Adakalanya, perancangan awal memang perlu , adakalanya kita tidak perlu perancangan awal untuk menziarahi sanak saudara ini.
Tapi, kali ini agak merugikan masa saya.
Setahu saya , abang saya Rahman sekeluarga sentiasa berada di rumah beliau setiap hujung minggu. Jadi , saaya main terpa aje lah. Kemudiannya mahu ke rumah anak Makcik Midah berfdekatan rumah Rahman.
Sebelum keluar dari Ampang, saya sudah cuba menghubungi Abang Hamid, tetapi tiada jawapan, jadi saya berkira , nanti bertemu ajelah di BTHO itu.
Tapi, langkah saya kiri pagi ini. Abang saya dan Abang Hamid tiada di BTHO. Yang ada abang Osman kita ni.
Sarapan kali kedua dengan Osman
Saya hanya diberitahu agak lewat, bahawa Makcik Midah berada di Keramat. Mula terasa lelah untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur. Sedangkan masa saya semakin suntuk untuk pulang ke Sungai Petani pada sebelah petangnya.
Saya tahu saya telah menghampakan Makcik Midah.......
Maafkan Boy Makcik Midah.......Makcik Midah kembali kerahmatullah pada 4 Februari 2014, 9 hari selepas saya berada di Kuala Lumpur ini.
Alfatihah untuk makcik Midah. Makcik Midah merupakan sepupu kepada arwah emak.
Saya teruskan perjalanan ke Sungai Buloh dengan perasaan bersalah, kerana dalam perjalanan itu, anak makcik Midah ada menalipin menanya pukul berapa saya boleh sampai Keramat, kerana makcik Midah asyik bertanya Kak Suhasni .
Ziarah Pakcik Rosli.....adik Makcik Midah.
Bersama Makcik Maznah, adik arwah emak.
Kira dah lewat banyak dah. Saya harus ke Kelang, Jalan Kebun Baru, kerana Kak Suhasni mahu menetap di rumah anak saudaranya Mel. Saya bukannya tahu sangat alamatnya, semuanya guna GPS.
Tapi sempat singgah ke Hospital di Bandar Kelang untuk menziarahi anak anak buah saya ini.
Bersama Rashi sekeluarga.
Teruskan perjalana ke Jalan Kebun Baru. Memang seksa laluan ini, jalannya kecil dan dipenuhi persimpangan dan lori lori industri yang bersimpang siur menguasai jalanraya.
Di rumah Mel untuk makan tenghahari yang sudah lewat melepasi pukul 3 petang.
Mel merupakan anak saudara jauh saya juga, yang asalnya Padang, tapi baru 3 tahun berkahwin dengan orang Kelantan. Kak Suhasni saya tinggalkan di rumah Mel, kerana mengikut perjanjiannya, saya tidak dapat memberi tumpuan sepanjang percutian Kak Hasni di Malaysia. Beliau harus sendiri sendiri dengan bantuan saudara mara di Kuala Lumpur, untuk bertandang ke rumah sanak saudara beliau .
Kami bergerak pulang, tapi, melalui Lebuhraya memasuki KL untuk acara penutup.
Harus bila ke KL , singgah untuk makan petang @ dinner disini.
Perjalanan petang ini dipandu sepenuhnya oleh Izzuddin. Saya hanya penasihat sebelah beliau sahaja.
Latiff Hariri
1538 09022014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment