Senja 2 Syawal 1434 di pusara Emak
Rumah Rahman adalah rumah ke-11
Tiba sekitar menghampiri Maghrib. Makan makan pun ala kadar aje, sebab siang tadi dah makan puas di rumah Kak Sham, Osman & Pakcik Dain.
Kekenyangan.....
Bergerak ke destinasi 'tidur' untuk malam ini, rumah adik saya di Shah Alam. Memandangkan baru sekitar Isya'., jadi kami terus ke rumah Ustaz Amran dan makcik Munah. Ini rumah ke 12 .
Ini rumah kedua anak anak saya sewaktu kami menjadi penghuni tetap Sek 4 Shah Alam dahulu.
Aqilah dari darjah 1 hingga 6 menetap di rumah ini setiap hari sebaik pulang dari sekolah. Rumah ini brsebelahan dengan SRK Raja Muda Musa, jadi tiada masaalah untuk Aqilah dan Faiqah berjalan kaki sahaja pulang kerumah emak dan ayah mereka ni.
Mak Munah
Abah Ustaz kurang sihat malam ni.....dah usia sekitar 78....
Mak Munah dan Salbiah menghantar kami hingga ke kereta.
Kami bergerak ke sek 7 untuk bermalam dirumah ke 13 .
Hanya sempat 'bersahur' di Subway Sek 7 Shah Alam, yang ini ingat nak rakam.
Malangnya tiada foto dirakam dirumah Rasiyuddin ini. Simpan dalam hati ajelah....
Pagi 3 Syawal , kununnya mahu bersarapan di Restoran Gembira, Sek4, tapi, masih bercuti Raya. Jadi hanya makan roti canai ajelah di Restoran Khalifah bersebelahan.
Latiff Hariri
1948 19082013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment