Bee Gees

Sunday 2 February 2014

Desa Haraban

Perjalanan pulang ini pun, saya tidak wajibkan, tetapi perlukan persetujuan semua, kerana masa perjalanan pergi dan balik melebihi 3 jam.

Jumaat pagi ini, hari terakhir di Bukit Tinggi merupakan persinggahan terakhir kami. Itu pun atas cadangan Janu Ad yang lebih arif akan selok belok percutian 5 hari 4 malam saya. Beliau dah tahu sangat .

Pada awalnya saya mahu pulang ke kampung pada petang Khamis, tetapi atas nasihat beliau, saaya tukarkan ke Jumaat pagi.


Gunung ganang seoalah berada di Sabah, tetapi lebih menarik disini.

Ada yang lena, ada yang memerhati pemandangan indah . Ada yang mendengar lagu lagu Minang yang terpampang dikaca TV bas.

Kira kira jam 11 pagi kami sampai di Kampung Haraban.

Rumah Gadang Nenek Sariah.

Semua gelisah aje. Ya lah, tak tahu apa aktiviti selanjutnya.

Ikan ikan yang saaya beli di Pasar bawah tadi sudah saya serahkan kepada si Yus, emaknya Fitrie, minta dijadikan lauk untuk makan tengahari.

Fitrie dan emaknya Yus, yang menjaga api didapur untuk tetamu hari ini.

Selesai menegok saorang segelas teh o panas, saya pun bangun lalu mengajak kesemua tetamu saya turun ke kali.

Baru segar mata anak anak ini bila dengar ajakkan saya. Padahal dah mandi di Hotel tadi.


Melalui lorong denai 

Sebaik tiba disini, saya tak payah cerita dah.

Semua sama naik, pantang tengok air.

Jeram airnya jernih dan dingin.

Berada disini untuk 40 minit, itu pun saya paksa naik semua.

Sawah den bertingkek tingkek.

Sementara menanti makan tengahari, kami bertandang ke rumah Can dan Pak Muis.

Pak Muis yang suka berpuisi.

Leka bersembang, hingga terpaksa dijemput pulang untuk makan tengahari.

Makan di rumah gadang.

Dah kenyang, suasana pun nyaman, anak anak ini bermain bola.

Taman Rupawan vs Kg Haraban

Sebaik selesai Solat Jumaat , kami pun bergerak ke Kg Air Kijang untuk ziaran Mak Sawi dan mengambil Kak Suhasni yang akan bersama kami ke Malaysia.

Bersama Mak Sawi dan Fitrie di Air Kijang. Banyak kayu manis dijemur.

Kami bergerak sekitar pukul 2 petang, terus menghala ke Bukit Tinggi langsung ke Kota Padang. Mungkin boleh sampai awal petang ni.

Latiff Hariri
1848 01022014
Sungai Petani

No comments: