Bila yang menjemput datang sendiri menjemput, wajib kita hadiri. Tahun 60an dan 70an memang begitu . Tiada talipon, tiada Email dan SMS. Hanya surat , itupun belum pasti sampai ke alamat yang dikirim. Saya ingat, semata mata mahu Bapak dan Emak hadir perkahwinan anak anak rakan/saudara , mereka sanggup datang bertandang ke Lenggong/Taiping semata mata mahu menjemput.
Dan Bapak Emak ketika itu yang berkereta Morris Minor itu pasti hadir jika tiada halangan.
Tapi, ada jugak yang jemput saya melalui kiriman salam melalui kawan kawan, hm, yang ini aagak payah saya nak hadir, terus terang lah..
Susah sangat ke nak talipon atau Email?
Jadi, yang ini dah talipon, datang rumah lagi jemput, saya tak bolek nak beralasan.
Seawal 1230 tengahari kami dah tercangak di dewan TNB.....
Pekena biskut kering dahulu...
Rencana saya, selesai makan, terus nak ke Jitra untuk Kenduri kedua, tapi Zuraida tak benarkan kami makan dahulu, katanya tunggu Pengantin. Saya dah lapag ni.
Menanti kehadiran pasangan Pengantin
Pengantin tiba sekitar 120 petang
Sarah Athirah
Sama sepadan
Tunggu sat....
Memasuki Dewan TNB
Doa Selamat
Makan Beradat
Rupanya Zuraida mahu kami makan di meja VVIP bersama sama Pengantin, patutlah dia taha perut saya
Iringan Orkestra Asli
Cik Zu tak habis habis nak melayan ....
Kenangan di Dewan TNB
Kek Perkahwinan
Lepas ni tak ada yang dah nak ambil foto bila time makan....hahaha.
In Sya Allah, akan betambah pemastautin tetap Sungai Petani.
Latiff Hariri
1858 14032013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment