Bee Gees

Monday 4 March 2013

Tumpuan Serai

Dah 3 hari berturut turut saya ke kebun sebaik pulang dari pejabat, terus ke Pejabat kedua ini.
Saya berminat mengalihkan sebanyak mungkin anak anak serai ini ke batasan baru. Ini harus saya lakukan segera kerana tanda tanda kepupusan sudah mula berlaku








Kancil merah ini cun cun masuk antara barisan Pisang Nangka ini

Perhatian saya berikan seminggu dua ini kepada Serai pula.



Serai yang dah matang, saya kalihkan ke batas yang kosong untuk 9 bulan mendatang - sasaran Ramadhan

Pagi Sabtu 2 Mac ini, saya kerjakan 3 rumpunan serai, cuci bersih, masukkan kedalam baldi biru, dihantar ke pasar Sri Tanjung. Beratnya 8.1kg . Pisang Berangan saya cantaskan 6 mayang dan Fazli membelinya dengan berat 58.8kg.

Saya segerakan jualan pada hari Sabtu, bukan hari Ahad, kerana Ahad Ahad mendatang , akan penuh dengan aktiviti . Fazli mengharapkan saya menghantar pisang lagi dipagi Ahad, saya memberi alasan mengapa jadual bertukar ke Sabtu.




Pagi ini juga, buat kali terakhir, 2 biji durian sesi 2012 ini gugur, jadi menu sarapan adalah durian dan mee
goreng.

Memang durian kebun saya ini dah tak mengikut musim. Kebun durian bersebelahan tidak mengeluarkan bunga sedangkan yang milik saya, kelima lima pokoknya sudah berbunga semula.

 
Dah kena sorang sepinggan mee goreng dan dua ulas durian, bolehlah buat ubat lena tengahari.

Latiff Hariri
1528 02032013
Sungai Petani

No comments: