Tapi, bila projek ini bermula, suasana mula sunyi, tiada lagi kicauan burung setiap pagi, Tiada lagi ketakan burung ayam ayam setiap petang dan pagi.
.
Percaya tak, didalam hutan ini juga ada babi hutan!!
Telaga yang katanya tersedia ada sejak zaman Jepun.
Bahagian kanan yang bertambak dengan batu itu untuk 3 lot banglo, dijual pada har RM150,000.00 satu lot!!
Ini menariknya Taman Teratai Inn-dah ini, dimana terletaknya teratak buruk kami ini untuk tandangan rakan taulan semasa hayat kami, dan di bersebelahannya jugak, menjadi 'Rumah Kedua' bila kami dijemputNya nanti......
Petang ini, dengan keberkatanNya, saya dapat memeluk mesra 'adik' saya ini, Ustaz Ibrahim Ahmad, yang baru pulang dari mengerjakan Umrah. Kira dapatlah juga berkatnya yang dibawa pulang dari Ka'abah itu, In Sya Allah.
Hari Selasa 26 haribulan ini, kira dua kalilah saya dapat memeluk dua insan yang baru pulang dari Makkah, yang saorang lagi itu, adik kembar sepusat sepusing, mak pak lain lain, yang seusia, sama tempat dan tarikhlahirnya itu. Yang menariknya 'kembar' saya ini, sepertimananya saya yang pertamakali menjejakkan kaki ke Makkah suatu ketika dahulu, beliau turut membawa emak baliau sepertimana saya jugak!!
Menarikkan? Tarikh lahir sama, sekolah sama, kerja pun hampir sama berkenaan dengan duit jugak, pergi Makkah pertamakali pun bawa emak bersama.
Sudi sudilah hadir menjengok kami nanti sementara masih bernyawa ini, atau sudah tiba saatnya nanti, masih boleh ditemui dilokasi yang sama.
Latiff Hariri
2218 2602113
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment