Syukur arwah bapak merupakan saorang yang 'terlebih minat' dengan kamera pada usia belianya sehingga kepada kelahiran adik saya yang kedua.
Ini rumah Arwah datuk saya , Tok Bab bin Abdul Rahman.
Arwah Tok Bab dilatar, Wan Tak( emak tiri Bapak), emak kpd Wan Tak, Rahman, Pakcik Mohd Khir, Emak, dan saya dihujung kanan foto.
Bapak satu satunya anak Tok Bab yang rajin balik kampung setiap kesempatan. Mungkin jugak kerana tugasan Bapak yang ditugaskan disekitar Taiping - Batu Gajah - Lenggong , ketika itu, yang membuat Bapak kerap menjenguk Tok Bab.
Apa yang pasti dari ingatan saya, ruang tamu rumah ini, sebuah bilik peribadi Tok Bab, ruang makan bersebelahan dengan tangga tengah serta ruang dapur , semuanya terletak dilantai atas rumah .
Diruang tengah makan, tersedia sebuah meja makan yang kecil, dimana saya hanya perlu bersila untuk menjamu selera. Cara makannya ala ala orang Jepun yang duduk dilantai dengan makanan terhidang di meja tersebut. Menu pasti ada di rumah Tok Bab ialah acar buah dan ikan goreng. Mahu pagi atau petang, pasti tersedia makanan yang bertudung saji untuk saya jamahkan.........
Sementara dibawah rumah terletaknya meja pingpong milik Pak Cik Mat. Disitulah mulanya saya mengenali permain tenismeja, dan skill memukul bola dengan papan pemukul yang kecil, dan ternyata sekitar 60an sudah ada jenama jenama meja yang terkenal hingga kesaat ini.
Tok Bab merupakan pesara Jabatan Telekom berjawatan Juruteknik. saya tidak pasti tahun keberapa Tok bab bersara. Tetapi yang pasti, sebaik Tok Bab mendirikan rumah tangga kedua, selepas kematian emak kepada Bapak(Tam Rafeah Bahrain), Tok Bab terus membeli rumah terpakai dari perkampungan Kuak, yang dipasang semula di Kg Talang, Kuala Kangsar.
Sebagai menambahkan pendapatan, Tok Bab berniaga belacan yang dibawa/dikirm melalui keluarga terdekat dari Tanjung Dawai, Kedah. Keenakkan belacan yang dijual Tok Bab menjadi buah mulut orang di sekitar Talang dan pekan Kuala Kangsar. Selain itu, Tok Bab menjual minyak gas yang dibotolkan , pada harga 20sen sebotol. Itu sebagai wang belanja harian Tok Bab sekeluarga.
Tok Bab berpandangan jauh......
Tidak mahu sengketa antara anak anak serta 'isteri baru' beliau, langsung milik tanah Kg Talang itu di tukarmilik kepada Wan Tak, isteri Tok Bab yang baru dikahwini itu.
Hmmm, saya berfikiran positif tentang apa jua pandangan anak anak Tok Bab selepas itu, termasuk Bapak. Tiada niat saya mempersoalkan tindakan Tok Bab, mahu juga tindakbalas anak anak Tok Bab dari nenek Tam Rafeah. Semuanya menjadi pengajaran kepada saya. Yang pasti Bapak terus menguatkan hubungan beliau dengan Tok Bab........
Makin berilmu makin tawadduk, bukan semakin bongkak!
Sebab itu Bapak selamba aje balik setiap masa terluang ke Kuala Kangsar. Bukan harta yang menjadi kejaran Bapak.
14 January 1967 - Banjir Besar melanda Kuala Kangsar. Dari kiri, Kak Sham, Pakcik Mat(adik bongsu bapak dari nenek Wan Tak) Rahman, Hasnah dalam gendongan Emak, Emak, Saya, Mak Su Azizah adik bongsu Emak dan Wan Tak.
Saya gagal mencontohi bapak dalam hal ini. Bapak setia pulang walaupun tahu, tiada yang bakal diwarisi dari harta yang telah ditukar milik itu. Kami sekeluarga akan bermalam setiap kali pulang ke rumah Tok Bab. Sebagai anak lelaki, Bapak sudah mengerti perasaan saorang lelaki berusia, yang masih mempunyai anak kecil yang bersekolah.
DEFINISI HIBAH
Hadiah atau pemberian harta / milikan (samada harta alih atau tak alih) tanpa balasan oleh penghibah kepada penerima hibah secara rela hati semasa hayatnya di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.
DALIL-DALIL
Allah telah berfirman :
“Dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.”
Surah Al-Baqarah : 177
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Berikanlah hadiah/hibah, nescaya kamu dikasihi."
Riwayat Bukhari
Riwayat Bukhari ini , bukan calang calang sahabat Nabi. Tetapi ada juga yang mahu pertikaikan hadiah pemberian sesaorang dimasa hayatnya.
Tiada soal mahu berebut harta pusaka tanah dan rumah sekangkang kera itu. Masing masing mempunyai sebuah (kalau tidak pun dua tiga rumah) rumah milik sendiri atas usaha sendiri. Bahkan ada anak dan cucu Tok Bab yang bertanahkan di benua Australia itu!!
Saya boleh bayangkan sekiranya rumah di Kg Talang itu menjadi harta pusaka kami cucu cucu Tok Bab itu! Keluarga saya sudah mencecah 12 cucu, dicampur dengan sepupu duai saya yang saya anggarkan lebih kurang 20 orang itu, pasti rumit untuk melantik wakil dari setiap keluarga untuk diFaraidkan.
Itulah kelebihan Tok Bab. Beliau dah boleh 'baca' apa yang akan berlaku bila belau tiada lagi di Bumi ini!!.
'Ayat AyatNya, yang menjanjikan setiap Anak Adam yang dilahirkan, sudah tersedia rezeki dariNya.' , : -
menjadi panduan saya , bila memikirkan masa hadapan anak anak saya. Tiada yang kekal , atau yang boleh dibawa ke kubur bagi setiap harta yang saya miliki. Malah , menjadi bebanan saya kelak di Sana, bila ditanya , kemanakah saya dan waris waris saya belanjakan harta harta saya itu!
Pada usia 4 tahun di Batu Gajah. Tiada apa yang saya tahu tentang kehidupan pada usia ini.. Simon Templer?
Saya pasti tak akan lupakan budi pakcik makcik saya yang sering membantu Arwah Bapak dan Emak, disaat mereka memerlukan. Walaupun kecil bantuannya, tetapi keikhlasan untuk membantu ketika itu , membuatkan hati saya semakin membesar, untuk terus membantu adik adik yang memerlukan, sepertimana yang pernah dilakukan makcik pakcik saya suatu ketika dahulu.(Sebenarnya bantuan yang saya canangkan itu, tak seberapa pun).
Terima kasih kepada datuk nenek moyang terdahulu, yang gigih membesarkan ibubapa kami, dan hingga kini tradisi itu kami teruskan kepada cicit piut mereka.
Datuk datuk dan nenek moyang saya tiada 'Master' atau PHDnya , tetapi tiada ibu bapa kami yang mati kelaparan, dan tiada hutang yang ditinggalkan untuk kami warisi, dan ianya sebaliknya sekarang, yang mana anak anak yang ber'master' dan berPHD itulah yang tak berbayar hutangnya samaada pada Bank, mahupun kepada orang persaorangan.
Fikirkanlah kemana diri yang mahu kita bawa, untuk hidup seketika di BumiNya ini.
Alfatihah untuk Tok Bab, Tam Rafeah dan Wan Tak.....
Latiff hariri
1348 27012013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment