Bee Gees

Monday 18 March 2013

Pertanian adalah Perniagaan

Minggu pertama Mac 2013 ini saya segerakan tuaian pisang Berangan ini kepagi Sabtu.
Semuanya kerana teringin hadirkan diri ke Konvensten itu. Jadi, secara pantas saya cantaskan
6 mayangan Berangan ini, dan bila ditimbang di gerai Fazli, beratnya mencecah 58.90kg. Alhamdullillah, lepas duit tiket bas pergi balik Shah Alam pada 2 Mac 2013.

Minggu kedua Mac 2013 ini, sekali lagi saya cantaskan 10 mayang Berangan untuk dijaja di gerai Fazli

Ahad kini, tdak seperti Ahad Ahad yang lalu, saya harus mengubah jadual, kerana gerai Fazli ini hanya beroperasi jam 9 pagi. Sedangkan sebelum ini, saya masuk ke kebun sekitar pukul 730 pagi, dan tergesa gesa ke Pasar Tani untuk membeli stock makanan basah .

Sekitar jam 8 sebaik selesai sarapan sendirian di kedai makan ditengah kota ini, saya terus ke kebun. Memasuki kebun sekitar 830 pagi.

Membaja dan menggembur sekitar 20 anak anak serai yang baru ditunaskan di batasan yang baru. Kemudian beralih ke 2 rumpun serai yang sudah matang ini untuk dituai. Kini saya sudah pandai, purata serumpun serai ini boleh menghasilkan 3kg serai yang matang. Pagi ni redup, jadi bersila sahaja diatas tanah berlantaikan rumput ini tanpa fikir yang tidak elok.



Terkejut juga dibuatnya!

Tapak tangan hanya beralaskan sarung tangan, dan dicelahan batang batang serai ini, melilit anak ular kapak ini, seakan akan tidur. Baru saya tahu, amaran rakan saya si Bad supaya berhati hati dengan rumpuan serai ini adalah benar! Ular Kapak memang gemar menyelit kerana diperdunya yang sejuk dan nyaman itu.

Duduk bersila mencuci 2 rumpunan serai ini pun sudah melebihi 1 jam. Sekitar 945 saya beralih ke pohonan Pisang Berangan pulak. Memang banyak buahnya. Saya anggarkan untuk 3 minggu mendatang, hasilnya mendatar 10 mayang seminggu, tetapi pada minggu berikutnya, belum pasti kerana angkatan kedua baru mengeluarkan jantung.......

Maknanya bulan April, kemungkinan akan ada penurunan hasil.


10 mayang @ 87.80kg . Ada satu mayang yang beratnya 13.50kg, terbaik .


2 rumpunan serai yang saya cuci dikebun, memang renyah, tapi rilex aje, tak perlu tenaga yang banyak. 6.8kg @RM1.60 

Sekitar 1015 saya bergerak ke gerai Fazli di Tikam Batu.


Hasilnya sekitar 5 kampit beras 10kg itu......Syukur. Dari keringat sendiri. Ini minggu kedua 10032013

Melihatkan hasil yang begitu baik untuk dua minggu berturut turut ini, saya terfikir untuk menyelaras sasaran saya supaya lebih realistik dengan kenyataan ini, tetapi bila fikirkan kita tidak tahu diminggu minggu mendatang apa rencana dariNya, saya kekalkan sasaran saya untuk bulan Mac 2013 seperti yang telah saya tetapkan.

17032013

Selesai ke Pasar Tani Sungai Petani ni, sekitar 840 pagi saya memasuki kebun. Pilih punya pilih, perhati daunnya serta buahnya, sekitar 11 mayang berangan saya cantas pinggangnya.

Kali ini saya membawa kereta kecil ini untuk muringankan kerja saya yang manja ini.


Nasiblah .....janji kerja senang.

Hanya 3 kali ulang alik kedalam pohonan pisang ini, 11 mayang saya angkut sekali gus. Senangkan?

Terus ke rumpunan serai bersebelahan. Saya kerjakan serumpun , mencuci bersih dibawah rendangnya pisang Nangka itu.

11 mayang 3 kali ulang alik sahaj berbanding 6 kali sebelum ini.. Jimat kalori.



10 mayang @ 85.2kg . Bersamaan RM153.30

Terus ke pasar Sri Tanjung bersama dua plastik hitam serai dari 3 rumpunan yang saya kerjakan. 2 rumpun serai sempat saya cucikan pada petang Jumaat, kununnya mahu dijual pagi Sabtu, tetapi ternyata kesuntukan masa. Petang Sabtu pun begitu, hujan mencurah curah dibawa dari Taping.

Jadi Sabtu  16032013 tiada aktiviti di kebun.

Sasarannya hampir tercapai dalam pertengahan bulan Mac ini tanpa perlu menunggu akhir bulan, tetapi, cuti sekolah mendatang boleh mamperlahankan kerja saya di kebun.

Latiff Hariri
1248 17032013
Sungai Petani

2 comments:

z_rahman65 said...

Terima kasih atas titipan pisang berangan. Pisang kegemaran arwah ayahanda saya. Memang saya pun amat menggemari berangan ni. Lemak manis berkhasiat. *Tak tahan tu..hujan lebat dibawa dari Taiping Sabtu petang 160313.

Anonymous said...

Indah sungguh berbudi dengan bumi Allah..biar penat tetapi hasil yang diberikan tidap pernah mengecewakan.