Bee Gees

Saturday 1 February 2014

Minit Akhir di Pasar Bawah -Jumaat 17 Januari

Selsesai sarapan sekitar 730 pagi, saya bergerak pantas. Hanya berlima, saya tak nak warwarkan kepada yang lain kerana kesuntukan masa.

Pertama, saya wajib membeli bahan bahan basah untuk makan tengahari di kampung. Saya tak mahu mengharapkan 'apa yang ada' sahaja dara saudara saudara disana, kerana tetamu saya ni ramai.

Menapak pagi ke Dataran Jam Gadang terus ke Pasar Bawah.


Sarapan pagi sekitar 730 pagi...


Menuruni dari Pasar Atas, jaraknya boleh tahan juga.

Di Pasar Atas, untung ada gerai yang sudah beroperasi seawal 740 pagi. jadi legalah juga, dapat membeli kehendak hati., iaitu  daging salai dan ikan belut.

Bila sampai di Pasar Bawah baru rakan saya ni faham apa yang ada disini. Jualan Pasar - Sayur, ikan , daging , rencahan untuk menumis dan sebagainya. Ada satu ruang menjual kambing hidup. Jadi, suasananya, jangan harap aman, memang hiruk pikuklah . Yang saya suka, seakan berada di Pasar di Negeri Kelantan, peniaganya 100% Melayu.


Ikan Emas, Talapia dan belut menjadi pilihan utama orang Bukit Tinggi.

Ikan laut ada terjual, tetapi tidak selaris ikan darat.

Ikan Emas sekilo Rp25,000. Saya beli 2 kilo.....akhirnya bila dihidangkan, baru tahu.....tak cukup.

Ikan belut yang masih hidup disiang. Beli pulak 2 kilo - tak cukup jugak rupanya.

Tak cukup kerana, rupanya, kami yang lebih lebih menjamah ikan ikan ini, sedangkan orang orang kampung hanya memerhati sahaja, sebab keutamaan untuk tetamu saya.

Apa yang menarik cara penjual melemahkan pergerakkan iikan belut ini adalah dengan mengguna guni, diletak kedalam guni, dan kemudiannnya di...............hehehe.

Tak lah kejam , tapi, senang nak lapah lepas tu.

Kami tergesa gesa naik semula keatas, memang semput nak nak bukit Pasar Atas ni. Kalau tak sihat, jangan. 
Dalam nak cepat tu pun, Abang Lan masih sempat membeli 2-3 helai pakaian untuk anak anak dia. Mereka baru tahu rupanya di lereng menuju Pasar Atas ni pun banyak gerai jualan yang belummereka terokai. Saya katakan, lain kali datang lagi, kita lepak kat Pasat Atas dan Bawah sahaja, tak perlu ke Aur Kuning.



Kan.....tangga tu curam.

Sesampai di Hotel Ambun Suri, segera saya selesaikan bil dengan Ojha, bayar guna Kad Kredit aje, sebab silap pengiraan, hehehe. Tak sempat berfoto dengan Ojha dah. Ucap terima kasih dan Selamat Tinggal, bas kami pun bergerak menuju ke Kampung Nenek Sariah.

Amin - budak nakal yang bebas dalam bas.

Bas bergerak menuju ke Utara. Melalui laluan Trans Sumatera dimana merupakan laluan utama Bukit Tinggi - Medan . Jalannya berliku tetapi pemandangan cukup menarik.

Perjalan sekitar satu setengah jam.

Latiff hariri
0758 01022014
Sungai Petani


No comments: