1 Syawal 1434
Sekembalinya kami dari bertandang ke rumah Ustaz Ibrahim petang 1 Syawal tu, tiada tetamu yang hadir. Tahun ni saya rasa Hsri Raya ada sikit perlahan. Kalau tiada tamu, boleh tidur awal malam ni.
Tapi sekitar 1030 malam, kakak Roziah, kak Mar dan anak menantunya datang bertandang. Makanan banyak pun, hidang aje, tak pun perangat supaya panas dan sedap dijamah semula
Kak Mar dan anak menantu serta cucu cucunya.
Saya melayan aje.
Mungkin tahun ini saya kawal nafsu makan saya, jadi tiada rasa mengantuk malam ini. Tidur pun agak lewat melepasi pukul 12 malam.
Esoknya kami bergerak ke Kuala Lumpur.
5 Syawal, bersamaan hari Isnin saya sudah melapurkan diri bertugas semula di pejabat. Saya hanya mohon cuti sehari sebelum Raya sahaja.
Bila adik saya bersms mengatakan bahawa beliau mahu bertandang ke rumah saya malam nanti, saya terus tanya samaada untuk satu atau dua malam. Katanya untuk satu malam , dan pulang keesokan paginya. Tak perlulah saya bercuti. Sekiranya beliau kata 2 malam, pasti saya ambil cuti kecemasan untuk berjalan jalan dua kereta ke Thailand, hahaha.
Rashi tiba sekitar Maghrib.
Malam ni baru kedengaran mercun di rumah kami ni.
Haziq
Adik yang sorang lagi ni pun kata nak bertandang juga, jadi tiada masaalah. Dia pun dekat sahaja , dari Balik Pulau, Pulau Pinang.
Fatimah , anak sulong Muhammad Fadhil.
Jadi malam ni meriahlah jugak rumah kami ni. Fadhil tiba sekitar 1120 malam dan hanya pulang melepasi pukul 1240 malam. Kami duk menanti hujan Meteor dilangit, tapi langit kelam .....
12 malam masih bereinteraksi.
Fadhil menghilang sekitar jam 1 pagi. Kami punlena melepasi 130 pagi. Esoknya saya kerja, dan saya tinggalkan keluarga adik saya ini dibawah seliaan anak anak saya.
Maknanya dah 4 keluarga bertandang setakat 5 Syawal ini. Sedikit sangat.
Latiff hariri
2038 24082013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment