memasuki dan menikmati kedamaian danau, baru terfikir akan keselamatan bot ini. Tapi, dah tengah danau pun, terus jalan ajelah. Bot dipandu perlahan. 
Pelampung satu aje kat atas. 
Muat untuk 25 orang katanya, kami berempatbelas ni pun dah sendat. 
Saya siap bawa mee segera dan Teh Bolot kedalam bot ini.

 Pemandangan dari tengah danau.

Perjalanan adalah sekitar 25 minit. Oklah, tiada perasaan risau pun, kerana bot perlahan dan air kurang berombak. 

Sebaik membayar sewaan, kami pun bergerak memasuki pekan Singkarak. Sedang berlangsung pasar minggunya. jadi jalan agak sesaklah.

Sebaik keluar dari Singkarak hujan gerimis pun turun. Saya , kalau hujan begini, mual risau akan tetamu saya yang bakal gagal menikmati keindahan alam di Ranah Minang ini.

Bas bergerak sederhana lajunya menuju ke destinasi seterusnya.

Latiff Hariri
0658 27012014
Sungai Petani

No comments: