Dirumah sekitar Isyak, bilamana saya menerima panggilan dari nombor yang saya kenal ini.
Terus berkata 'ya' untuk satu pertemuan singkat. Saya dah faham sangat sangat dengan 'perangai' si Mail ni, datang macam ribut, dan pulang pun macam ribut.
Eh, saya komplen ke?
Tak lah, saya bangga ada kawan yang begini. Setiap kali datang ke SP, walaubagaimana sibuk sekalipun, tetap akan menalipon saya sebelum pulang, untuk minum minum bersama. Jadi, saya kata ya untuk acara minum minum berhampiran Jam Besar bandar Sungai Petani ini.
Untuk rekod, Ismail adalah rakan sekelas saya dimasa persekolahan darjah 1 dan 2 di SRJK(I) Lenggong. Maknanya rakan Roziah lah jugak dari darjah 1 hingga 6.
Mail sedang mengira untung ruginya bertemu saya malam ini.
Pujuk punya pujuk,akhirnya Ismail bersetuju untuk pertemuan kedua keesokkan malamnya pulak.
Terima kasih daun keladilah Mail oooii.
.
Lauk malam ini teramat simple, tapi tak ada kambing lah Mail......
Terima Kasih Mail kerana sudi bertandang.
Latiff Hariri
1758 06032012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment