Kami melepasi Bukit Tinggi sekitar pukul 3 lebih sikit. Menuruninya, melepasi kota Padang Panjang, suasana tidak seperti biasa.
Kabus menyelubungi.
Jalan agak sesak untuk menaiki Kota Padang Panjang.
Hampir kesemua tetamu tetamu saya ini tidur. Saya yang bukan kaki tidur waktu dalam perjalanan ini, mengambil peluang dengan duduk bersila disisi pemandu bas ini.
Melapasi Air Mancur
Kolam mandi yang tumbuh bagai cendawan. Setahun yang lalu tiada semua ini, sekarang ramai yang buat perniagaan. Airnya asli dari dalam tanah, bukan dari sungai berhampiran.
Dari Jendela bas
Berhenti sekitika bila menhampiri simpang ke Sicincin. Ingat nama ini?
Sicincin merupaka lokasi utama untuk saya membelok suatu ketika dahulu bila gempa bumi kuat melanda Kota Padang.
Izzuddin dan pakciknya Mohd Fadhil.
Melewati perarakan Penganti Baru.
Kami tiba di Kota Padang sekitar waktu Maghrib. Memamg letih tapi, bercuti begini terpaksa kita meletihkan diri.
Malam ini Pami mencadangkan supaya kami pekena Seafood sahaja di Pantai Padang. Saya antara yang tidak memberi respon, walaupun ada yang mahu mencuba.
Bagi saya mudah, sekiranya saya tidak setuju itu, bermakan bersebablah. Bukan sahaja Seafood di Malaysia atau Thailand lebih enak masakannya, bahkan......jauh, tak akan sama. Saya dah pernah mencuba Seafood di Pantai Padang, di Kota Jakarta paling tepat Jakarta Utara, semua tidak sama dengan masakan seafood kita.
Akhirnya semua mengalah, masakan Minang. Di Kota Padang, suatu ketika dahulu hanya RM Simpang Raya menjadi pilihan saya, tetapi sebaik beroperasinya restoran baru ini, ia menjadi pilihan saya untuk setiap tetamu yang saya bawa.
Sebelum itu kami ke Pantai Padang melihat aktiviti malam di pantai. Ya, penuh gerai makan yang beroperasi. Penjaga lalu lints bagi setiap gerai sibuk melambal lambai lampu sulohnya memanggil pelanggan didalam mobil mahupun bas, supaya singgah ke gerai mereka.
Tempatnya ada gaya tersendiri.
Cantikkan, kira RM yang ada kelas untuk kita kita lah.
Lamun Ombak.
Tapi , seperti yang saya kata terdahulu, disisinya ada Gerai Pecel Lele. Jangan tersalah sebut, kalau mahu makan disisi Lamun Ombak, maknanya gerai biasalah ya.
Pecel Lele itu adalah ikan keli goreng.
Sebaik selesai makan, kami pulang ke Hotel. Namanya Hotel Bunda, kelas 3 bintang gitu.
Malam ini kami sewa 6 bilik kerana disini, kalau mahu extra bed, harganya setengah harga bilik.
Latiff Hariri
2018 020214
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment