Bee Gees

Sunday, 9 February 2014

Langkah Kiri Langkah kanan 25 Januari

Adakalanya, perancangan awal memang perlu , adakalanya kita tidak perlu perancangan awal untuk menziarahi sanak saudara ini.

Tapi, kali ini agak merugikan masa saya. 

Setahu saya , abang saya Rahman sekeluarga sentiasa berada di rumah beliau setiap hujung minggu. Jadi , saaya main terpa aje lah. Kemudiannya mahu ke rumah anak Makcik Midah berfdekatan rumah Rahman. 

Sebelum keluar dari Ampang, saya sudah cuba menghubungi Abang Hamid, tetapi tiada jawapan, jadi saya berkira , nanti bertemu ajelah di BTHO itu. 

Tapi, langkah saya kiri pagi ini. Abang saya dan Abang Hamid tiada di BTHO. Yang ada abang Osman kita ni.


Sarapan kali kedua dengan Osman

Saya hanya diberitahu agak lewat, bahawa Makcik Midah berada di Keramat. Mula terasa lelah untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur. Sedangkan masa saya semakin suntuk untuk pulang ke Sungai Petani pada sebelah petangnya.

Saya tahu saya telah menghampakan Makcik Midah.......

Maafkan Boy Makcik Midah.......Makcik Midah kembali kerahmatullah pada 4 Februari 2014, 9 hari selepas saya berada di Kuala Lumpur ini.

Alfatihah untuk makcik Midah. Makcik Midah merupakan sepupu kepada arwah emak.

Saya teruskan perjalanan ke Sungai Buloh dengan perasaan bersalah, kerana dalam perjalanan itu, anak makcik Midah ada menalipin menanya pukul berapa saya boleh sampai Keramat, kerana makcik Midah asyik bertanya  Kak Suhasni .

Ziarah Pakcik Rosli.....adik Makcik Midah.

Bersama Makcik Maznah, adik arwah emak.

Kira dah lewat banyak dah. Saya harus ke Kelang, Jalan Kebun Baru, kerana  Kak Suhasni mahu menetap di rumah anak saudaranya Mel. Saya bukannya tahu sangat alamatnya, semuanya guna GPS.

Tapi sempat singgah ke Hospital di Bandar Kelang untuk menziarahi anak anak buah saya ini.

Bersama Rashi sekeluarga.

Teruskan perjalana ke Jalan Kebun Baru. Memang seksa laluan ini, jalannya kecil dan dipenuhi persimpangan dan lori lori industri yang bersimpang siur menguasai jalanraya.

Di rumah Mel untuk makan tenghahari yang sudah lewat melepasi pukul 3 petang.

Mel merupakan anak saudara jauh saya juga, yang asalnya Padang, tapi baru 3 tahun berkahwin dengan orang Kelantan. Kak Suhasni saya tinggalkan di rumah Mel, kerana mengikut perjanjiannya, saya tidak dapat memberi tumpuan sepanjang percutian Kak Hasni di Malaysia. Beliau harus sendiri sendiri dengan bantuan saudara mara di Kuala Lumpur, untuk bertandang ke rumah sanak saudara beliau .

Kami bergerak pulang, tapi, melalui Lebuhraya memasuki KL untuk acara penutup.

Harus bila ke KL , singgah untuk makan petang @ dinner disini.

Perjalanan petang ini dipandu sepenuhnya oleh Izzuddin. Saya  hanya penasihat sebelah beliau sahaja.

Latiff Hariri
1538 09022014
Sungai Petani

Saturday, 8 February 2014

7 Hari di Sungai Petani

Kami bergerak tujuh orang sekereta sepertimana pada mulanya kami ke LCCT Isnin malam ynag lalu. Sesaorang kena pulang berasingan. 

Pergi bertujuh, pulang berlapan. Untung yang dua orang itu anak anak kecil yang boleh dipangku. Tapi, tetap
'sardin'lah.

Pada awalnya bersaingan dengan Abang Roslan, tapi berpisah di Hentian Minyak Petronas di hadapan F1 itu.

Memang mengantuk dan meletihkan. Setelah tiba di Butterworth sekitar pukul 5 petang, Fadhil sekeluarga bergerak ke Pulau Pinang, dan kami ke Jetty Butterowrth menunggu Izzuddin tiba dari Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Pagi Ahad, kutip durian dan pisang.

Petik Terung Pipit.

Ahad pagi 19 januari ni saya cuba penuhkan aktiviti supaya tiada rasa kebosanan untuk tetamu dari Kg Desa Air Kijang ini . Pangkat Makcik kepada saya, tetapi beza usia hanya lapan tahun. Jadi saya bahasaakan Kak Hasni sahaja. Ini pertamakali beliau menjejakkan kaku ke Malaysia.

Setiap malam kak Hasni membantu dengan melipat kain jemuran.

Selesai paginya sarapan dan ke kebun. Petangnya, kami ke Pulau Pinang. Kemana lagi yang boleh saya bawa kalau tidak ke Pulau Pinang atau Alor Setar. Kedah ni biasa biasa ajelah.

Menaiki feri ke Pulau Pinang.

Di Balik Pulau tengok Faiqah.

Di atas Bukit Bendera.

Pulang ke SP melalui jambatan Pulau Pinang.


UiTM Merbok, Sungai Petani. 15 minit pemanduan. 

Tanjung Dawai.

Kak Hasni meminta satu rakaman foto di sawah terbentang, mungkin Kak Hasni rasa unik bendang Malaysia ni sebab diatas tanah luas mata menadang, tidak seperti di Bukit Tinggi yang bertingkat tingkat diatas gunung.

Sebenarnya , bukan mudah untuk saya penuhi setiap tetamu yang datang sendirian ke rumah saya ini. Kalau datang ada yang menemaninya mudah lah. 

Jadi sepanjang seminggu Kak Hasni dirumah kami ni, hanya ini lokasi yang dapat saya bawakan.

Jumaat malam, 24 haribulan, sebaik selesai kerja di pejabat, kami bergerak ke Kuala Lumpur.

1130 malam di depan Menara Petronas.

Malam ini kami bermalam di Ampang. Rumah kakak sulong saya.

Sabtu pagi bergerak untuk bertandang kerumah sanak saudara yang lain.

Ayah Kak Hasni ini namanya Pak Musik. Pangkat makcik pakcik saya yang menetap di Lenggeng amat mengenali ayah beliau. Saya sendiri tidak pasti bagaimana salasilah keluarga perhubungan Kak Hasni dengan saya, yang pasti merupakan dari satu rumpun jugaklah. Nenek Sariah.

Latiff Hariri
1608 08022014
Sungai Petani

Thursday, 6 February 2014

Selamat Tinggal Padang

Apa yang selalu saya fikirkan setiap kali nak pulang ni ialah pemerikasaan di Bandara. Tak tahu kenapa saya tidak suka. Mungkin juga kerana bawa rombongan yang besar, tak mahu tetamu tetamu menghadapi masaalah.



Hotel Bunda 620 pagi Sabtu 18 Januari.

Kelam subuh.

Kalau jalanrayanya tiada kesesakkan, jarak masanya sekitar 45 minit. Saya berkira sampai sekitar 7 pagi, sedangkan bas harus memasuki pekan Lubuk Buaya untuk mengambil kakak yang mahu mengikuti kami ke Malaysia itu.

Semua ok bila sudah melepasi pemeriksaan Imigrasi Bandara Minangkabau.

Saya rasa kali ini lebih teratur pendaftaran kemasukan, kerana saya dah belajar dari perjalanan yang lalu. Tapi, terkena jugak di Kaunter Cukai Bandara. Tapi, ok lah. 

Bila sesuatu yang tidak wajib dibayar, menjadi paksaan kepada penumpang kapalterbang.

Lorong memasuki pesawat.

Pesawat tiba dari Kuala Lumpur sekitar 815 pagi. Agak tergesa gesa ianya berlepas kerana kelewatan.

Tiba di LCCT 1030 pagi seperti yang dijadualkan. Menunggu bagasi pun berjalan dengan lancar.

Tolak 4 troli untuk 3 keluarga.

Di Kaunter Kastam pun kami tiada masaalah. Syukur.

Menuggu Hatta Ghazali datang di Medan Makan LCCT. 

Saya sendat tujuh orang sekereta, abang Lan pun sama tujuh orang. Destinasi kami sama , ke Kepala Batas dan Sungai Petani. Pada awalnya mahu bersaing, tetapi, terpaksa diubah kerana masing masing punya acara tersendiri dengan anak anak dan keluarga.

Saya dah letih dan mengantuk. tahu nak cepat sampai sahaja.

Latiff Hariri
0650 06022014
Sungai Petani

Tuesday, 4 February 2014

Hotel Bunda

Memang saya tak dapat lena secukupnya.

Malam tadi saya sekamar dengan Abang Lan. Sudah pasti , sembang sembang sembang. Walaupun kami dah beritahu penyambut tetamu di kaunter hotel supaya mengejut kami sekitar 430 pagi, saya seawal jam 3 dah bangun untuk lai yang keberapa entah?

Yang seronoknya Abang Lan, jenuh dia mengejut dua anak teruna yang 'tidur mati' di kamar sebelah.


Sarapan kami sekitar 545 pagi. Abang Lan dan Pami.

3 pemuda yang menjadi Pengemudi dan Penyelaras pergerakkan kami sepanjang 5 hari 4 malam.

Hotel Bunda.....makannya memang mewah. Tak dapat nak nikmati sangat, sebab tergesa gesa

Pukul 620 bas dah bergerak meninggalkan Padang.

Memasuki pekan kecil Lubuk Buaya untuk mengambil makcik yang akan mengikuti kami pulang ke Malaysia.

Kami tiba di Bandara Minangkabau pukul 7 pagi. Kali ini lapuran kemasukan lebih teratur kerana sudah tahu 'trick'nya kakitanga AirAsia Padang yang pandai nak 'pau' duit kita.

Hahaha, apa pun, bila kita terlpeas pandang, ada sahaja cara untuk mereka mengambil sisa sisa rupiah kita.

(ada kesilapan teknikal dimana saya gagal mengunggah(?) foto foto kedalam penulisan ini, jadi hanya 3 keping ajelah)

Latiff Hariri
1938 04022013
Sungai Petani.

Monday, 3 February 2014

Kg Haraban - Padang

Kami melepasi Bukit Tinggi sekitar pukul 3 lebih sikit. Menuruninya, melepasi kota Padang Panjang, suasana tidak seperti biasa. 

Kabus menyelubungi.



Jalan agak sesak untuk menaiki Kota Padang Panjang.

Hampir kesemua tetamu tetamu saya ini tidur. Saya yang bukan kaki tidur waktu dalam perjalanan ini, mengambil peluang dengan duduk bersila disisi pemandu bas ini.

Melapasi Air Mancur 

Kolam mandi yang tumbuh bagai cendawan. Setahun yang lalu tiada semua ini, sekarang ramai yang buat perniagaan. Airnya asli dari dalam tanah, bukan dari sungai berhampiran.

Dari Jendela bas

Berhenti sekitika bila menhampiri simpang ke Sicincin. Ingat nama ini?

Sicincin merupaka lokasi utama untuk saya membelok suatu ketika dahulu bila gempa bumi kuat melanda Kota Padang.


Izzuddin dan pakciknya Mohd Fadhil.

Melewati perarakan Penganti Baru.

Kami tiba di Kota Padang sekitar waktu Maghrib. Memamg letih tapi, bercuti begini terpaksa kita meletihkan diri.

Malam ini Pami mencadangkan supaya kami pekena Seafood sahaja di Pantai Padang. Saya antara yang tidak memberi respon, walaupun ada yang mahu mencuba.

Bagi saya mudah, sekiranya saya tidak setuju itu, bermakan bersebablah. Bukan sahaja Seafood di Malaysia atau Thailand lebih enak masakannya, bahkan......jauh, tak akan sama. Saya dah pernah mencuba Seafood di Pantai Padang, di Kota Jakarta paling tepat Jakarta Utara, semua tidak sama dengan masakan seafood kita.

Akhirnya semua mengalah, masakan Minang. Di Kota Padang, suatu ketika dahulu hanya RM Simpang Raya menjadi pilihan saya, tetapi sebaik beroperasinya restoran baru ini, ia menjadi pilihan saya untuk setiap tetamu yang saya bawa.

Sebelum itu kami ke Pantai Padang melihat aktiviti malam di pantai. Ya, penuh gerai makan yang beroperasi. Penjaga lalu lints bagi setiap gerai sibuk melambal lambai lampu sulohnya memanggil pelanggan didalam mobil mahupun bas, supaya singgah ke gerai mereka.

Tempatnya ada gaya tersendiri.

Cantikkan, kira RM yang ada kelas untuk kita kita lah.

Lamun Ombak.

Tapi , seperti yang saya kata  terdahulu, disisinya ada Gerai Pecel Lele. Jangan tersalah sebut, kalau mahu makan disisi Lamun Ombak, maknanya gerai biasalah ya.

Pecel Lele itu adalah ikan keli goreng.

Sebaik selesai makan, kami pulang ke Hotel. Namanya Hotel Bunda, kelas 3 bintang gitu.

Malam ini kami sewa 6 bilik kerana disini, kalau mahu extra bed, harganya setengah harga bilik.

Latiff Hariri
2018 020214
Sungai Petani

Sunday, 2 February 2014

Desa Haraban

Perjalanan pulang ini pun, saya tidak wajibkan, tetapi perlukan persetujuan semua, kerana masa perjalanan pergi dan balik melebihi 3 jam.

Jumaat pagi ini, hari terakhir di Bukit Tinggi merupakan persinggahan terakhir kami. Itu pun atas cadangan Janu Ad yang lebih arif akan selok belok percutian 5 hari 4 malam saya. Beliau dah tahu sangat .

Pada awalnya saya mahu pulang ke kampung pada petang Khamis, tetapi atas nasihat beliau, saaya tukarkan ke Jumaat pagi.


Gunung ganang seoalah berada di Sabah, tetapi lebih menarik disini.

Ada yang lena, ada yang memerhati pemandangan indah . Ada yang mendengar lagu lagu Minang yang terpampang dikaca TV bas.

Kira kira jam 11 pagi kami sampai di Kampung Haraban.

Rumah Gadang Nenek Sariah.

Semua gelisah aje. Ya lah, tak tahu apa aktiviti selanjutnya.

Ikan ikan yang saaya beli di Pasar bawah tadi sudah saya serahkan kepada si Yus, emaknya Fitrie, minta dijadikan lauk untuk makan tengahari.

Fitrie dan emaknya Yus, yang menjaga api didapur untuk tetamu hari ini.

Selesai menegok saorang segelas teh o panas, saya pun bangun lalu mengajak kesemua tetamu saya turun ke kali.

Baru segar mata anak anak ini bila dengar ajakkan saya. Padahal dah mandi di Hotel tadi.


Melalui lorong denai 

Sebaik tiba disini, saya tak payah cerita dah.

Semua sama naik, pantang tengok air.

Jeram airnya jernih dan dingin.

Berada disini untuk 40 minit, itu pun saya paksa naik semua.

Sawah den bertingkek tingkek.

Sementara menanti makan tengahari, kami bertandang ke rumah Can dan Pak Muis.

Pak Muis yang suka berpuisi.

Leka bersembang, hingga terpaksa dijemput pulang untuk makan tengahari.

Makan di rumah gadang.

Dah kenyang, suasana pun nyaman, anak anak ini bermain bola.

Taman Rupawan vs Kg Haraban

Sebaik selesai Solat Jumaat , kami pun bergerak ke Kg Air Kijang untuk ziaran Mak Sawi dan mengambil Kak Suhasni yang akan bersama kami ke Malaysia.

Bersama Mak Sawi dan Fitrie di Air Kijang. Banyak kayu manis dijemur.

Kami bergerak sekitar pukul 2 petang, terus menghala ke Bukit Tinggi langsung ke Kota Padang. Mungkin boleh sampai awal petang ni.

Latiff Hariri
1848 01022014
Sungai Petani

Saturday, 1 February 2014

Minit Akhir di Pasar Bawah -Jumaat 17 Januari

Selsesai sarapan sekitar 730 pagi, saya bergerak pantas. Hanya berlima, saya tak nak warwarkan kepada yang lain kerana kesuntukan masa.

Pertama, saya wajib membeli bahan bahan basah untuk makan tengahari di kampung. Saya tak mahu mengharapkan 'apa yang ada' sahaja dara saudara saudara disana, kerana tetamu saya ni ramai.

Menapak pagi ke Dataran Jam Gadang terus ke Pasar Bawah.


Sarapan pagi sekitar 730 pagi...


Menuruni dari Pasar Atas, jaraknya boleh tahan juga.

Di Pasar Atas, untung ada gerai yang sudah beroperasi seawal 740 pagi. jadi legalah juga, dapat membeli kehendak hati., iaitu  daging salai dan ikan belut.

Bila sampai di Pasar Bawah baru rakan saya ni faham apa yang ada disini. Jualan Pasar - Sayur, ikan , daging , rencahan untuk menumis dan sebagainya. Ada satu ruang menjual kambing hidup. Jadi, suasananya, jangan harap aman, memang hiruk pikuklah . Yang saya suka, seakan berada di Pasar di Negeri Kelantan, peniaganya 100% Melayu.


Ikan Emas, Talapia dan belut menjadi pilihan utama orang Bukit Tinggi.

Ikan laut ada terjual, tetapi tidak selaris ikan darat.

Ikan Emas sekilo Rp25,000. Saya beli 2 kilo.....akhirnya bila dihidangkan, baru tahu.....tak cukup.

Ikan belut yang masih hidup disiang. Beli pulak 2 kilo - tak cukup jugak rupanya.

Tak cukup kerana, rupanya, kami yang lebih lebih menjamah ikan ikan ini, sedangkan orang orang kampung hanya memerhati sahaja, sebab keutamaan untuk tetamu saya.

Apa yang menarik cara penjual melemahkan pergerakkan iikan belut ini adalah dengan mengguna guni, diletak kedalam guni, dan kemudiannnya di...............hehehe.

Tak lah kejam , tapi, senang nak lapah lepas tu.

Kami tergesa gesa naik semula keatas, memang semput nak nak bukit Pasar Atas ni. Kalau tak sihat, jangan. 
Dalam nak cepat tu pun, Abang Lan masih sempat membeli 2-3 helai pakaian untuk anak anak dia. Mereka baru tahu rupanya di lereng menuju Pasar Atas ni pun banyak gerai jualan yang belummereka terokai. Saya katakan, lain kali datang lagi, kita lepak kat Pasat Atas dan Bawah sahaja, tak perlu ke Aur Kuning.



Kan.....tangga tu curam.

Sesampai di Hotel Ambun Suri, segera saya selesaikan bil dengan Ojha, bayar guna Kad Kredit aje, sebab silap pengiraan, hehehe. Tak sempat berfoto dengan Ojha dah. Ucap terima kasih dan Selamat Tinggal, bas kami pun bergerak menuju ke Kampung Nenek Sariah.

Amin - budak nakal yang bebas dalam bas.

Bas bergerak menuju ke Utara. Melalui laluan Trans Sumatera dimana merupakan laluan utama Bukit Tinggi - Medan . Jalannya berliku tetapi pemandangan cukup menarik.

Perjalan sekitar satu setengah jam.

Latiff hariri
0758 01022014
Sungai Petani