Ini acara Makan Besar kami sempena warga Cina meraikan Tahun Baru mereka. Kami buat ni gotong royong, bukan atas dasar SRS, lebih kepada kejiranan Taman Teratai Indah dan Taman Seri Tanjung. Lokasi kali ini di perkarangan rumha Jan, yang terletak di hujung Taman.
Tiada kutipan RM dibuat, lebih kepada duit sendiri sendiri.
Acara bermula sebaik selesai Solat Isyak.
Semua turun malam ni.
Pakai kain pelekat aje , santai, bukan acara rasmi pun.
Resipi kami menjadi lagi malam ini, tanpa bantuan pakar.
Ikan segar , daging bakar serta ayam menjadi hidangan utama.
Selepas itu acara pertandingan karom pun bermula. Saya tak tunggu hingga habis.
Angkatan muda memulakan permainan, sedangkan yang pangkat Ayah ni , teruskan dengan acara makan.
Acara makan malam ukhwah ini berlarutan hingga ke pukul 3 pagi.
Saya tak campur bebudak muda ni punya acara, janji lena cukup.
Tahniah gang walkie talkie TTI dan TST. sejak mejak ni, dah kurang dengar cerita 'pecah rumah' persekitaran kejiranan ini.
Latiff hariri
1918 11022014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment