Saya tak cukup tidur. Samaada saya melayan abang saya, atau abang saya yang nak melayan saye bersembang. Akhirnya tidur melepasi pukul 12 malam. Dah tu, dalam lena , terjaga kerana anak bujang abang saya tu baru pulang lewat malam, saya agak sekitar pukul 2 pagi. Orang Bujanglah katakan.
Pukul 4 baru saya diejutkan oleh anak anak. La, apa sudah jadi dengan loceng amaran talipon bimbit saya ni?!
Sekitar 415 pagi kami pun bergerak meninggalkan BTHO.
520pagi, lapur masuk di LCCT untuk penerbangan pukul 655 pagi.
Aqilah dah nak balik ke Sandakan.
Ini kali ketiga Aqilah terbang ke Sandakan dalam tempoh dua bulan - Julai/Ogos.
Pertama lapur diri pada 1 Julai
Kedua kursus 4 hari 3 malam di Kelang pada pertengahan Julai
Ketiga terkini pulang selepas bercuti penggal kedua sekolah.
Dengar ceritanya, pertengahan bulan September ini, masuk Semenanjung lagi.
Kami sekeluarga tak rasa jauh sangat dah Sandakan ni.
Beratur memasuki Balai Pelepasan sekitar 530 pagi.
Kami menapak perlahan menuju ke Surau bersebelahan untuk Solat Subuh. Subuh sekitar 555 pagi.
Salah sebuah pesawat yang Aqilah akan naiki.
Tapi tak sempat pun kami menapak ke Surau, guruh petir hujan ributpun melanda LCCT. Berlarian kecil kami memasuki Surau.
Selesai Solat sekitar 620 pagi, hujan mula reda. Aqilah menghatar pesanan ringkas bahawa penerbangan yang dijadualkan pada 655 pagi itu tertunda hingga 740 pagi, gara gara hujan yang lebat.
Saya masih teragak agak samaada mahu mencari rumah ke 22 untuk BerHari Raya!
Latiff Hariri
2008 27082013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment