Khabarnya majlis ini dihadiri 3 Pegawai dari PPD Kuala Muda/Yan, serta Pengetua dan guru guru berkenaan yang menyambut kehadiran kami.
Saya memasuki perkarangan sekolah mengikut jadual , iaitu 715 petang. Terus menuju ke Pusat Islam.
Cikgu Subri, Cikgu Anizat(PPD), Tuan Hj Ismail(Pengetua) , Tuan haji Shaabuddin(YDP PIBG), 2 Pegawai PPD serta Cikgu Hassim.
Berdoa sebaik majlis khatam selesai
Kami terus memasuki Pusat Islam/Surau sebaik tamat sesi khatam AlQuran oleh para pekajar asrama.
Sudah menanti pelajar pelajar Puteri di saf belakang
Sebaik Azan dilaungkan , jamuan kecil buah buah kurma dan air mineral terhidang didepan kami oleh para para pelajar.
Solat Maghrib diImamkan oleh Cikgu Zul. Sedap bacaan beliau.
Sekitar pukul 8 malam, kami melangkah ke dewan makan Asrama terletak kira kira 400m dari Surau.
Masya Allah, rezki melimpah ruah......Syukur.
Para para Guru . Ditabir Puteri Puteri Sunlay
.... dan Guru Guru Perempuan. Di tabir Putera Putera Sunlay
Untuk ingatan , menu menu malam ini.
1) Bawal 3 rasa.
2) Udang bersayur
3) Sayur campur
4) Timun sambal belacan
5) Satay Ayam
6) Kuih Akok(kemboja) dengan agar agar
7) Sirap dan Milo ais
Hm..... teramat kenyang.
Dah selesai mengisi perut, sepatah dua kata dari Pengetua, dan penyampai tandahati untuk kami para jemputan.
Dah diberi makan, ada ole ole lagi!!
Pulang ke rumah sekitar pukul 850 malam. Itu pun sebab Pengetua nak atur Masjid untuk berTarawikh.
Saya kagum dengan Haji Ismail Osman ni, setiap malam dia akan bergerak ke Masjid yang berlainan disetiap pelusuk Sungai Petani untuk mengerjakan Tarawikh beliau.
Bang Haji dapat Sejadah.....mahal pulak tu!!
Kuih Koci - pemanis mulut dari NYDP kepada Puteri Puutera Sunlay.
Terima kasih warga Sunlay.
Latiff Hariri
0648 02082013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment