Bee Gees

Tuesday 7 January 2014

Malam Akhir di Kota Padang

Perjalanan yang jauh ini memang meletihkan. 

Sekiranya kita bergerak dari Bukit Tinggi melewati Lembah Anai Air Mancur itu, langsung ke Padang, perjalanannya melebihi 3 jam lebih sedikit.

Tetapi bila kita melewati Danau Maninjau, masa perjalananya boleh melepasi 6 jam. Sebaik meninggalkan kota Lubuk Basung itu, saya tidur tidur ayam lagi.


Budak budak jangan ceritalah, dibuai bas.

Berhenti seketika di stesen pam minyak untuk mengisi bensin.


Pekan Tiku - disini suatu ketika dahulu saya tamatkan kayuhan basikal bermula dari Embun Pagi. Jarak melebihi 100 km..

Kalau ada yang mahu berkayuh basikal dengan saya dimasa mendatang, saya sudi menyahut cabaran ini sekali lagi.

Kami tiba di Hotel Bundo sekitar lepas Maghrib memasuki Isyak. Hotelnya baru dibina. Hotel Syariah, kerana setiap kamar ada AlQuran.

Hujan lebat malam ini tidak menghalang perut kami. Kami menapak kaki sahaja kehadapan hotel ini, dimana terletaknya Restoran manakan segera.


Des dan anak anaknya turut serta.


Layanan agal perlahan dari restoran ini, hingga membuat saya bebai.....maaf.

Dalam hujan lebat ini kami berlari pulang ke Hotel. Saya dah tak periksa pukul berapa rakan rakan saya ni lena, yang pasti saya sendiri lena melepasi pukul 12 malam.

Penyambut tetamu sudah tetapkan jam loceng untuk membangunkan kami semua sekitar 430 pagi.

Sekitar jam 545 pagi, kami sudah turun ke lobi untuk sarapan dan lapur keluar.


Sarapannya agak mewah, sesuai dengan harga kamar.


Lontong pun ada.


Semua gembira rasanya sebab dapat menjamu selera lagi.

Bas kami bergerak meninggalkan Kota Padang sekitar 615 pagi. sedangkan jadual penerbangan kami adalah 830 pagi. 


Untuk kenangan - Hotel Bonda.


Semua dah gembira dalam sedih, nak balik Malaysia

Tiba di Bandara sekitar 645 pagi, tiada kesesakan pagi ini. Ya lah, pagi minggu.

Terus saya aturkan kemasukan, yang agak panjang kerana puncanya saya dah agak, AirAsia Indonesia memang pantang tengok penumpang bawa beg, semua mereka nak caj!!

Sekitar 740 kesemua tetamu saya sudah memasuki Boarding Room, sedangkan saya masih diluar bersama Ad untuk menitip 'tips' kepada beliau dan rakan rakan. 


Dalam Boarding Room yang sesak.


Gembiralah tu dah nak balik.


Memasuki pesawat.


Tetapi, abang Man dan anak anak bujang kena turun ke bawah untuk memasuki pesawat melalui pintu dapur.

Saya katakan saja pada abang Man, macam bas sekolah jugak, bebudak nakal duduk dibelakang.


Beza seatnya hanya satu nombor tpi mereka kena naik ikut pintu belakang.


Masih berdekatan.

Masa penerbangannya tepat, kami mendarat sekitar 1025 pagi waktu kita. Lebih sedikit dari sejam.


Usung beg untuk ke bilik lapur masuk...jauh tu.

Untungnya, dari beg yang melebihi 15 ini, tiada yang terkena pemeriksaan rapi oleh pehak Kastam.

Terus saya berhubung dengan Hatta. Abang Man dengan anak anaknya yang sudah dalam perjalanan, sama juga dengan Aspiah yang menantikan adiknya menjemput.

Kami lepak di Food Court bersebelahan.


Tak minum pun, duduk lepak aje.

Ketibaan 'pemandu pemandu' kami yang menjemput serentak, kecuali Aspiah. Kami bersalaman dan terus berpisah menuju ke destinasi masing masing.

Saya menuju ke rumah Hatta untuk sarapan lagi sekali.

Roti canai dah menanti, lega!



Ros sibuk melayan.

Begitulah serba sedikit kisah perjalanan 5 hari 4 malam kami ke Ranah Minang. Semua tersenyum riang . ada yang siap berjanji untuk sekali lagi ke Bukit Tinggi ditahun 2014 ini pulak.

Saya dah warwarkan, bahawa perjalanan seterusnyaa adalah ke Bandung untuk belanja Idul Fitri.

Siapa nak ikut?

Latiff Hariri
1928 07012014
Sungai Petani

No comments: