Bee Gees

Wednesday, 13 March 2013

Konvesyen Fiqh Politik Islam 2013 (II)

Masih awal untuk Zuhur, tapi saya mengambil keputusan untuk lepak didalam Surau sahaja . 

Duduk bersila , brmain dengan 'maya' seketika, sambil melakukan tasbih mudah mengisi masa lapang.
Makanan tengahari telah kami jamah sebelum ke Surau ini. Menunya, Nasi Ayam. 



Menuggu Zuhur.

Saya kagum dengan anak anak IPTA ini, mereka tahu tugas, sebaik masuk waktu sesaorang melaungkan Azan , dan terus Imam dari sesama mereka menerajui Solat. Pantas, kerana di luar menanti sekumpulan tagi jemaah yang tidak dapat memenuhi surau ini secaraa serentak.

Jam 2 saya sudah di kerusi saya semula.



Dr Zaharuddin setia menuggu, walaupun beliau sudah selesai dengan kertas kerjanya.


Masih belum penuh hadirin....




Ustaz Roslan Mohamed dengan topik ' Musim Mengundi : Media, dipercayai atau Tidak dan
Apabila Bertembung Calun Muslim vs Non-Muslim.

Ustaz Roslan selesaaikan pembentangan sekitar 315 petang.

Diikuti dengan sesi Dialog dimana ahli panelnya adalah Ustaz Roslan Mohamed, Dr Maszlee Malik dan Dr Zaharuddin Abdul Rahman. 


Ternyata Ustaz Roslan menerima soalan 'maut' dari hadirin tentang kisahnya TV3 itu, hehehe.

Terima kasih Ustaz Roslan, anda memang berhati hati menarik rambut didalam tepung itu.....

Sesi dialog ini memang menarik dengan gelak ketawa dan soalan maut yang sengaja dijolok oleh hadirin yang nakal. Dr Maszlee menceriakan suasana.



Berhenti Solat Asar dengan menu kuih dan air mineral.

Sekitar jam 5, tiba sesaorang yang memang mendapat perhatian kesemua hadirin

Dato 'Dr MAZA. 

Saya pun teruja untuk bersalaman dengan beliau



Dato'Dr Mohd Asri  Zaibnal Abidin dengan topik 1) Dakwah dan Siyaasah dan 2) Politik dan Prinsip

Memang menarik kupasan Dr Asri ini, beliau memang pakar yang serius tapi masih boleh bertolak ansur dengan pengkritik.


Muhammad Nassir Hanapi tak lepaskan peluang meraikan Dato Dr Mohd Asri


Saya pun sama, cuma rasa tak layak berdiri seiring dengan Ulamak besar ini.


Duduk diatas boleh tengok ajelah....hahaha.

Rehat Solat Maghrib sekitar 7 petang. Saya dah booking awal untuk Solat ini supaya dapat segerakan ke dewan Auditorium.

Malam ini makannya adalah nasi tomata sambal ayam masak merah. Ok ni!


Ini 'hero' lama yang saya nanti, hehehe. Memang macho Ustaz kesayangan ramai ni.


Sambil menanti acara bermula, dia boleh buat lawak lagi .....

Ustaz Azhar Idrus memulakan topik beliau sekitar 805 malam. 1) Hukum Mengundi dan Apa Erti Undi Anda, 2) Haruskah Tipu Daya dan Helah Ketika Pilihanraya 3) Undi kerana Hadiah.

Korang tahulah, UAI ni suka melawak 'merapu', jadi kami tak kering gusi. sesi soal jawab bersama beliau tetap ada, itu yang menarik tu.


Pelancaran Komik UAI oleh Dr Zahazan

UAI bergerak meninggalkan majlis sekitar 915 malam.

Rehat seketika menanti hadirnya ahli ahli Panel Forum " Masa Depan IslamPasca PRU13"



Dr Siddiq Fadhil dah tiba.


Ustaz Roslan, Dr Zahazan dan Sifu Nassir sudah sedia menanti.

Forum bermula sekitar 930 malam. Ahli ahli panelnya adalah Dr Siddiq Fadhil, Dr MAZA, Dr Maszlee Malik dan Sifu Nassir.

Dr Ridhuan Tee Abdullah menarik diri disaat akhir diganti Sifu Nassir . Saya boleh rasakan kepanasan yang bakal dialami Dr Ridhuan Tee sekiranya beliau berforum bersama DR Maza saorang pun cukuplah. Inikan pula ada Dr Siddiq dan Dr Maszlee. Sebeluam beliau di'malu'kan , lebih baik undur diri aje.

Saya sendiri terasa gerun dengan Ulamak seperti Dr MAZA, kerana kata katany adalah fakta dari AlQuran dan Sunnah Nabi.



Memang menarik bila Dr Maszlee menjadi pengerusi Forum, dia pandai 'mengena' ahli panel.

Dr Siddiq dengan 'telo' bahasa baku Indonesianya, Sifu Nassir dengan bahasa Inggeris selang seli Bahasa Malaysia.

Saya tidak dapat bertahan lama bila adik saya menanya saya pukul berapa beliau harus datang menjemput saya untuk pulang. 

Jawab saya, ' Datang sekaranglah....saya nak balik SP malam ni jugak.


Masjid Negeri Selangor


Persekitaran MBSA

Adik saya menjemput saya sekitar 1040 malam. Saya tidak mengikuti Forum hingga tamat. Mengikut jadualnya tamat sekitar 1115 malam.

Terus kami meluncur laju ke  Sek 17 Shah Alam untuk mencari bas malam ke Sungai Petani.

Memang tiada masaalah , bas banyak, saya mengambil tiket bas Shira yang bergerak meninggalkan Shah Alam sekitar 1120 malam, dan tiba sekitar 450 pagi di Sungai Petani. memang payah nak lena, tapi dalam mamai tu, sedar sedar drebar dah jerit, " Sungai Petani! Sungai Petani!'

Kelam kabut saya gagau beg sandang dilantai bas.

Latiff Hariri
2108 13032013
Sungai Petani

Sunday, 10 March 2013

Konvension Fiqh Politik Islam 2013(I)

Saya ni senang aje, kalau ada masa dan ruang, RM ada lebih kurang, kira yang paling jimat, kalau rugi pandu kereta , saya naik bas sahaja.

 Semuanya bila kawan saya itu add'kan foto didalam 'wall fb beliau', terus saya bertanyakan khabar, dan satu perjanjian tercapai......

Pagi Sabtu baru saya buat keputusan, senang, sebab saya sendirian, walaupun ada mengajak 2-3 rakan terdekat.

Bas kosong, saya saorang sahaja ke Kuala Lumpur!

Nasib baik pintu pagar keretapi ditutup untuk laluan keretapi, rupanya , ada saorang gadis yang ketinggalan bas berlari lari kearah bas ini.

Jadi berdualah.

Tiba di Butterworth sekitar 520 petang. Oh, ambil penumpang rupanya.

Pulau Pinang.

Di Butterworth naik lagi tiga penumpang, jadi jumlahnya 5 orang lah.

Sekali lagi bas berhenti di R&R Juru, saya dah mula bosan dengan keadaan ini.

Hm, tukar bas dua tingkat pulak. Duduk bebas. Saya naik keatas duduk dibarisan hadapan. Bas ini dari Kulim 430 petang. Saya anggarkan penumpang tak melebihi 15 orang ke Kuala Lumpur.

Sepanjang jalan hujan.

Tiba di Pudu Sentral sekitar 10 malam. Menapak laju ke stesen KTM.


Kalut punya pasal, duduk dalam gerabak Wanita Sahaja!..

Kena halau lah, hahaha.

Tak pe, bukan saya sorang yg tersalah gerabak, ramai, hehehe. nak'cover' malu.

Sekitar 11 di Shah Alam, lepak rumah adik sahaja.

Pagi Ahad sekitar pukul 7 kami bersarapan di Seks 3, dan adik saya terus menghantar saya ke Auditorium MBSA. Saya yang pertama (?) mendaftar diri. Duduk bebas rupanya. Jadi saya bookinglah untuk kawan pencadang saya ini.

Sempat saya mengambil bahagian saya , sarapan pagi yang disediakan.

Acara bermula tepat jam 9, disisi saya dua kaki tangan IPTA, paling tepat Pensyarah.

Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri - Politik Dalam Islam

Dr Zaharuddin dah sampai....

Ustaz Roslan Mohamed



Dr Zahiruddin Abdul Rahman membentang topik - 1) Fiqh Waqie dalam Memahami Dalil Berkaitan Politik
2) Bagaimana Memilih : Calon vs Parti & Manifesto

Topik yang dibentang memang menarik, tapi masa yang diperuntukkan amat terburu buru, jadi harus membaca nota yang disertakan untuk rujukan.


Antara slide yang ditayang ketika De Zahiruddin membentangkan kertas kerja beliau

Tiada tajuk ini, tapi Dr Zahiruddin sengaja memanaskan suasana, gang Umnu memang tak mengaku BR1M itu rasuah, betul tak?


Penysarah didepan, Student paling ramai dibelakang, semuanya dari IPTA/IPTS dan berkupiah, tak ada yang bersongkok pun!



Tajuk begini orang Umnu tak minat, mereka suka hiburan, menabur janji, menipu dan seangkatan dengannya, sedangkan anak anak muda terpelajar dahagakan kejujuran dan kebenaran.

Dibawah sahaja sudah melebihi 1000 hadirin, sedangkan diatas secara perlahan mula dipenuhi pelajar bertudung labuh.

Saya kagum dengan anak anak muda ini!!

Acara bersama Dr Zahiruddin ini tamat sekitar 1130 pagi


Dr Maszlee Malik dengan topik Memahami Konsep Siyasah Syar'iyyah didalam Kerangka Demokrasi BerPerlembagaan Malaysia

Kalau Dr Maszlee ni, sekejap ajelah beliau ikut teks, kerana lebih menarik bila beliau berbicara snatai tanpa apa apa ikatan. memang tak cukup masa rasanya. terlalu singkat untuk satu jam. Beliau mempunyai berbagai kisah dan pandangan yang boleh dikongsi bersama.

Berhenti rehat sekitar 1245 tengahari untuk makan tengahari dan Solat Zuhur. Saya rasa masa berlalu begitu pantas kerana secara perlahan suasana mula panas bila pembicara topik mula memprovok dengan isu isu terkini yang sangat tepat dengan kepincangan kerajaan sedia ada.

Latiff Hariri
0808 10032013
Sungai Petani

Friday, 8 March 2013

Bas jelajah Merdeka rakyat - DSAI

Kalau bebudak bujang ni kata, 'Bang, helmet tak ada la', confirm saya tak akan pergi.

Bukan tak bersemangat, cuma bila fikirkan yang esoknya adalah hari bekerja, dan pasti jalan akan sesak, lebih baik saya berehat sahaaja di rumah.

 
Berenam naik kapcai sahaja, lenbih cepat dan mudah. Jarak sekitar 12km dari rumah kami.

Tiba di Dataran Agro, bersebelahan Hospital Sungai Petani ini, sekitar 950 malam.

Saya anggar sekitar 25000 sudah memenuhi. Part mengira kehadiran orang ramai ini memang kesukaan saya, ada cara nak kira kehadiran ni. Pertama kena hadir selalu keceramah samaada ceramah parti usang itu, atau parti pembangkang. Yang usang senang kira, cuma tengok bas yang berlabuh, purata satu bas 40 orang, kalau 40 bas, baru 1600 orang.

 
Kiraan saya tepat, ketika UAI hadir saya katakan 40000 orang, HKR112 saya katakan 700,000 orang, dan esoknya pakar matematik Profesor itu mengesahkan agakkan saya.....


 
Malam ini sekitar 1030 malam diwaktu Psy-fuddin Nasution ini membebel di atas pentas, saya katakan 35,000 hadirin.

 
Psy-fuddin, anak drebar bas asal Kedah. Mak Jawa, Pak Mendeleng.

 
Tok Ayah Haji Ton Rimau pun dah kaleh, siap beri amaran lagi pada macai macai umnu yang terasa kuat nak buat kacau di arena politik pembangkan!!

Terima Kasih Haji Ton!


 
Body guard keliling tu!! Semua pakai seragam jaket hitam.


Let Jen(B) Abdul Ghafir pun ada.


DSAI berada dipentas sekitar 1140 malam.


Orang ramai tak kerdip mata


Tak berganjak hingga umnu tersungkur


Syed Bukhari , kroni Dr mamak yang ahli umnu puja . yang kaya mamak, melayu kayap.
Ingat ya, harta Dr mamak selama memerintah 20 tahun adalah RM40 billion, sedangkan Najib yang baru memerintah 3 tahun, hartanya sudah mencecah RM30 billion. Siapa kata, kawan kawan umnu aku yang kata kat aku.....

Ceramah ini berakhir sekitar 1230 pagi, kami bergerak pulang berlumba lumba. Tapi sebelum pulang, pekena saorang secawan kopi dulu, buat terang mata.


Pak Andak, kat Shah Alam tak ada ceramah ek?

Esoknya di pejabat, saya melelong.......

Latiff Hariri
2008 08032013
Sungai Petani

Wednesday, 6 March 2013

'Rumah Ke2' di Teratai Indah

Diawal Februari ini, bermulanya projek mencuci hutan dihadapan rumah saya ini. Saya sebenarnya suka pada suasana kehijauan hutan ini, kerana ia menggamit banyak burung merbah dan burung ayam ayam untuk bermain main dihadapan rumah saya. 

Tapi, bila projek ini bermula, suasana mula sunyi, tiada lagi kicauan burung setiap pagi, Tiada lagi ketakan burung ayam ayam setiap petang dan pagi.
.
Percaya tak, didalam hutan ini juga ada babi hutan!!


Telaga yang katanya tersedia ada sejak zaman Jepun.




Bahagian kanan yang bertambak dengan batu itu untuk 3 lot banglo, dijual pada har RM150,000.00 satu lot!!

Saya tiada komen, suka atau tidak, tanah ini bertuan, jadi biarlah tuannya nak lakukan apa sahaja, cuma kehijauan sudah berkurang dirumah saya ini.

Ini menariknya Taman Teratai Inn-dah ini, dimana terletaknya teratak buruk kami ini untuk tandangan rakan taulan semasa hayat kami, dan di bersebelahannya jugak, menjadi 'Rumah Kedua' bila kami dijemputNya nanti......

Petang ini, dengan keberkatanNya, saya dapat memeluk mesra 'adik' saya ini, Ustaz Ibrahim Ahmad, yang baru pulang dari mengerjakan Umrah. Kira dapatlah juga berkatnya yang dibawa pulang dari Ka'abah itu, In Sya Allah.

Hari Selasa 26 haribulan ini, kira dua kalilah saya dapat memeluk dua insan yang baru pulang dari Makkah, yang saorang lagi itu, adik kembar sepusat sepusing, mak pak lain lain, yang seusia, sama tempat dan tarikhlahirnya itu. Yang menariknya 'kembar' saya ini, sepertimananya saya yang pertamakali menjejakkan kaki ke Makkah suatu ketika dahulu, beliau turut membawa emak baliau sepertimana saya jugak!! 

Menarikkan? Tarikh lahir sama, sekolah sama, kerja pun hampir sama berkenaan dengan duit jugak, pergi Makkah pertamakali pun bawa emak bersama.

Sudi sudilah hadir menjengok kami nanti sementara masih bernyawa ini, atau sudah tiba saatnya nanti, masih boleh ditemui dilokasi yang sama.

Latiff Hariri
2218 2602113
Sungai Petani


Monday, 4 March 2013

Tumpuan Serai

Dah 3 hari berturut turut saya ke kebun sebaik pulang dari pejabat, terus ke Pejabat kedua ini.
Saya berminat mengalihkan sebanyak mungkin anak anak serai ini ke batasan baru. Ini harus saya lakukan segera kerana tanda tanda kepupusan sudah mula berlaku








Kancil merah ini cun cun masuk antara barisan Pisang Nangka ini

Perhatian saya berikan seminggu dua ini kepada Serai pula.



Serai yang dah matang, saya kalihkan ke batas yang kosong untuk 9 bulan mendatang - sasaran Ramadhan

Pagi Sabtu 2 Mac ini, saya kerjakan 3 rumpunan serai, cuci bersih, masukkan kedalam baldi biru, dihantar ke pasar Sri Tanjung. Beratnya 8.1kg . Pisang Berangan saya cantaskan 6 mayang dan Fazli membelinya dengan berat 58.8kg.

Saya segerakan jualan pada hari Sabtu, bukan hari Ahad, kerana Ahad Ahad mendatang , akan penuh dengan aktiviti . Fazli mengharapkan saya menghantar pisang lagi dipagi Ahad, saya memberi alasan mengapa jadual bertukar ke Sabtu.




Pagi ini juga, buat kali terakhir, 2 biji durian sesi 2012 ini gugur, jadi menu sarapan adalah durian dan mee
goreng.

Memang durian kebun saya ini dah tak mengikut musim. Kebun durian bersebelahan tidak mengeluarkan bunga sedangkan yang milik saya, kelima lima pokoknya sudah berbunga semula.

 
Dah kena sorang sepinggan mee goreng dan dua ulas durian, bolehlah buat ubat lena tengahari.

Latiff Hariri
1528 02032013
Sungai Petani

Saturday, 2 March 2013

Tamu dari Shah Alam dan Kepala Batas

Indahkan pagi begini dengan bunga yang mekar dari pohonan disisi Taman Teratai Inn-dah ini?


 Musim kemarau kan menjelang tidak lama lagi......

Sebaik selesai acara Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu, saya hadiri pula mesyuarat terakhir sesi 2012/2013 PIBG SMKSL ini. Penutupnya dihadir oleh kesemua guru yang bakal menyelia Mesyuarat Agung yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.


















Sebahagian dari Guru yang majoritinya 2/3 adalah guru perempuan. 

Mesyuarat bermula setepat jam 1 petang dan berakhir jam 3.

Pulang kerumah untuk acara seterusnya. sebelum Asar, sekitar 4 petang itu, saya sudah bergerak ke kebun untuk menyambut tetamu dari Shah Alam dan dari Kepala Batas.

Fadhil dari Merbuk yang mula mula hadir.....



Sambil menunggu mereka saya mencantas sekitar 10 mayang pisang, 2 untuk titipan mereka, selebihnya saya jual.

Mereka memasuki kebun ini sekitar 530 petang.





Abang Shipol kita, bebudak bujang ni panggil Pak Andak, datang dari sek 25 Shah Alam.

Hm, langkah kaki Pak Andak ini memang kekanan....



Sebiji durian cukup untuk anak beranak ini menjamah di kebun




Letih menoreh, jamah durian pulak.


















Kenduri di kebun




Dan kehadiran rakan sepejabat saya, abang Lan @ Roslan Abdullah dari Kepala Batas.

Abang Lan tiba pun langkah kanan, si tart tengah korek ubi.



Takdanya kederat Pak Andak tu.


















Dua dua kaki memancing. 




Ini aktiviti petang Ahad 24 haribulan Februari. Lepas Maghrib ada tazkirah DSAI serta Ceramah di Dataran Agro. Saya kena bergerak pantas.

Latiff Hariri
1138 02032013
Sungai Petani