Duduk bersila , brmain dengan 'maya' seketika, sambil melakukan tasbih mudah mengisi masa lapang.
Makanan tengahari telah kami jamah sebelum ke Surau ini. Menunya, Nasi Ayam.
Menuggu Zuhur.
Jam 2 saya sudah di kerusi saya semula.
Dr Zaharuddin setia menuggu, walaupun beliau sudah selesai dengan kertas kerjanya.
Masih belum penuh hadirin....
Ustaz Roslan Mohamed dengan topik ' Musim Mengundi : Media, dipercayai atau Tidak dan
Apabila Bertembung Calun Muslim vs Non-Muslim.
Ustaz Roslan selesaaikan pembentangan sekitar 315 petang.
Diikuti dengan sesi Dialog dimana ahli panelnya adalah Ustaz Roslan Mohamed, Dr Maszlee Malik dan Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Ternyata Ustaz Roslan menerima soalan 'maut' dari hadirin tentang kisahnya TV3 itu, hehehe.
Sesi dialog ini memang menarik dengan gelak ketawa dan soalan maut yang sengaja dijolok oleh hadirin yang nakal. Dr Maszlee menceriakan suasana.
Berhenti Solat Asar dengan menu kuih dan air mineral.
Dato 'Dr MAZA.
Saya pun teruja untuk bersalaman dengan beliau
Dato'Dr Mohd Asri Zaibnal Abidin dengan topik 1) Dakwah dan Siyaasah dan 2) Politik dan Prinsip
Muhammad Nassir Hanapi tak lepaskan peluang meraikan Dato Dr Mohd Asri
Saya pun sama, cuma rasa tak layak berdiri seiring dengan Ulamak besar ini.
Duduk diatas boleh tengok ajelah....hahaha.
Malam ini makannya adalah nasi tomata sambal ayam masak merah. Ok ni!
Ini 'hero' lama yang saya nanti, hehehe. Memang macho Ustaz kesayangan ramai ni.
Sambil menanti acara bermula, dia boleh buat lawak lagi .....
Korang tahulah, UAI ni suka melawak 'merapu', jadi kami tak kering gusi. sesi soal jawab bersama beliau tetap ada, itu yang menarik tu.
Pelancaran Komik UAI oleh Dr Zahazan
Rehat seketika menanti hadirnya ahli ahli Panel Forum " Masa Depan IslamPasca PRU13"
Dr Siddiq Fadhil dah tiba.
Ustaz Roslan, Dr Zahazan dan Sifu Nassir sudah sedia menanti.
Dr Ridhuan Tee Abdullah menarik diri disaat akhir diganti Sifu Nassir . Saya boleh rasakan kepanasan yang bakal dialami Dr Ridhuan Tee sekiranya beliau berforum bersama DR Maza saorang pun cukuplah. Inikan pula ada Dr Siddiq dan Dr Maszlee. Sebeluam beliau di'malu'kan , lebih baik undur diri aje.
Saya sendiri terasa gerun dengan Ulamak seperti Dr MAZA, kerana kata katany adalah fakta dari AlQuran dan Sunnah Nabi.
Memang menarik bila Dr Maszlee menjadi pengerusi Forum, dia pandai 'mengena' ahli panel.
Saya tidak dapat bertahan lama bila adik saya menanya saya pukul berapa beliau harus datang menjemput saya untuk pulang.
Jawab saya, ' Datang sekaranglah....saya nak balik SP malam ni jugak.
Masjid Negeri Selangor
Persekitaran MBSA
Terus kami meluncur laju ke Sek 17 Shah Alam untuk mencari bas malam ke Sungai Petani.
Memang tiada masaalah , bas banyak, saya mengambil tiket bas Shira yang bergerak meninggalkan Shah Alam sekitar 1120 malam, dan tiba sekitar 450 pagi di Sungai Petani. memang payah nak lena, tapi dalam mamai tu, sedar sedar drebar dah jerit, " Sungai Petani! Sungai Petani!'
Kelam kabut saya gagau beg sandang dilantai bas.
Latiff Hariri
2108 13032013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment