Pisang Nangka pertama....
Memang saya ketawa memanjang, bila ada kenalan dan rakan rakan yang panggil saya Towkay Berangan, maksudnya towkay yang kuat berangan. Tak pe lah, saya pun suka gelaran tu, janji tiap tiap minggu 'masyuk'.
Ada pulak yang cadangkan saya beli lori 'pick-up' untuk menjual hasil hasil kebun saya ini.
Cadangan ini saya kurang setuju, baru dapat hasil 2 bulan ni, dah nak beli pick-up. Mana nak dapat untungnya?
Lebih munasabah guna Kancil sebaya umur Izzuddin, yang muda empat hari dari tarikh kelahiran Izzuddin itu.
Apa? Korang kata saya kedekut? ish ish ish, hehehe.
Pencapaian 184.38% dari sasaran RM500.00
Pecahannya dan perbandingan serta pencapaiannya seperti berikut:-
Februari Mac
Mingggu Pertama RM22.50 RM119.70
Minggu Kedua 116.40 168.90
Minggu Ketiga 87.30 235.50
Minggu Keempat 137.90 185.60
Minggu Kelima 212.20
Perbandingan % bulan ke bulan 247.35%
Jumlah Mayang 21 51
Jumlah berat Berangan 168.40kg 462.39kg
Purata /Mayang 8.02kg 8.11kg
Serai 12.50kg 41.00kg
Pendapatan Harian RM13.29/28 RM29.74/31
Carta adalah dari hasil utama Pisang Berangan dan Serai. Sebenarnya, saya masih belum berpuas hati kerana purata berat hanya sekitar 8kg itu. Saya harus pastikan melebihi 10kg setiap mayang, kerana dari cerita rakan rakan, sepatutnya mencecah 20kg/mayang . Ada yang cadangkan saya mengikuti kursus Jabatan Pertanian, dan ada yang mahu saya memasuki perkampungan Memali, kerana di sana ada orang kita yang berjaya menjadi towkay pisang .
Tidal dilupakan juga, saya sudah mula menjual pisang Awak sebanyak 4 mayang, dan hasilnya adalah RM23.30 .
Terima kasih atas keperihatinan anda semua
45 rumpun tebu hitam, sasaran Ramadhan
Buat pertamakali juga, saya masukkan perbelanjaan besar yang pertama kami lakukan, dengan membeli 2 kampit guni baja yang semakin mahal harganya itu, untuk dikira bersama akaun untung rugi pertanian kami ini. Sedangkan permulaan pertanian ini kami tidak kira setiap pembelian yang telah dikira sebagai modal sebenar kami ini.
Sasaran bulan April ini saya cuba realistikkan dengan keadaan sebenar. Sedangkan bulan Mac mempunyai 5 minggu, jualan mencecah RM921.90 , bulan April menpunyai 4 minggu dan saya harus mengikut realiti kemampuan saya.
Sasarannya April RM800.00 , perbelanjaan tidak melebihi 25% jualan. Ok kan?
Latiff Hariri
1028 31032013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment