Bee Gees

Sunday 10 March 2013

Konvension Fiqh Politik Islam 2013(I)

Saya ni senang aje, kalau ada masa dan ruang, RM ada lebih kurang, kira yang paling jimat, kalau rugi pandu kereta , saya naik bas sahaja.

 Semuanya bila kawan saya itu add'kan foto didalam 'wall fb beliau', terus saya bertanyakan khabar, dan satu perjanjian tercapai......

Pagi Sabtu baru saya buat keputusan, senang, sebab saya sendirian, walaupun ada mengajak 2-3 rakan terdekat.

Bas kosong, saya saorang sahaja ke Kuala Lumpur!

Nasib baik pintu pagar keretapi ditutup untuk laluan keretapi, rupanya , ada saorang gadis yang ketinggalan bas berlari lari kearah bas ini.

Jadi berdualah.

Tiba di Butterworth sekitar 520 petang. Oh, ambil penumpang rupanya.

Pulau Pinang.

Di Butterworth naik lagi tiga penumpang, jadi jumlahnya 5 orang lah.

Sekali lagi bas berhenti di R&R Juru, saya dah mula bosan dengan keadaan ini.

Hm, tukar bas dua tingkat pulak. Duduk bebas. Saya naik keatas duduk dibarisan hadapan. Bas ini dari Kulim 430 petang. Saya anggarkan penumpang tak melebihi 15 orang ke Kuala Lumpur.

Sepanjang jalan hujan.

Tiba di Pudu Sentral sekitar 10 malam. Menapak laju ke stesen KTM.


Kalut punya pasal, duduk dalam gerabak Wanita Sahaja!..

Kena halau lah, hahaha.

Tak pe, bukan saya sorang yg tersalah gerabak, ramai, hehehe. nak'cover' malu.

Sekitar 11 di Shah Alam, lepak rumah adik sahaja.

Pagi Ahad sekitar pukul 7 kami bersarapan di Seks 3, dan adik saya terus menghantar saya ke Auditorium MBSA. Saya yang pertama (?) mendaftar diri. Duduk bebas rupanya. Jadi saya bookinglah untuk kawan pencadang saya ini.

Sempat saya mengambil bahagian saya , sarapan pagi yang disediakan.

Acara bermula tepat jam 9, disisi saya dua kaki tangan IPTA, paling tepat Pensyarah.

Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri - Politik Dalam Islam

Dr Zaharuddin dah sampai....

Ustaz Roslan Mohamed



Dr Zahiruddin Abdul Rahman membentang topik - 1) Fiqh Waqie dalam Memahami Dalil Berkaitan Politik
2) Bagaimana Memilih : Calon vs Parti & Manifesto

Topik yang dibentang memang menarik, tapi masa yang diperuntukkan amat terburu buru, jadi harus membaca nota yang disertakan untuk rujukan.


Antara slide yang ditayang ketika De Zahiruddin membentangkan kertas kerja beliau

Tiada tajuk ini, tapi Dr Zahiruddin sengaja memanaskan suasana, gang Umnu memang tak mengaku BR1M itu rasuah, betul tak?


Penysarah didepan, Student paling ramai dibelakang, semuanya dari IPTA/IPTS dan berkupiah, tak ada yang bersongkok pun!



Tajuk begini orang Umnu tak minat, mereka suka hiburan, menabur janji, menipu dan seangkatan dengannya, sedangkan anak anak muda terpelajar dahagakan kejujuran dan kebenaran.

Dibawah sahaja sudah melebihi 1000 hadirin, sedangkan diatas secara perlahan mula dipenuhi pelajar bertudung labuh.

Saya kagum dengan anak anak muda ini!!

Acara bersama Dr Zahiruddin ini tamat sekitar 1130 pagi


Dr Maszlee Malik dengan topik Memahami Konsep Siyasah Syar'iyyah didalam Kerangka Demokrasi BerPerlembagaan Malaysia

Kalau Dr Maszlee ni, sekejap ajelah beliau ikut teks, kerana lebih menarik bila beliau berbicara snatai tanpa apa apa ikatan. memang tak cukup masa rasanya. terlalu singkat untuk satu jam. Beliau mempunyai berbagai kisah dan pandangan yang boleh dikongsi bersama.

Berhenti rehat sekitar 1245 tengahari untuk makan tengahari dan Solat Zuhur. Saya rasa masa berlalu begitu pantas kerana secara perlahan suasana mula panas bila pembicara topik mula memprovok dengan isu isu terkini yang sangat tepat dengan kepincangan kerajaan sedia ada.

Latiff Hariri
0808 10032013
Sungai Petani

No comments: