Bee Gees

Friday 14 February 2014

Mesyuarat Akhir Sesi 2013/2014 PIBG SMKSL

Ahad 9 haribulan Februari ini, jam 1245 tengahari , saya mempengerusikan mesyaurat kali ke-4 PIBG SMK Sunlay.

Lega, akhirnya, sudah menghampiri acara penutup. Majlis akhir ini saya yang pengerusikan.


Pada awalnya tak sampai 10 AJK yang hadir....AJK IbuBapa yang paling kurang.

Bapa hanya 4 orang sahaja termasuk saya.

Sudah melepasi 2 tahun saya menjadi orang kedua di PIBG ini. Sudah tiba masanya saya mengundur diri. Alasan saya, kerana saya tiada mempunyai anak yang bersekolah lagi. Saya sudah warwarkan kepada semua di bilik Mesyuarat hasrat mengundur diri, walaupun ada yang merasa perlu saya teruskan. 

Alasan saya mudah, biar IbuBapa yang lain yang mempunyai anak di Sekolah ini untuk aktif mengikuti perkembangan PIBG sekolah. Saya suka aktif tetapi apa gunanya ibu bapa lain yang mempunyai seramai 1840 orang anak itu.

Dan saya tidak terasa menjadi satu bebanan untuk aktif didalam PIBG. Cuma.....ada kalanya letih, bila ada ibubapa yang bergerak didalam PIBG ini lebih cenderung kepada pemimpin politik mereka yang sering memasuki Sekolah seoalah olah mahu membantu pehak sekolah, tetapi sebenarnya ada  'ketam dibalik Bot' (saya curipakai peribahasa ini dari saorang guru itu)

Saya perasan, mereka tidak mempunyai anak lagi di Sekolah ini, tetapi mereka kedepan pabila pemimpin mereka yang berbaju biru itu datang 'buat buat kisah' dekat sekolah, dan ibubapa inilah yang kedepan melebihi Guru dan PIBG . Hehehe

Dah tu.....setiap tamat tempoh perkhidmatan, minta pulak, apa hadiah cenderahati tahun ini untuk AJK PIBG?

Memang mentaliti sabsidi habis!!

Hehehe, jangan marah....PIBG memang satu platform untuk saya menyibukkan diri dan beramah mesra dengan IbuBapa dan Guru Guru, sesekali saya pun turut mengejar anak anak yang ponteng sekolah bersama Skuad Komuniti Sekolah.

Terima Kasih Semua. Ini luahan hati ikhlas dan 'tembak tepat' saya.

Latiff Hariri
1918 143022014
Sandakan, Sabah

No comments: