Bee Gees

Thursday 9 January 2014

Malam Ukhwah SRS Layar

Ini aktiviti keempat kami untuk penutup tahun 2013, atau bersaman sambutan Maal Hijrah 1435.

Pertama Eid Fitry, Kedua Eid Adha, ketiga Bubur Asyura.

Terlalu padat acara untuk penghujung 2013, setelah dikira tolak dan ditunda, akhirnya Jumaat 27 Disember ini,  baru acara ini dapat dilangsungkan.

 
Skim Rondaan Sukarela - secara rasminya ahli adalah sekitar 28 orang.

Terdiri dari penduduk Taman Taman berdekatan didalam Mukim Sungai Layar ini.

Untungnya, salah saorang Ahli SRS ini merupakan pengusaha Catering, jadi, mudahlah kerja kami.

Hanya Ringgit yang menjadi kekangan kami untuk bergerak laju, tapi, semangat gotong royong dan saling membantu ini yang meneruskan perjalanan perkumpulan kecil kami.

Senang, sekali masak 3 alas sebesar 2 x 2 

Jenahak dibeli dari kolam berhampiran.

Tetamu Kehormat kami adalah Ustaz Asmadi. Ustaz merupakan guru Sekolah  Agama berhampiran, didalam Mukim Sungai Layar juga.

Doa dimulakan oleh Abang Nasir kita.

Kata kata Tazkirah oleh Ustaz Asmadi, lebih kepada Solat dan kejiranan.


Acara yang bermula sekitar pukul 910 minit ini berakhir sekitar 940 malam, sebaik pemberian Sijil Sijil Keahlian kepada setiap peserta.

Malam ini makanan datangnya dari duit setiap ahli, walaupun tidak mecukupi, tetapi ternyata teramat mewah rezkinya malam ini.

Kami pulang sekitar 11 malam, sebaik semua selesai memcuci dan membersihkan periuk belanga.

Ikan , Ayam, Sotong, Sosej, Nasi Goreng, Mihun , air oren menjadi habuan kami.

Memang mewah hinggakan ada yang boleh membawa balik baki yang berlebihan.

Didoakan semoga ikatan ini berpanjangan walaupun banyak rintangannya.

Latiff Hariri
1928 09012014
Sungai Petani



No comments: